Wednesday, 31 December 2014

Sayonara Wellness and Psychological Centre UPSI.

Assalamualaikum w.b.t.h

Salam sejahtera semua.

Hai *lambai dari jauh*

Hai Wellness Centre and the nice person there ^^.



Ambil masa yang lama gak sebenarnya untuk menulis ini, hee.

*Tarik nafas*

Okey, pertama sekali. Alhamdulillah la, Alhamdulillah sangat sebab dapat bekerja di sini.
It's a place that soooo coolio la.
 Sebab apa cakap camni, sebab tempat ni macam tenang jek. Akan tak tenang bila Ayu bersama dengan beberapa orang jadi senget. Ha-ha. *mungkin anda.anda atau anda ngee. *Anda tahu anda,kan? hoho*

Alhamdulillah la. It's been almost 1 years kerja dekat sini. Macam-II pengalaman dapat.

Mula-II dulu, sem lepas rasa macam boleh ke kerja dekat sini? Tapi finally okey la.

Kerja dekat sini Ayu learn something la.. Sebenarnya kegembiraan tu ditentukan oleh diri kita sendiri+persekitaran+redha, bukannya dari berapa gaji dapat.

Kerja dekat sini Ayu belajar untuk manage myself la. Gaji sikit tapi still boleh survive bayar motor, bayar rumah sewa, makan, tugasan, huluq sikit and have a little fun ngee *tabik dada sikit* eh gurau je.
Tapi betul, kadang-II fikir macam tak percaya gak la macam mana boleh survive walaupun bila orang dengar rasa macam tak cukup, tapi Alhamdulillah cukup. Eh lupa...Kalau kurang, family ada tolong gak sebenarnya hihi. *thanks Love* hoho

Best la kerja dekat sini, boleh buat assigment, boleh main sahiba,vocab, boleh tengok movie. Rasanya tv tu Ayu yang punya. krek3..



The best part+tak berapa nak best is ialah semua student akan tanya "sem berapa?"
So Ayu kan jujur.. Ayu jawablah "sem 2".
Bila jawab macam tu mereka-II macam tak nak percaya pun ada, so..cakap lah "Master".
Sebab tak tanya kan Degree ke Dip ke Master ke PhD ke, so tak cakaplah. Tapi bila tak cakap, ada gak la yang macam tak respect. Kat sini hakak nak cakap sikit ;
"Dik, hakak tak la mintak nak dihormat as a student, but atleast respect as a hakak jaga kaunter".

Haa kenapa cakap macam ni? sebab kadang-II dah cakap dah :
"Dik, beg letak kat sana ea?" *muka manis macam gula
"Dik, tak boleh makan" *muka manis gula hilang
"Dik, tak boleh tidur kat sini" *muka manis sikit
"Dik, baca peraturan dulu sebelum guna mesin ni" *muka manis tak berapa manis
"Dik, tak boleh bawa makanan dalam ni" *muka manis tak ada.

*Gurau je, muka memang sentiasa manis krek.krek.krek

Tapi, tapi, tapi ada je yang tak dengar, salah satu sebab adalah sebab fikir sebaya. Tak kisah pun fikir sebaya, tapi:

           Rules are rules
            No means no

Tapi tu la, bila kita cakap, tarik muka. Macam sedih gak la, tapi I tetap jalankan tugas uolss. Kalau tak tegur tu, cukup lah jeling rasanya. Tapi tu la, budak-II sekarang ni macam entah.. tu la, tu la... *Sedih+tunduk*

Tapi takpe, tu dugaan kerja kan? So it's ok la.

Kerja dekat sini jumpa ramai sangat orang, jumpa junior-II, jumpa orang-II fames. Macam honour gak la dapat serve VVIP dari dalam dan luar negara. *muka bangga* kah kah kah senget Ayu senget.

Salah sorang:





*Izhar ni junior, tapi dia geng Psyche. Cuma dulu join together gether dengan  Kasih. Tu macam kenal la gak.. *Assalamualaikum Daie Izhar (sebab Daie kena bg salam, kalau penyanyi hoi je..erkk boleh gitu?) heeeee

Haa..sem ni gak more meriah la sebab ada Kak Mira dan En.Khir. Kak Mira, thanks ado time nak gossip bagai keh3..
En.Khir  pun thanks gak.
Sorry kalau tak banyak membantu. Sorry kalau macam chipsmore kejap ada kejap takda. keh3..


Banyaklah belajar dekat sini. Banyak sangat. Banyak sangat sampai rasa macam tak percaya nak say goodbye kat Wellness. Sob.sob.sob

Disebabkan dah nak speechlesss, sebelum speechless nak cakap yang:

Terima kasih Puan Naza, Dr. Ain dan Cik Nani.

Terima kasih sebab benarkan saya kerja dekat sana, trust saya. (Walaupun Ayu nakal sebenarnya, serius rasa boleh dapat 3 full page la yang I'm did wrong..huaaaaaa).

Bila orang tanya, beza tak kerja dengan Puan Naza dan Dr.Ain?

Opkos ada beza.

Maybe dengan Puan Naza it's more easy because Puan Naza adalah Puan Naza;
ya You know rite puan Naza macam mana hee. Puan Naza... miss you la~ hihi
*Kalau Puan Naza baca ni, mesti dia gelak, gelak macam selalu. rindu itu la. hoho.
 Ingat lagi Kak Fiza kata dulu, andai Puan Naza ada 10 orang terpenting dalam list dia, Ayu yang ke 10.. sebab Wellness. Dulu la..dulu) hee.

Dan Dr.Ain adalah Dr.Ain, Dr. Ain yang tersenyum je, tapi dalam fikiran banyak benda nak fikir. Dr. Ain yang..ya yang d.p whatsapp Dr. pun dah jelaskan many things. 



So, disebabkan Ayu ni pemikir yang suka berfikir, jadi sikit-II fahamlah. erk yeke..
(Dr.maaf ambik tanpa izin, maafffff)

So Dr. Ain..

Thanks sebab banyak guide saya.
Thanks for everything
Thanks sebab sentiasa tolak ansur.
Thanks for everything la..
Dr. Ain yang baik+cantik.. saya admire Dr. la. Sangat-II.
Life is tooo short, so stay healthy, strong, ohsem and coolio macam selalu okey?

Cik Nani..
Cik Nani yang baik, baik sangat.
Cik Nani yang sopan santun, lemah lembut.. saya pun admire Cik Nani gak...hee *betul tak tipu*

Semoga Cik Nani sentiasa berada seiring dengan Dr. Ain untuk menaikkan Wellness and Pcychological Centre.

Semoga person lepas ni 10 kali ganda lebih baik+comel+ceria dari saya. hihi.

Sayang Wellness Centre sooo much heee.

1 yang Ayu happy:
"hey, Nurul Hidayu one of the person that have been working at Wellness and I'm proud of it"

 *gambar ni ehsan Kak Mira. And gambar ni gambar verangan. sekian kehkehkeh
Maaf Dr. Guna bilik Dr. sekejap..

Haaa..seee.. Hampir setahun dekat sini boleh imbang badan..ececece.. sangat *mata ke kiri* hoho




Will miss this moment~






Dr. and Dr. to be. In Sha Allah. Aaaminnnn.


Thanks and sorry for everything, everyone
(^_^)



Saturday, 27 December 2014

Futher study or FInd a job?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lately ni, macam semua tahu, Ayu busy. Busy sampai junior tanya pun balas ala kadar. Maaf ye Ekin & Faz..hee

Ok, disebabkan ramai yang bertanya, jadi Ayu pun nak share la kan.. mana la tahu boleh membantu masa depan anda atau anda atau anda...gituuuu..

