UPSI.
Dia duduk di situ lagi. Masih merenung Banjaran Titiwangsa. Sesekali dia menoleh ke kanan.
"Ah..jauhnya Genting Highlands itu. Jauuh..jauh..jauhhhhhhh". Dia berkata dalam hati.
"Memang tak ada kerja lain ya?" tanya Hawa.
Dia hanya menggeleng.
"Apa la yang ada dengan Banjaran itu hah?
Dia hanya tersenyum.
"Orang tanya tak jawab.. ada gak yang nak kena sekeh ni.." tambah Hawa lagi.
Dia gelak lantas membuka mulut.
" Okey..okey, aku jawab soalan hang satu persatu okey?" Dia gelak lagi..
"1. Ada je kerja lain, tapi ala bukan selalu macam ni. Kedua.. ada pokok la, takkan ada kolam renang pula". Lantas dia gelak apabila melihat Hawa membulatkan mata.
"Lawak sangat, sangat sangat lawak macam nak gelak guling-guling" kata Hawa.
Dan dia masih gelak dengan lawak tak berapa cerdik Hawa itu.
"Orang balik dari rumah happy. Yang hang termenung kenapa? Jumpa dia?"
Dia memandang Hawa dengan pandangan sukar ditafsir.
"Erm tak nak jawab boleh?" Dia tanya kembali
"Jawab je la". Asak Hawa.
"Herm..erm tak jumpa pun la dia, ingat dekat? Aku rasa macam aku kat Benua Asia, dia dekat Benua Antartika. Nak pergi dekat dia, mahunya aku kandas di lautan beku, dia nak pergi kat aku? Dia awal-awal dah jadi air batu.. hahahaha" jawab dia sambil gelak dengan analoginya sendiri.
Hawa lantas bangun akibat kegeraman.
Tak lama kemudian Hawa menoleh dan menambah :
"Kalau kau hampir beku, dia jadi air batu, elok lah tu. Esok lusa jangan mengeluh merindu.
So..sebelum jadi camtu, baik korang fikir camna nak cairkan lautan beku dengan air batu tu."
Dia diam dan buat muka sukar menghadam kata-kata Hawa.
"Macam mana nak cairkan ya? Cik matahari mahukah membantu?" Dia bertanya sendiri sambil mencari cahaya.
Erk.. Astagfirullah. Dai tersedar. Merepek apakah dia? Tapi...Merepekkah? Tanya hati dia lagi.
Bunyi mesej masuk mengganggu pemikirannya.
"Dah sampai? diam je? ;-) "
Oh hati..dia yang macam air batu atau aku yang tidak mahu redah lautan beku?
*Kalau cinta itu rahsia, biar terus kekal hanya antara kita*
Tersinggah di sini,
ReplyDeleteWalaupun saya bukan pengemar novel, tapi ayat2 awak mampu buat saya tinggalkan komen disini..
Seperti ada kisah di sebalik tulisan..maaf sekiranya saya silap..Saya selalu mengagumi mereka yang pndai bermain dengan kata-kata
Teruskan menulis. :)
terima kasih sudi singgah, terima kasih sudi follow. saya nak usha blog pn,atie, tapi saya tak jumpa link.. bg ya nnti hihi.
Deletesprti ada crta di sebalik tulisan? erm kdg2,, kita x mmpu utk mrealisasikan mimpi, jadi berimaginasi itu sudah memadai..
saya bukan seorang sasterawan tau, saya cuma suka merepek. haha
ya, ada realiti yang dimasukkan dan diubah menjadi cerita. cerita hati. crta yg mnggu mimpi. yng buat ati gundah.
tapi cm saya kta : klu cnta itu rahsia, biar kekal antara kita. klu cinta itu bhgia, jgn biar ada air mata duka ohho!~ *merepek sangat haha