Saturday, 27 December 2014

Futher study or FInd a job?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lately ni, macam semua tahu, Ayu busy. Busy sampai junior tanya pun balas ala kadar. Maaf ye Ekin & Faz..hee

Ok, disebabkan ramai yang bertanya, jadi Ayu pun nak share la kan.. mana la tahu boleh membantu masa depan anda atau anda atau anda...gituuuu..

Anyways, Ayu lebih banyak bercakap base on pengalaman la. Dan juga base on UPSI. Memandangkan Ayu anak kandung Suluh Budiman ^^ heee.

Ok, tak nak guna akak. Nak guna Ayu gak. heee.

Ayu share ni base on soalan yang pernah ditanya la ya.

First: kalau nak sambung belajar, belajar dekat mana lagi okey?
So, Ayu jawab base on apa yang Ayu tahulah ea.

Untuk makluman adik-adik or kawan-II or geng :
Semua U boleh je nak futher Master. Tapi tengoklah beberapa aspek, macam ada mod apa, berapa lama, yuran berapa dan jadual kelas macam mana.

Kalau dekat UPSI, ada yang statusnya full time and ada gak yang part time. Apa beza?
Ada beberapa bezalah.
Contoh kalau nak apply biasiswa MyBrain 15 tu, status kena full time, kalau tak, peluang macam tipis la nak dapat. ngeee. *Yang Ayu tahulah*
Kebanyakan yang part time ni selalunya cikgu lah or yang dah bekerja..
Lagi satu : beza tentang belajar gak lah, kalau full time..selalunya boleh ambik dalam tempoh 3 hingga 5 sem kot..
Kalau part time, kena ambik atleast 4 sem.. haaa ni kalau Ayu tak silap, ok? Tapi rasanya betul lah..hee

Kalau mod plak, ok mod ni pilihan kita sebenarnya nak apa:
Mod A : full research : ni memang Ayu tak ambik lah kan, Ayu tak rajin nak spend time buat kajian semata-mata. Memang susah gak la sebenarnya. Selalu orang ambik 4 sem la even full time.
Sebab, kalau macam FPPM (fakulti Ayu), even kita hantar proposal tu awal, tapi nak tunggu kelulusan oleh pihak pembaca tu yang lama.

*Master tak sama macam Degree. Degree : Kita buat proposal, kita bentang dan kita setelkan edar soal selidik bagai. Pastu kita bentang dapatan, kan?
Kalau Master : kita buat proposal dekat fakulti, nanti ada pembacanya, pastu lulus tu boleh bentang, pastu kumpul dapatan and bentang lagi.. *kalau Ayu tak silap stepnya gini, or mungkin Ayu tertukar la..

Mod B : half kelas, half research. dalam erti kata lain, 2 sem kelas, 1 or 2 sem lagi buat research. Macam kaunseling, kena pergi praktikum sem 3 tu.. (doa la Ayu tak kena g dah hee).

Mod C : fully class : Okey yang ni memang kena pergi kelas, memang kena buat research gak, tapi macam Degree la..  Sesetengah kos tu memang boleh habis 3 sem la, tapi kalau Kaunseling..boleh jadi sampai lima sem : sebab ada yang takda basic kan? Lepas tu mereka nak jadi Cr. Berdaftar.. Jadi, kena add few subjek la.. *mereka pun kena pergi praktikum tau yang kaunseling ni..sob3

Ok, setel kot tentang mod. Yuran plak : kalau MyBrain 15 tu dia sponsor yuran je.. So, kalau dapat tu, tak payah la fikir dah kan. Tengok-II sikit berapa yuran U tersebut. Upsi around Rm1195.00 satu sem *ingat lagi tau..hebat tak? ecece haha*. Kalau OUM yuran dengarnya 1 sem RM4000++. Kesahihannya tak dipastikan..

Tengok jadual kelas..macam UPSI and OUM, kelas weekend la. U lain Ayu tak sure. Kalau anda bekerja, kena plan betul-II supaya tak jejas kerja. Dan kalau UPSI, kelas akan start pagi Jumaat. Tapi kebiasannya petang tu. Macam Ayu : Jumaat ptg; 3-6pm; malam 8-11p.m. Sabtu: 8-11 p.m dan 11-2.00 p.m. Kebiasaannya begitula kalau dekat Upsi..