Anyways, Ayu lebih banyak bercakap base on pengalaman la. Dan juga base on UPSI. Memandangkan Ayu anak kandung Suluh Budiman ^^ heee.

Ok, tak nak guna akak. Nak guna Ayu gak. heee.

Ayu share ni base on soalan yang pernah ditanya la ya.

First: kalau nak sambung belajar, belajar dekat mana lagi okey?
So, Ayu jawab base on apa yang Ayu tahulah ea.

Untuk makluman adik-adik or kawan-II or geng :
Semua U boleh je nak futher Master. Tapi tengoklah beberapa aspek, macam ada mod apa, berapa lama, yuran berapa dan jadual kelas macam mana.

Kalau dekat UPSI, ada yang statusnya full time and ada gak yang part time. Apa beza?
Ada beberapa bezalah.
Contoh kalau nak apply biasiswa MyBrain 15 tu, status kena full time, kalau tak, peluang macam tipis la nak dapat. ngeee. *Yang Ayu tahulah*
Kebanyakan yang part time ni selalunya cikgu lah or yang dah bekerja..
Lagi satu : beza tentang belajar gak lah, kalau full time..selalunya boleh ambik dalam tempoh 3 hingga 5 sem kot..
Kalau part time, kena ambik atleast 4 sem.. haaa ni kalau Ayu tak silap, ok? Tapi rasanya betul lah..hee

Kalau mod plak, ok mod ni pilihan kita sebenarnya nak apa:
Mod A : full research : ni memang Ayu tak ambik lah kan, Ayu tak rajin nak spend time buat kajian semata-mata. Memang susah gak la sebenarnya. Selalu orang ambik 4 sem la even full time.
Sebab, kalau macam FPPM (fakulti Ayu), even kita hantar proposal tu awal, tapi nak tunggu kelulusan oleh pihak pembaca tu yang lama.

*Master tak sama macam Degree. Degree : Kita buat proposal, kita bentang dan kita setelkan edar soal selidik bagai. Pastu kita bentang dapatan, kan?
Kalau Master : kita buat proposal dekat fakulti, nanti ada pembacanya, pastu lulus tu boleh bentang, pastu kumpul dapatan and bentang lagi.. *kalau Ayu tak silap stepnya gini, or mungkin Ayu tertukar la..

Mod B : half kelas, half research. dalam erti kata lain, 2 sem kelas, 1 or 2 sem lagi buat research. Macam kaunseling, kena pergi praktikum sem 3 tu.. (doa la Ayu tak kena g dah hee).

Mod C : fully class : Okey yang ni memang kena pergi kelas, memang kena buat research gak, tapi macam Degree la..  Sesetengah kos tu memang boleh habis 3 sem la, tapi kalau Kaunseling..boleh jadi sampai lima sem : sebab ada yang takda basic kan? Lepas tu mereka nak jadi Cr. Berdaftar.. Jadi, kena add few subjek la.. *mereka pun kena pergi praktikum tau yang kaunseling ni..sob3

Ok, setel kot tentang mod. Yuran plak : kalau MyBrain 15 tu dia sponsor yuran je.. So, kalau dapat tu, tak payah la fikir dah kan. Tengok-II sikit berapa yuran U tersebut. Upsi around Rm1195.00 satu sem *ingat lagi tau..hebat tak? ecece haha*. Kalau OUM yuran dengarnya 1 sem RM4000++. Kesahihannya tak dipastikan..

Tengok jadual kelas..macam UPSI and OUM, kelas weekend la. U lain Ayu tak sure. Kalau anda bekerja, kena plan betul-II supaya tak jejas kerja. Dan kalau UPSI, kelas akan start pagi Jumaat. Tapi kebiasannya petang tu. Macam Ayu : Jumaat ptg; 3-6pm; malam 8-11p.m. Sabtu: 8-11 p.m dan 11-2.00 p.m. Kebiasaannya begitula kalau dekat Upsi..

Dan Ayu ada gak suggest ambiklah Master kat luar negara. Best tau.. kat sini Ayu bagi beberapa link yang mungkin boleh tolong terangkan tentang futher study at overseas.

http://loqkimagri.blogspot.com/2014/01/cara-cara-sambung-master-di-luar-negara.html

http://shaufikahshukri.blogspot.com/2014/01/nak-sambung-belajar-kat-overseanak-tapi.html

Second : Ambik pinjaman tak?
Okey, Ayu tak ambik la PTPTN ke MARA ke. Ayu sara diri sendiri la. Survive dengan kerja skim. Okeyla, cukupla makan. =).
Kalian boleh je nak ambik PTPTN ke Yayasan ke MARA ke. Kalau ambik MARA la paling untung, contoh kan pinjam RM20,000.00. Kalau first class kena bayar sikit je: dalam RM5000.00+-. Tapi pastikan Kelas Pertama la. Dan budak-II yang pinjam MARA ni kira okeyla.. Duit masyuk tapi kena la pandai save.. ^^

Third:  Mana lagi okey, belajar ke kerja?
It's depend la. Macam Ayu, degree dulu bila blajar main, bila main, main-II. Tu yang futher lagi. Lagipun rasa macam posting lambat kan..hee
Dua-dua ada baik buruk la.. Belajar memang best la, tapi asigment pun boleh tahan gak la susah hee.
Kerja tak sama dengan belajar. Mungkin bagi Ayu, Ayu rasa cam suasana kerja tu tak macam belajar, tu yang tekad gak nak belajar..hee

Yang penting niat la..

Yang penting: apa yang awak nak la masa tu.. kalau awak nak kawin, tak kan awak belajar kan? mesti nak kerja nak kumpul duit..
Kalau awak nak jadi lecturer, mungkin awak akan sambung belajar. Tapi kena ingat: kerja yang baguih perlukan pengalaman..
Zaman sekarang susah nak dapat kerja yang baguih, yang menepati kriteria awak nak.. jadi, janganlah fikir bila habis Master, senang dapat kerja, gaji banyak. Tak la,ada je yang still tanam anggur, strawberi dan blueberry kat Malaysia ni. Sebab tu tak berhasil lagi. hoho.

Banyak kena fikir, tapi yang penting.. tanyalah orang yang lebih arif. Nak tanya personal kat Ayu pun boleh kalau maklumat ni tak lengkap..hee

Apa apa pun, selamat maju jaya

(^^,)





Monday, 15 December 2014

Catatan. Catitan. Catitan. Catatan. Catitan Nurul Hidayu.

Assalamualaikum dunia, apa khabar semua? *ayat nak gempak aje haha.

Haa..mesti terbelit lidah baca tajuk ni kan? Saja..nak bagi lembut lidah kawan-II..ehehehe
Ok, ini sebenarnya base on Catatan Mat luthfi, so Ayu tukar la jadi Catitan Nurul Hidayu. (boleh gitu?) hahaha.

Alhamdulillah, telah selamat pergi dan telah selamat kembali ke bumi Tanjong Malim setelah seharian di Key El. Hoh-ho. (macam lama la sangat tak pergi hehe).

Tadi pergi PWTC, okey seronok, okey penat kot. Penat sangat. Sampai terpaksa la batalkan niat nak pergi tengok pokok giant kat Times Square. Sob.sob.sob. Tapi takpe, walaupun tak dapat pergi TS, I got something and it’s just a moment to remember today. *macam tajuk Korean drama sangat* hoho

It’s about meet one of my favourite Vlogger la.

And it’s Mat Luthfi.



Actually, we are planning to go together-gether; I means.. Ayu. Jannah. As
But, Jannah can’t go. Sooooo so so so Jannah: 

“This is to make you jealous. Lalalala~ “ (mesti berangin je budak sorang tu baca, hah-ha).

Kisahnya bermula begini:
Mulanya, disebabkan orang terlalu ramai, kami tunggu dekat luar je,fikirnya ya ibu-ibu, bapak-bapak: kami mahu snap gambaq aja and pulang kok. Tapi entah ngapain tiba-tiba terus masuk dalam hall juga. Bingung sekali bila dipikirin semula. Hahahaha *senget Nurul Hidayu ni*

Ok..kesimpulannya, mulanya, bila orang dah ramai sangat tu, memang tunggu kat luar je mula-mula, pastu tetiba ada budak beratur sampai luar and kami ikut la beratur sekali. Rupa-rupanya untuk beli buku. Ceh! 
And orang depan kata yang dah ada buku masuk je terus. Itu yang masuk tu. Masuk dalam tu pula, tiba abang mic tu kata penuhkan bahagian tepi, so kitorang pun ikut je la arahan.

And dah duduk tu tiba dia kata, ok nanti sign+bergambar start dari sebelah sini ya”. Dia cakap depan kami kot…and bila dia suruh ke depan lagi, As mula-mula gerak. Ayu mula tak nak la depan sangat, tapi follow je la. Hoh-ho

Tak lama lepas tu penulis-penulis tu masuk : Amran Azlan, Ameen Misran and of course Mat Luthfi. 

Lama tak lama la gak, sebab masa diorang tayang video (sementara tunggu Mat datang) terdetik gak la..rugi tak solat dulu. Yela, kita tak tahu pukul berapa habis kan? Nanti solat lambat, jodoh lambat.. haaa sapa nak bertanggungjawab? Ayu jugak… Haruuuu.. Eh..okey balik topik asal. Krek.krek.krek hahaha senget.
Bila Mat masuk, bila tengok dia live tu terdetik satu perkara:
“okey sama je macam kat Youtube” 

Dan bila dia bercakap tu, okey memang sama pun.

And terhibur jugak lah dengan puisi by Ameen Misran tu.
Tetiba terasa “eh ideology dia boleh masuk dengan Ayu la!, Saya suka, saya suka (versi Mei-Mei) hahaha.


Best puisi dia. And I think semua orang suka dengan three of them especially la Mat kan.. 

N bila tetiba ada staff Puteh Press tanya ada soalan tak, Ayu pun angkat tangan.
Satu je soalan Ayu, tapi ambik masa 3 minit gak la nak tulis. Sebab tak tahu ayat nak karang haha
Soalan senang je actually :

“What you will be in 10 years later?”

Tapi mula-mula tulis macam ni :
“Apa/bagaimana anda lihat diri anda….” Pastu As kata salah la.
Ok potong la and tulis “siapa anda lihat diri anda..? pastu Ayu kata..nak buat ayat camni la..
“dalam tempoh 10 tahun lagi dia nak jadi apa?”
And As kata.. “tulis je la dalam b.i dah susah sangat b.m nya”
So, tulis je la “who u’ll be in 10 years?
Dah bagi tiba terfikir “what ke who?”
Pastu mintak abang tu betulkan.
*dear As: lepas ni mari belajar English Year3* hahahahaharuuuu.
 
N tanya dia: “dia baca kan? Bukan saya yang tanya kan?"
Sebab malu kot nak bangun bila da ramai orang. Oh no….
n dia kata “aah, dia yang baca”.

Tapi.tapi.tapi..
After pemenang bertuah lima orang yang cipta slogan kat fb tu dapat pergi depan, sign and bergambar.. pastu akak moderator panggil siapa yang first bagi soalan. And abang yang mintak tulis soalan tadi kata “kejap lagi naik pentas he”

Berdebar kot. Siapa tak ketaq bercakap depan ramai orang. Dah la tak dikenali. Tapi..naik jugaklah. Ayu buat muka Ayu seayu Ayu yang boleh la.. *gelak guling-guling sebab ayat senget*

Before naik tu..sempat lagi suruh budak depan ambik kan video Ayu. Yela, peluang seumur hidup sekali kannnn. Terima kasih awak.





Haa dia la yang tolong kita.. *salute*

 Terima kasih enset As. Nyesal pula tak bawa kamera hijau ku. Kalau tak..dah tak payah susahkan orang.
*peringat utk diri sendiri: “lain kali jangan buat dah tau Ayu”. “ok baik” * monolog dalaman sangat hahaha.

Bila naik tu. Sebab orang pertama and kedua dah tanya kat Anuar and Ameen tu, so Ayu pun tanya je la kat Mat.. suka kot.. *lompat bulan* hahahaha

p/s: macam m.c of the day tak Ayu? ececece..berangan

Soalan yang sama Ayu tanya :

“bagaimana anda lihat diri anda dalam tempoh 10 tahun akan datang?”
Dan dia:



Haaa..susah soalan Ayu kan sampai reaksi dia gitu hahaha
And penulis and akak tu kata “soalan interview”

Memangla, Ayu budak Realistik, tanya future terus. And as a counsellor, Ayu memang suka ask my client or student or sesiapa je la soalan tu.
Sebab, its will make he.she.them.me.us think for the future.
Ada plan and achive the dream. *ayat kaunselor sangat kan?* hahah
(ingin dapatkan khidmat nasihat,bimbingan & kaunseling, do pm me. gituuu)

Bila dia jawab tu, dia siap kata “dengaq la (ceq ka aku ntah) kata”
And Ayu sempat balas “dengar, tengah rakam video ni”'

And actually, tak rakam pun mulanya, salah tekan sebab nervous hahahaha.
And orang kat belakang tu lagi best sebab kata macam ni “buku tu letak je atas meja”
So Ayu pun letak je la atas meja.
Bila dia dah siap bagi jawapan, Ayu kata la nak sign.
Masa tu la ceq pergi dekat dengan dia. Okey dekat dengan dia bukan pergi dekat terus dekat hati dia tauuuu hahahahaa *kesengalankeamatankesangatan Ayu ni* hihi



Dia sempat la tanya “dari mana”
N Ayu cakap “UPSI”
N dia kata la “so cikgu la ni?”
Ayu just balas “In Sha Allah”



ayat dia:
"hidayu,jadi cikgu yang cool nah!"
-dia ingat cek ni berdarah reptilia apa nak cool ni. eh! opss salah ea?
Ok, baik, Ayu akan jadi cikgu yang cool and Ayu. Ayu seAyu Ayunya...gituuuu krek-II.
Bila nak tangkap gambar tu, memang panggil As naik atas la.. 



Tara..jangan jeles ea semua!
And bila turun tu terus balik..sebab yela, kesian kat orang lain queue dah lama. And nak rushing pergi solat..mana tau esok lusa dapat pak ustat. Kah kah kah. *nangis+pengsan).

At the end, Alhamdulillah la, happy.

At the end, Ayu learn la yang.. depa tu fames memang fames. Tapi lain kali, solat dulu la. Solat tu yang penting. (ni cakap ikhlas dari ati tau, bukan nak tunjuk poyo). Sebab, ini bahagian dia di dunia, and ini juga bahagian kita, di setiap semua ni, ada tanggungjawab yang perlu digalas. So, betul sedih sebab lebihkan dunia (air mata bergenang). So, Nurul Hidayu sayang, jangan buat dah ok!

Untuk As: Thanks layankan je kawan yang comel sorang ni haha. Hope lain kali kita pergi, kita dah grade dah..