Dan Ayu ada gak suggest ambiklah Master kat luar negara. Best tau.. kat sini Ayu bagi beberapa link yang mungkin boleh tolong terangkan tentang futher study at overseas.

http://loqkimagri.blogspot.com/2014/01/cara-cara-sambung-master-di-luar-negara.html

http://shaufikahshukri.blogspot.com/2014/01/nak-sambung-belajar-kat-overseanak-tapi.html

Second : Ambik pinjaman tak?
Okey, Ayu tak ambik la PTPTN ke MARA ke. Ayu sara diri sendiri la. Survive dengan kerja skim. Okeyla, cukupla makan. =).
Kalian boleh je nak ambik PTPTN ke Yayasan ke MARA ke. Kalau ambik MARA la paling untung, contoh kan pinjam RM20,000.00. Kalau first class kena bayar sikit je: dalam RM5000.00+-. Tapi pastikan Kelas Pertama la. Dan budak-II yang pinjam MARA ni kira okeyla.. Duit masyuk tapi kena la pandai save.. ^^

Third:  Mana lagi okey, belajar ke kerja?
It's depend la. Macam Ayu, degree dulu bila blajar main, bila main, main-II. Tu yang futher lagi. Lagipun rasa macam posting lambat kan..hee
Dua-dua ada baik buruk la.. Belajar memang best la, tapi asigment pun boleh tahan gak la susah hee.
Kerja tak sama dengan belajar. Mungkin bagi Ayu, Ayu rasa cam suasana kerja tu tak macam belajar, tu yang tekad gak nak belajar..hee

Yang penting niat la..

Yang penting: apa yang awak nak la masa tu.. kalau awak nak kawin, tak kan awak belajar kan? mesti nak kerja nak kumpul duit..
Kalau awak nak jadi lecturer, mungkin awak akan sambung belajar. Tapi kena ingat: kerja yang baguih perlukan pengalaman..
Zaman sekarang susah nak dapat kerja yang baguih, yang menepati kriteria awak nak.. jadi, janganlah fikir bila habis Master, senang dapat kerja, gaji banyak. Tak la,ada je yang still tanam anggur, strawberi dan blueberry kat Malaysia ni. Sebab tu tak berhasil lagi. hoho.

Banyak kena fikir, tapi yang penting.. tanyalah orang yang lebih arif. Nak tanya personal kat Ayu pun boleh kalau maklumat ni tak lengkap..hee

Apa apa pun, selamat maju jaya

(^^,)





4 comments:

  1. Terima kasih Ayu atas perkongsian ilmu.
    Nak tanya, kalau ambil Master Kaunseling kt UPSI, pembelajarannya sama mcm degree kaunseling jugak ke ek?

    ReplyDelete
  2. Pembelajaran Master lebih kurang sama dengan Degree..
    TApi ada la beza sikit, ilmu tu bertambah laa. Cuma, kalau nak ilmu lebih lagi..kita memang kena usaha sendiri la cari;baca buku banyak.. Master memang kena work hard sikit.
    LAgipun, macam Kaunseling subjek fames kan, ramai yang degree lain, ambik kaunseling...hee so lect tak boleh pergi lebih dalam, kena start dari basic sebab mereka memang tak tahu apa-II.
    Kalau asigment;ada yang sama, ada yang beza dengan degree dulu. Yang sama tu yang best kannnn hihihi
    KAlau exam, taff gak la. contoh soalan ea : Berikan definisi kaunseling kerjaya? kalau degree markah paling tinggi utk soalan tu 5markah kan? kalau degree 20 markah.
    Padahal dalam slide terangkan sikit je..haa kt sini la beza..heheh..

    *harap beri gambaran tentang MAster Kaunseling di UPSI heee.
    Pape tanya he okey? ^^

    ReplyDelete
  3. Kaunseling jeke ada praktikum? Kalau master pendidikan lain ada tak?

    ReplyDelete