Untuk Jannah: lain kali pergi sama ya yunk.

Untuk org dpn saya a.k.a: Hamizah : thanks sangat tolong orang jauh ni.. Perak kan jauh.. (padahal sejam je) hehe.

Untuk Puteh Press : thanks for ur hospitality. Very good and keep fighting. Eh lupa : can I give my manuscript to u? hee

Untuk Mat : ok, jom fight sape grade master ni dulu. Ceq ka ang? Hoho. Selamat maju jaya dalam belajar, dalam  membina kerjaya and paling penting dalam membina six packs opsss hahaha (muka tak bersalah). Btw, ceq pun 90. And as u know. Org lahir tahun 90 memang ohsem. Jadi mari bersama-sama kekalkan ke 'ohsem'an itu. Gittuuu.

*p/s : kawan-II ceq kim salam and depa tanya: betul ka ang bukan admin amran tuh? and depa kata..ni Mat Luthfi okey. bukan sebarang orang. Mat Luthfi *sambil stress ur name. haha.
 *maaf kawan-II kaunseling Catalyst saya memang senget ekeke. and kami tahu bukan ang, ya dak? *angkat sepanduk tulis "we all MatLuthfi" (gelak guling-guling) hahaha



ok belanja video sikit..



okey, thanks kat sis Hamizah la sebab berusaha untuk ambik video ni. thankss sangat awakkk *tunduk ucap terima kasih*

maaf andai video tak berapa okey. *okey macam mana pun ceq tak tau nak explain hihi.
 but eh okey la tu ada dari tak ada. sekian keh.keh.keh

sehingga berjumpa di lain coretan. daaaa

Salam (^_~)

Sunday, 14 December 2014

Tiup Habuk



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama: life been so busy u know.. dat’s why Ayu can’t write a story to you
Ecece.. speaking la sangat hoho..

Okey *berfikir+teringat sesuatu*.Okey faham.
Okey Ayu ada baca satu quote la yang kata..sebenarnya takda pun istilah “busy sangat”..sebab.. 

“How busy we are, we will make time for someone or something that important to us”

Betul tak? Betul sebenarnya..

So.. life tu tak la sibuk sangat sangat sibuk..tapi disebabkan Ayu sendiri kot yang masa banyak ke lain..tu yang tak sempat nak update blog tu. Maafkan saya ya En.Blog sob sob sob..

Kalau blogspot ini boleh set ‘alarm’..mesti dah beratus kali dah berbunyi suruh update. Tapi tu la.. memang tak sempat.

Bukan sebab En.Blog tak penting ok.. Cuma ada yang lebih penting; such as assignment, movie, cerita korea lagi, baca buku lagi, kerja skim lagi, kuliah lagi and and and tidur. Tidur tu yang penting; sebab tu muka I baby face..erkkkk (angkat bakul masuk sendiri) hahaha.

And.. information to:
 
Tentang fan-fans I yang tunggu I update tentang birthday I tu, sorry tau uolssss. I memang busy sangat..so busy, so I decide untuk combine the story together-gether with the story of my journey this year. Wait for me yaaa. *bajet retis sangat* kah kah kah. *nangis+pengsan* hahahaha

Disebabkan rasa bersalah, lain kali Ayu update selalu walaupun just 1 ayat. Eh okey la tu…kan memang dituntut :
Sampaikan walau satu ayat..

Okey,bukan bajet bagus tau..
Tapi.. sharing is caring rite? Gittuuu.

Hahaha.

Ok, done tiup habuk. Mari mula menulis catitan.
Erkkkk

Tuesday, 2 December 2014

Sesal Separuh Jalan?

Assalamualaikum w.b.t.h

Lamanya tak update.

Sibuk. Nak update tentang birthday pun tak sempat.

Sibuk. Sibuk dengan pelbagai perkara.

Sibuk menghilangkan segala gundah di jiwa mungkin?

Allah. Allah. Allah.

Ok, nak nangis. Ok sedih.

Ayu tak tahu apa Ayu rasa, yang pasti sedih. Sebab apa yang dikata tidak sama dengan apa yang dirasa. Ya, bagus, tidak sama dengan apa yang dirasa namun sedikit kecewa kerana mengapa perlu merasa dan berkata?

Letih, sangat penat apabila kita mencari semua, kita cari nama itu walaupun kita sentiasa sebut Tapi nama itu tak berada di tempat yang seiring dengan apa yang dikata. Letih kerana mencari. Letih. Sangat letih.

Bila fikir-fikir balik, sebenarnya bukan apa yang dikata menjadi punca utama, namun apa yang dirasa itu. Rasa yang hilang. Rasa yang kononnya ada apabila sentiasa dikata-kata. Tetapi sebenarnya rasa itu langsung tiada.

Semoga mengerti yang itu menyakitkan.

Tuesday, 21 October 2014

Dua puluh dua hari bulan sepuluh kembali lagi.

Assalamualaikum w.b.t.h.

Hai, selamat malam semua. (waktu Ayu tulis ni malam kannn.. hee)

Ok. *tarik nafas.
Ok. sedih. *senyum
Ok. speechless.

Beberapa hari lepas, Ayu tiba teringat. "eh dah nak dekat 22hb la" .
Ok. n semakin hampir harinya, semakin rasa.. pelbagai rasa mungkin?

Ok. sedih. tak tahu napa. Tapi sedih. Tapi cam ok. hem

It's remind me about 5 years ago may be? erkkk

Dulu, Ayu tak camni. Entah lah disebabkan semakin besar or sebenarnya sepanjang 3 tahun kebelakangan ni belajar ayat "Ayu kan kuat". so itu yang menyebabkan ok?. . .
entah, tak pasti.

Yang Ayu tahu, lima tahun lepas, Ayu kenal dia.
Dia yang ajar Ayu banyak perkara.

"Jangan makan tu, banyak MSG tau!"
"Jangan degil"
"Jangan nangis"
"Jangan itu, jangan ini"

N entah kenapa semua yang dia cakap, nasihat, tegur Ayu okey je.
Even ada yang kadang-kadang tak okey pun jadi okey.

N Ayu selesa. *indeed*

Maybe Ayu bergantung dengan dia kot? Tak dinafikan lah.
Kadang-II kita lebih selesa depending on someone kan? Kadang-II la.
Dulu.
Sekarang?
Entah.
 
Eh tapi jap..
Ok, satu yang Ayu perasan, actually dia ajar Ayu berdikari la..
Dengan cara dia membebel bagai. Tapi its just nice la.

Sebab sometimes kita lebih selesa orang membebel dari diam kan? Yela, membebel kan tanda prihatin. Tapi.tapi.tapi.. itu dulu.

Mereka selalu cakap :
"kalau dia baik, dia tak kan camni"
"kalau dia baik, napa kaw camni"
"kalau dia baik.."

N Ayu dengan sepenuh hatinya akan tetap kata  :
"Dia baik!"
"Baik sangat-II."
Entah. mungkin sebab Ayu memang fight untuk hilangkan semua memori yang tak best kot.
and tinggalkan semua kenangan yang okey je.
Itu yang still kata baik tu. Sebab itu je yang Ayu ingat.

Or mungkin kerana dia memang baik. Ya, dia memang baik!.
Dia ajar Ayu something la.
Dia sentiasa ada bila Ayu betul-II susah.
So, camna Ayu tak kata dia tak baik?

Bukan senang untuk semua ni, tapi ... em entah. Ayu kan kuat? hoho

Terima kasih sangat kat dia.

Sebab 1 yang pasti :
Kalau dia tak baik, dia still ada dengan Ayu kot sekarang?
Kalau dia tak baik, tak kan dia rasa bersalah sebab keluar berdua dulu?
Kalau dia tak baik, tak kan dia kata camni :
"I felt bad about your parents, because us".

Ok, dia memang baik.

Kawan Ayu selalu tanya :
"Ayu still tunggu dia, kan?"
"Tak lah".
"Tipu!"
"Entahlah.."

Betul. Entahlah. entahlah. Ayu tak tahu.
Ayu tak tahu sebab 1 yang Ayu rasa betul :

"Feelings that come back are feelings that never went away."

May be Ayu tak sebut tentang dia, tapi itu tak bermakna Ayu lupa.
Walaupun Ayu tahu, dia akan lupa tentang Ayu.

Ayu tak tunggu, sebab penantian tu satu penyeksaan.
Kot-II dia dah bahgia sekarang.
Dia pasti bahagia.
Jadi, biarlah dia.

Dulu..
Dulu mungkin ya Ayu tunggu.
sebab





Tapi.
Itu dulu.
Sekarang?
Sekarang pasti tak sama dengan dulu.


Dan biarlah Ayu camni.
Walaupun Ayu penat.
Just..biar.


Ok, saya sedih.

Ok, terima kasih tau. Terima kasih untuk segalanya.
Maaf sebab tak sempurna.

Semoga sentiasa hidup dalam redha Allah.

Semoga sentiasa bahagia.

Selamat ulang tahun kelahiran.

Ayu..

Ayu will not forget u. Ayu janji.

*nanges*







* some of you may say I'm shouldn't write this, but. its just me. sorry.

Thursday, 21 August 2014

Please Understand Me ii ~

Assalamualaikum..

Sebab sebelum ni speechless, jadi nak sambung dekat sini la.

Nak posting, nak posting, nak posting. Nak kejar impian, cita-II dan harapan. Ayu rasa maybe sebab doa Ayu sentiasa tentang berkaitan ini, jadi makin lama (terutama masa tulis ni) Ayu rasa makin kuat semangat untuk posting.

Sedih, kawan dah posting. Dah siap beli kereta, dah tempah kad kahwin lagi. Ayu?

Ayu masih lagi rasa lama nak jangkau itu semua.

Baru ni masa raya kawan Ayu kata : eh ko pakai lagi enset tu?" *enset sony lama.

Dan Ayu kata : "haaa itu aku tak paham napa orang suka tanya aku nak kawin bila, tak nampak ke enset aku ni pun aku tak mampu tukar?".

Betul, Ayu baru 24 tahun, orang sibuk tanya "bila lagi?"

Kenalan plak ada tanya camni " eh takkan ang takda pakwe, cun apa?"

Ayu tak ada sape-II, takda pun ayat cam artis sekarang "dalam proses mengenal hati budi" tak da jawapan klishe gitu. uhhu..

Sebab Ayu nak kerja dulu. Kerja beli aset dulu, kumpul duit untuk achive banyak cita-II, dan Ayu rasa cinta itu datang sendiri. Itu Ayu rasa la. Kalau kalian tak setuju takpe. ngeee

Tapi satu yang Ayu mohon, tolonglah jangan tanya Ayu bila nak kahwin. Tanyalah orang lain. bukan Ayu. Tanya orang yang selalu berkepit sana sini ke. tapi bukan Ayu.

Tak nak fikir pun. Sebab Ayu rasa Ayu ada banyak family, kawan yang Ayu boleh mintak tolong or share something bila susah mahupun senang. Dan Ayu selesa dengan keadaan Ayu sekarang.

Ok, Ayu bersyukur sangat dengan apa yang Ayu ada sekarang, tapi Ayu juga berharap dalam tempoh terdekat ini, impian Ayu bakal tercapai. Doakan Ayu ya kawan-II. Dan AYu doakan kebahagiaan kawan-II juga.

Dan, fahamilah :


 
 

When will you hire me of my dear KPM?


Walau apa pun, mari stay cool and positive. Allah ada.

Jumpa lagi, adios~

(^_^)




Please understand me~

Assalamualaikummmm (macam bagi salam kat rumah orang haha)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin semua.. (walaupun raya dah nak habis ngeee).

Selamat Hari Lahir kepada semua yang dah menyambutnya dari bulan 1-8 *hoho

Selamat Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kidal Sedunia..selamat lah segalanya (nampak sangat banyak nak fikir..gituuu hah-ha)

Selamat menjawab exam, eh Ayu dah tamat! Dan dah dapat result pun. A condong banyak, tapi okey la.. sebab Ayu belajar untuk ilmu, bukan untuk kejar A+ heee.

Ok, lama tak update blog. Berhabuk dah. Tapi nak buat macam mana, banyak kekangan. cewahhh

Dalam masa sama, Ayu sedih gak la, banyak impian Ayu tak dapat dicapai. Sedih kot. Mungkin sebab Ayu berharap sangat, jadi bila impian itu tak dapat dicapai, Ayu rasa macam macam macam down gak la. Apa impian Ayu? Ok, scroll balik entry bulan Jan ya? hihi

Ok, lega gak sebab Ayu tengah futher study, tapi nak achive yang lain juga..huaaaaa *nangis.

Nak posting sebenarnya, nak sangat berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara (boleh rasa kan semangat Ayu ewahh)

Ok, kadang-II Ayu rasa teruk sangat, sebab yelah, macam posting jek yang boleh menyumbang rezeki, benda lain macam tak je.

Tapi tapi tapi, dari start jejak kaki ke UPSI dah fikir bila keluar nak jadi kaunselor sekolah, mestilah impian yang ditanam sejak awal itu tersemat utuh sehingga menimbulkan semangat dan rasa untuk menjadikan impian itu kenyataan lago berkobar-II.
*Wahhh panjang tak Ayu bebel.. haha

Tapi betul, nak posting sangat.

Ok, hemm *speechless

To be continued..

Wednesday, 7 May 2014

LovE iS cIntA (end)

Disini, ruang ini.

"Haa..balik pun! Ingat tak nak balik dah". Kata Hawa.
Dia yang memandang hanya tersenyum.

"Kau okey?" tanya Hawa.
"Okey je". Dia menjawab tenang.
"Seriuslah, kau okey tak ni?" gesa Hawa lagi
"Aku okey la, okey je". Dia menjawab malas.

"Kau macam mana dengan dia?"
Dia yang mendengar lantas memandang Hawa.
"Takda soalan lain ke?" tanya dia kembali.

Hawa tersenyum lantas berkata "Tak ada! Itu aje yang aku nak tahu".

Dia melepaskan keluhan.
"Herm.."
"Herm apa?" tanya Hawa.

"Kami kawan je, kan dah kata dari dulu lagi, kawan sa ha ja" terangnya lambat-lambat.
"Yeke kawan sahaja? Bukan lebih dari seorang kawan?" soal Hawa sambil menekankan perkataan sahaja itu.

Soalan Hawa itu membuatkan matanya berair.

"Kau okey?" Hawa bertanya dengan nada risau.
 "Aku okey je". Dia menjawab.

"Kalau kau nak cerita, aku dengar. Tapi kalau kau tak nak takpe, aku faham". Hawa menambah.

"Dia kata..dia dah ada orang lain" Dia menjawab tenang.
 "Hah?! Serius?" Hawa bertanya separuh menjerit. Mungkin terkejut.
"Aah". Dia mengangguk lemah.
"Serius dia ada orang lain?" Hawa tanya kembali.
"Iya, serius. Dia kata dia ada orang lain". Jawab dia. Bahasa apa yang perlu digunakan lagi supaya Hawa faham, soal hatinya.

"Hari tu, dia kata dia single?"
"Itu hari tu, hari tu tak sama dengan hari ni ke semalam ke esok ke, tak sama". Dia menjawab.
 "Kot2 dia bergurau tak?" Hawa meneka.
"Itu tak pasti, tapi yang pasti, itu yang dia kata" balasnya.
"Aku tanya dia dipunyai oleh mak, ayah dan famili sebenarnya, kan? Dia kata dia dipunyai oleh seseorang, mak ayah dan keluarga". Dia menambah lagi.

"Sabar ya, aku mintak maaf tanya soalan ini dekat kau". Hawa jadi serba salah.
"Tak apa, aku okey je." Lantas dia tersenyum. Senyum yang dirasakan rebeh sebelah mulutnya.

"Erm..dia ada kata apa lagi?" tanya Hawa.
"Dia kata, doakan dia dan pasangannya bahgia"
"What??!" Biar betul? Eeee..sakit pula hati kita mendengarnya" kata Hawa dengan muka yang merah.
"Bila dia nak langsungnya?"
"Dia kata tahun depan, in sha Allah". Dia menjawab perlahan.

"Dia sihat ke tak, hah?" tanya Hawa dengan nada marah.
"Kenapa?" dia memandang Hawa pelik.
"Yelah, kau tak cakap dengan dia ke yang sedangkan esok pun tak pasti dia hidup atau mati, ini kan pula tahun depan". 
"Itu perancangannya sahaja kata dia". Dia membela.

"Masalahnya..eee tak pahamlah aku dengan dia tu". Hawa membebel.
"Dia kata apa lagi?" tanya Hawa.
"Dia kata dia doakan aku bahagia dengan bakal suami aku". Dia menjawab dengan mata yang bergenangan air mata.

"Kau balas apa?" aju Hawa.
"Aku tanya dia, nak ubat tak? Dia kata dia nak ubat nyamuk sekilo. Aku kata kesian dekat dia, ujian Allah itu memang berbeza untuk hamba-hambaNya". Dia menjawab.
"Napa kau tanya gitu? Hawa pula yang membuat muka pelik.
"Sebab aku pun fikir macam apa yang kau fikir, kita tak pasti hari esok kita hidup atau mati, jadi mengapa berangan-angan terlalu tinggi?". Lagipun dia sendiri yang pernah kata dulu, orang berkahwin pun boleh cerai, ni kan pula yang takda ikatan,kan?" Dia menjawab dengan nada rendah.

"Dia ada kata apa-apa lagi tak? Hawa menyoal.
"Tak, aku kata aku harap dia bukan jodoh aku dan dia kata In Sha Allah." jawabnya slumber.
"Hah, apa? Tanya Hawa tidak percaya. "Napa kau kata macam itu?"
"Entah, saja cakap macam tu, suka-suka". Dia membalas.

"Habis itu kau okey tak ni? Serius kau okey?" Hawa bertanya risau.
"Aku okey, s.e.r.i.u.s". Dia menjawab.

"Aku kenal kau, selalu kau tak macam ni, kau okey tak ni? Hawa mengajukan soalan itu lagi.
"Aku okey je, biasa-biasa sahaja".
"Kenapa boleh tenang sangat ini?" Hawa bertanya.
"Sebab, aku dah cari dia dalam hati aku, dia tak ada pun" dia terdiam sejenak. "Mungkin aku selesa dengan dia, selesa macam makan cheese cake yang sejuk tu, nyaman je" hehe. Gelaknya bersahaja. "Selesa seketika, tapi bila bawa keluar dari kedai, dah tak rasa apa-apa." Mungkin bila aku sedar yang aku tiada dalam hati dia, aku pun terus halang apa yang aku rasa, jadi okey la kan". Aku ikut nasihat doktor tau, baik tak aku? Tanya dia dengan sengihan yang dibuat-buat.

"Nasihat doktor apa pulak nya?" tanya Hawa dengan dahi berkerut.
"Kan doktor kata mencegah lebih baik dari mengubati, bukan begitu? Jadi aku amalkan apa yang dokotor kata, so..tengok..aku okey je kan? Dia menjawab sambil gelak. Gelak yang dirasa sumbang bunyinya.

"Kau ni, aku tengah serius dia main-main pula" Hawa berkata dengan nada geram.
"Betullah apa yang aku kata ini. Aku selesa dengan dia, selesa yang mungkin dia pun rasa perkara yang sama. Mungkin salah aku juga, sebab jujur bagitahu yang dia tak ada dekat hati aku. Tapi, siapa suruh dia main tarik tali kan? Dah tau hati aku lembut, mudah terluka, nak main gak tarik tali. Sakit tau" bebelnya panjang. Kemudian dia gelak.

"Kau ini kejap sedih kejap tak, aish risau aku" Kata Hawa.
"Tak mengapa la Hawa, aku bersyukur kot, sebab Allah sentiasa ada dengan aku. Mungkin selama ini aku terlalu kejar nikmat dunia yang tak seberapa, yang sebenarnya ditengah-tengah nikmat itu ada dosa. Jadi DIA tarik itu, DIA bagi aku sedar yang apa-apa pun, DIA ada. Ya, Allah sentiasa ada. Bila aku fikir macam ni, aku okey, rasa lega sangat. Allah sayang aku". Katanya dalam nada sebak. "Aku je yang abaikan tanggunjawab sebagai hamba". Dia berkata sambil mengalir air mata.

Hawa terdiam. Namun tidak lama dia menyambung. "Kalau itu yang kau rasa, baguslah".
"Ini yang aku rasa, aku redha dengan takdirNya". Dia menjawab tenang sambil engelap air mata.

"Kau nak tahu sesuatu tak?" tanya dia setelah diam seketika.
"Apa?" soal Hawa.
"Ada beza tau antara sayang dengan cinta." Dia tersenyum sendiri.
"Maksud kau?" tanya Hawa lagi.
"Kasih sayang itu kita boleh bagi dekat semua, yang ada dalam diri kita ini pun sebenarnya banyak perasaan sayang, bukan cinta. Sayang yang dengan mudahnya dituturkan dengan perkataan "cinta". Ah manusia hari ini sungguh pandai bermain kata-kata." Dia menjawab dengan nada ala-ala pujangga. Yang lantas membuat dia ketawa dengan kata-katanya itu.

"Habis cinta itu macam mana? Hawa menyoal.
"Cinta itu hanya pada Pencipta kita, pada ALLAH."
"Jangan kata kita cinta seseorang, sebab sebenarnya cinta itu milik Allah yang Maha Esa utamanya, bukan senang-senang nak bagi pada insan biasa." Dia menjawab.

Hawa terdiam dan mengangguk tanda setuju.

"Nak tahu lagi tak?" tanya dia.
Hawa hanya mengangguk tanda mahu.

"Buat masa ini, rasa sedih, macam terluka gak, tapi sikit je..sikit sangat-sangat". Katanya sambil merapatkan ibu jari dengan jari telunjuk.

Hawa memandang seperti tak percaya.

"Betul tak tipu! Katanya sungguh-sungguh. Sebab kan Allah ada. Aku tengah usaha untuk kejar cinta Allah, baru fikir kasih sayang manusia." Jawabnya sambil tersenyum.

"Sebab cinta itu cinta, itulah sebabnya Love is not kasih sayang, Love Is Cinta"
Dia tersenyum.

Ya, Love Is Cinta, Cinta pada yang Maha Esa sahaja.

Yang berlalu, biarkan berlalu, yang akan datang kita masih tak tahu, jadi, hadapi detik sekarang dengan hala tuju yang gitu.

ALLAH knows BETTER!~

(^_^)

Tuesday, 29 April 2014

LOvE is CIntA III

Here & Now.

"Kau okey? tanya Hawa

"Okey, okey aje". Dia tersenyum

Hawa tahu senyuman itu kosong, senyuman itu menyembunyikan 1001 cerita.

"Tipu! cuba cakap betul-betul, ang tak okey, kan? Giat Hawa lagi.

"Nak nangis boleh? Nak nangis je, tapi tak nak cerita apa-apa, boleh? Tanyanya sambil menahan sebak.

Hawa terdiam.

"Napa ya..? Napa selalu begini? Napa selalu jadi camni?" setitik air mata jatuh jua.

Hawa yang memandang kelu tidak tahu berkata apa. "Sabarlah". Itu je yang mampu dia jawab.

"Napa ya selalu camni?" dia ulang lagi soalan itu.

"Dia kata apa?" Hawa tanya lagi.

"Ati aku ati manusia kot, ati yang ada perasaan, bukan hati lembu yang boleh dilapah-lapah" Katanya sambil menangis.

"Selagi ko tak dapat lalui ujian ni dengan baik, selagi itu masalah yang sama akan datang. Macam exam gak, selagi tak lulus subjek, selagi tu kena repeat". Hawa menjawab.

"Aku tak kuat kot, aku letih. Bermain tarik tali menggunakan hati, bukan menggunakan tangan dan kaki. Penatnya mengganggu mimpi".Dia membalas.

"Dah la, malas nak fikir". Dia menjawab sambil mengesat air mata.

"Ayat ceq tadi puitis kan? Boleh jadi sasterawan tak? Dia gelak sendiri. Cuba untuk melawak.

Hawa bercekak pinggang. " Jangan lari dari masalah, hadapi !". kata Hawa.

"Berkata-kata itu mudah, semudah ABC Hawa".

"Tau tak pa, lagi mudah dari ko yang cuba lari dari realiti!" Tekan Hawa.

"Aku tak lari tapi.."

"Tapi apa?" soal Hawa

"Dia yang lari dari aku. Aku macam rasa semalam dia ajak aku jalan seiringan, tapi hari ni aku rasa dia lari..lari jauh." Dia menjawab sambil bergenang air mata.

"Kalau camtu kejar la" balas Hawa.

"Aku tak rasa aku mampu kejar dia, nak berjalan seiringan pun tidak mampu. Untuk berdiri di belakang dia pun aku rasa tak layak".

"Kenapa?" tanya Hawa dengan muka pelik.

"Sebab dia sendiri tak pasti, perlu ke aku di sisi".
Dia bingkas bangun.

"Aku nak tengok cerita Frozen ni, nak join?" soalnya sambil cuba tersenyum.

"Best ke cerita tu? Soal Hawa kembali.

"Best, dia ada magic! dia boleh buat semua benda Frozen". jawabnya.
"Aku pun nak jadi gitu, nak Frozen kan dia, supaya tak mampu buat pape kat ati ni".Kata hatinya yang tak terluah.

"Takpe la, tak nak la tengok, nak buat kerja." kata Hawa.

"Okey" dan serentak itu dia menyanyi "Let it go, let it go".
"No, let him go, no let me go. Its mean..let my heart go. N u? keep my hurt and go away !" sambungnya dalam hati.

Serentak itu juga telefonnya berbunyi.

"Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi,
berat rasanya ku dapatkan semua,
dari situ ku sedari,
mungkinkah saat nanti,
cinta kita berdua,
bisa ku miliki"

Dan dia..hanya membiarkannya berlagu.


Monday, 7 April 2014

Love iS Cinta II

UPSI.

Dia duduk di situ lagi. Masih merenung Banjaran Titiwangsa. Sesekali dia menoleh ke kanan.
"Ah..jauhnya Genting Highlands itu. Jauuh..jauh..jauhhhhhhh". Dia berkata dalam hati.

"Memang tak ada kerja lain ya?" tanya Hawa.
Dia hanya menggeleng.

"Apa la yang ada dengan Banjaran itu hah?
Dia hanya tersenyum.

"Orang tanya tak jawab.. ada gak yang nak kena sekeh ni.." tambah Hawa lagi.
Dia gelak lantas membuka mulut.
" Okey..okey, aku jawab soalan hang satu persatu okey?" Dia gelak lagi..
"1. Ada je kerja lain, tapi ala bukan selalu macam ni. Kedua.. ada pokok la, takkan ada kolam renang pula". Lantas dia gelak apabila melihat Hawa membulatkan mata.

"Lawak sangat, sangat sangat lawak macam nak gelak guling-guling" kata Hawa.
Dan dia masih gelak dengan lawak tak berapa cerdik Hawa itu.

"Orang balik dari rumah happy. Yang hang termenung kenapa? Jumpa dia?"
Dia memandang Hawa dengan pandangan sukar ditafsir.
"Erm tak nak jawab boleh?" Dia tanya kembali
"Jawab je la". Asak Hawa.

"Herm..erm tak jumpa pun la dia, ingat dekat? Aku rasa macam aku kat Benua Asia, dia dekat Benua Antartika. Nak pergi dekat dia, mahunya aku kandas di lautan beku, dia nak pergi kat aku? Dia awal-awal dah jadi air batu.. hahahaha" jawab dia sambil gelak dengan analoginya sendiri.

Hawa lantas bangun akibat kegeraman.
Tak lama kemudian Hawa menoleh dan menambah :
"Kalau kau hampir beku, dia jadi air batu, elok lah tu. Esok lusa jangan mengeluh merindu.
So..sebelum jadi camtu, baik korang fikir camna nak cairkan lautan beku dengan air batu tu."

Dia diam dan buat muka sukar menghadam kata-kata Hawa.

"Macam mana nak cairkan ya? Cik matahari mahukah membantu?" Dia bertanya sendiri sambil mencari cahaya.

Erk.. Astagfirullah. Dai tersedar. Merepek apakah dia? Tapi...Merepekkah? Tanya hati dia lagi.

Bunyi mesej masuk mengganggu pemikirannya.
"Dah sampai? diam je? ;-) "

Oh hati..dia yang macam air batu atau aku yang tidak mahu redah lautan beku?

*Kalau cinta itu rahsia, biar terus kekal hanya antara kita*




Thursday, 3 April 2014

Love iS Cinta~

Assalamualaikum.

Hai Kawan-II.

Erm hari itu Ayu ada la berangan nak jadi penulis sikit, dan ini semua sebab baca cerita-II my favorite novelist la : kak lynn Dayana, maka nya terhasil lah ini :

Enjoy it!~


UPSI.

Dia duduk di situ. Bersendiri. Memerhatikan banjaran titiwangsa.

"Subhanallah. Cantiknya" hati kecilnya berkata-II.

Dia masih lagi di situ. Memerhatikan lagi keadaan di sekitar.

"Ramainya di kedai makan, mungkin mereka lapar setelah penat belajar". Lantas dia tersenyum.

Merenung kembali banjaran titiwangsa.

Pabila mendengar gelak tawa manusia, dia memandang ke bawah.
"Bahagianya kehidupan bergelar pelajar".

Dia memandang kembali banjaran yang menghembuskan angin dingin itu. Mungkin termenung. Ya dia termenung.

Dan gangguan bunyi bas itu membuatnya menoleh.

Dan dia menoleh lagi ke kanan.

"Jauhnya Genting Highlands itu.. sejauh hati kita"

"Astagfirullah." Lantas dia beristigfar.

"bukankah semuanya milik Allah, termasuk hati?"
"bukankah semua yang berlaku ada hikmah?"
"bukankah dia berjanji untuk terima segalanya dengan redha?"
"bukankah dia berjanji untuk abaikan sesuatu yang tidak pasti?"

Dia tersedar.

"Ada amanat yang perlu digalas di sini, dan perlu merealisasikannya,
Cukup! berhenti bermimpi" nekad hati kecil.

Ada mata berkaca, dan dia bingkas bangun.



Haha..ini bukan cerita Ayu, ini hanya rekaan je.
Dan the best part is Kak Lynn pun kOmen ohoiiii~

Nanti bila Ayu free : Ayu nak sambung lagi yehaa

Daa

(^_^)

Wednesday, 2 April 2014

Ayu .. April dah datang!~

Assalamualaikum w.b.t.h.

Hai ! , Selamat petang kawan-II.. ecece..

Wahhh dah lama sangat rasanya tak update blog, bukan apa.. update blog ini pun memerlukan mOOd tau.. sebab itu baru update walaupun niat itu sentiasa ada. *maafkan beta, cheq bLog *angkat tangan mintak ampun* ngeee

Sekarang dah masuk bulan 4. Ya Allah cepatnya masa berlalu. *bulatkan mata

Dalam 4 bulan ini, apa yang pasti life is up and dOwn, kadang-II Ayu rasa oooookey sangat, kadang-II rasa takkkk ok sangat. Tapi bila fikir-II balik, Ayu redah je susah senang.. sO, dOnt think tooo cOmpLicated actually. =)

Life 4 bulan ni : Alhamdulillah.. banyak perkara Ayu dah gapai dan sedang berusaha untuk menggapainya.. lalalala~

Antaranya :

1. Ayu dah bergelar pelajar kembali :


Alhamdulillah, bulan Februari aritu daftar : Mak Abah, I LOve BOTH of you soooo much la. Sebab tanpa sokongan, bantuan dari ibu bapa terchenta ini, Ayu tak kan ada dekat mana Ayu ada sekarang ini. *tepuk tangan terharu* hehe
Dekat kakanda-II dan anak-II sedara terchenta juga : terima kasih semua *tunduk hormat* haha

~Happy sebab ini salah satu cita-II Ayu kan. Nak belajar sebab tambah ilmu & in sha Allah gunakannya pada anak bangsa =)

2. Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada la nak sambung belajar ini :



 Pergi Yayasan Pahang untuk ambil : *tamtamtamtaraaa (muzik iringan sangat haha)



Alhamdulillah la dapat ini, dan duitnya Ayu beli sesuatu yang takda dalam wishlist pun :

Ini dia :


 Hehe.. motorsikal.

100 kali fikir, kadang-II tak percaya pun Ayu dah ada 'harta' sendiri. So, Alhamdulillah.. terima kasih Allah.

Dan En.BMM ini dah siap pergi buang "kolestrol" lagi a.k.a tukaq minyak hitam (sebab asyik merempit saja : maaf abah mak hee), dan semalam sudah mandi buih.. yeeehaaa. Hari ini kami pergi kerja dengan bergayanya kekekeke

Oh hampir terlupa plak : BMM tu stand for : Berkat MakAbah Menyayangiku :
Sangat manissssssss kan? lalalala~

3. Ayu pun dah bekerja. Skim bekerja sambil belajar di Wellness Centre. Haa tak tahu kan apa itu Wellness? Meh Ayu tunjuk sikit :


Wellness Centre ini dekat fakulti Ayu gak, tempat student lepak la kiranya. Ada big ball tu untuk main-II (tapi ramai tak kreatif nak main sebenarnya hihi), ada mOvie, ada games mcm cOngkak, sahiba, ada kerusi untuk lepak-II je dannn yang paling best ada foot massafe & massage chair Ogawa (sambil nyanyi) hahaha. Best la, sebab kerja rileks aja, tapi kadang-II geram gak la dengan few student yang tak faham-II peraturan.. *tarik telinga baru tahu*.

Mula-II Ayu rasa dOwn gak la sebenarnya sebAb gaJi sikit kot, pastu k.Fiza cerita tentang dia. Dia kata dulu dia cam mengeluh gak la sebab gaji masa dia kerja sikit, TAPI pastu dia fikir : kan buat solat dhuha, patut rezeki tu banyak ke sikit ke patutnya bersyukur.

N Ayu pun cam sentap menusuk ke hati gak la sebab yela, betul apa yang k.Fiza cakap tu dan lepas itu rasa : ok Ayu patut redha, ada hikmah semua ni. Dan Alhamdulillah, walaupun ikutkan sikit, tapi tak pernah lah putus rezeki. Terima kasih, cintaku, Allah =).

*opss maaf, TER"selfie" pula haha.

Erm apa lagi nak cerita ya..? *perah otak berfikir*

Haa dah ingat :

4. Okey..dalam masa 4 bulan ini Alhamdulillah la dah pergi dua interview, satu interview untuk kaunselor PLKN.


Nampak macam wanita bekerjaya kan? hihi..

Satu lagi :


Interview untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah a.k.a guru Bimbingan dan Kaunseling.

Alhamdulillah la Interview Kaunselor PLKN itu berjaya : yeaaaa. Tapi erm tak pergi sebab susah nak berulang alik tiap minggu untuk master ni, jadi.. untuk itu responnya k.I.V.

Dan interview guru ni, Alhamdulillah okey sangat. Lega sangat bila dah lepas. Jadi, kawan-II, tolong doakan moga Ayu dan rakan-II lain pOsting dalam tempoh terdekat ni ya? Dan Ayu harap sangat dekat dengan rumah je. Senang jaga abah mak. =) Aminnnnn~~

5. Ramainya kawan tunang dan kahwin, takpa la..itu rezeki mereka. Tahniah semuaaaaaa!~ ohooi. Ayu in sha Allah akan sampai serunya ecece *think positif~

Erm macam Ayu kata mula-II tadi la, ada pasang surutnya, tapi Alhamdulillah la in sha Allah setiap hari itu lebih baik dari hari yang berlalu. Kadang-II rindu gak kat budakni sebab dulu slalu dengan depa kan :(.  Ana..haaa Ana tahniah sayang, in sha Allah nanti kamu kawin I pergi okey. Rindu kat dayah mOk hihi (p/s : jadi cikgu baik-II kat KOTA TINGGI tu tau, biar bikin AMAN sikit, jangan kecoh-II tau hahaha). kat Cyka (makan banyak-II weh kat kem PLKN tuh) n Inaaaa.. thanks ya ada susah senang even jauhhhhhh~

Alhamdulillah la still ada geng b&k such as Lela, Ecah, Aini n K.fiza a.k.a rumate yang sangatttt baik (puji lebih ni, blnja kFc tau) haha. Ada As juga.. sO okey la, tak la rasa lonely. Alhamdulillah.

Banyak yang berlaku, terima kasih kat awak ya (p/s : awak yang baca ni *bayang Miss J, Cik Hazimah kita huhu* sebab sentiasa ada.. Jasamu kan daku kenang (lap mata haha)

Sejujurnya, Ayu rindu la kenangan dulu. Sejujurnya, Ayu juga sedar yang tanpa anda, anda dan anda, tiada Ayu sekarang.

Terima Kasih jadi sebahagian hidup Ayu.

Tak mahu cakap banyak dah~ Nak fokus untuk setengah tahun ini plak, nak achive banyak perkara lagi. Doakan tauuuu~~

Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam

(^_^)