Saturday 25 January 2014

Dear heart : ALLAH know BETTER!~

Assalamualaikum w.b.t.h

Dah lama tidak berbicara, makanya hari ini patik pun rasa ingin berkongsi apa yang dibaca. *skema sangat* haha

Tadi ada terbaca ini dekat status jiran Ayu, so akak Atie yang comel..mohon share and komen ya..ekekeke!~

Ok.. *tarik nafas - lepas. Lets start~

Ayu share, edit and komen ikut apa yang Ayu fikir bila baca ini..

Mula-II baca :
Kita bertemu dengan 'dia' yang istimewa, atas izin ALLAH.
Hati kita dan 'dia' saling terpaut dan sayang menyayangi, dengan izin ALLAH.

* Em menarik..
> Skroll lagi..

Tiba-tiba hati 'dia' berubah dan mula menjauhi, dengan izin ALLAH.
* Kau pergi.... nyanyi Lagu Aizat.. eh-he.

Dan akhirnya kita dan 'dia' terpisah, dengan izin ALLAH.
* Okey..macam pernah terjadi!.. Starting bayangkan seseorang..tettttttttttttt.. hah-ha


Jadi, jika ada pihak yang kita mahu salahkan apabila harapan tidak kesampaian, (jika akal kita cetek dan iman kita goyah) pasti ALLAH. Tapi layakkah kita menyalahkan ALLAH atas kekecewaan itu, sedangkan tanpa izin-NYA kita tidak akan mengenali 'dia' yang istimewa, sekali gus berpeluang dicintai dan mencintai 'dia'?
* Okey.. sejujurnya sentap gak la masa ini. Astagfirullahalazim...

* Betul apa orang kata, ikut kata hati : mati.
* Bila kita bersedih BUKAN kerana Allah, macam-II boleh jadi. Nauzubillahiminzalik. 

* Sapa kita nak salahkan Allah kan? Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. 
> Astagfirullahalazim... Astagfirullahalazim... Astagfirullahalazim... istighfar sambil skroll bawah lagi.

Sampai bila pula kita mahu menyalahkan si 'dia' sedangkan semua yang berlaku itu atas izin-NYA?
* Okey..sedang cuba memahami ini.
> Baca lagi..

Sampai bila kita mahu menyiksa diri sedangkan kita tahu semua yang berlaku itu sudah diatur oleh ALLAH? Tidak layakkah pula ALLAH mengatur cerita hati dan hidup kita sedangkan DIA yang mencipta kita?
* Betul betul betul. Sapa kita untuk terlalu persoalkan ini kan? =( ya Allah...ampunkan aku!



Kita sudah sandarkan harapan pada ALLAH. 

*Angguk. 

Memohon yang baik-baik dalam hubungan kita daripada ALLAH. 
* Setuju. Angguk lagi.

Memohon kita dan 'dia' disatukan sehingga syurga daripada ALLAH. 
*Erm..saya pernah mohon.

Malah memohon supaya ALLAH mengembalikan hati 'dia' kepada kita. 
*Saya pernah buat juga. 
*Terdetik : cam menyesal jek.. Astagfirullah..

Tapi ternyata tidak semua permohonan kita diluluskan ALLAH. Dan kita tahu (benarkah?), itu semua kerana hanya ALLAH yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
*Speechless

Mengenali, mencintai, dicintai, dilukakan dan terpisah. Suka, sayang, cinta, berharap, dilukakan dan kerinduan. Itu semua adalah perasaan-perasaan yang diberi peluang oleh ALLAH untuk kita alami.

*Angguk : betul!~

Mengapa? Mungkin bagi lebih menguatkan hati kita supaya tidak mudah dikalahkan perasaan dan tidak melupakan ALLAH dalam setiap detik dan rasa. Hanya ALLAH yang tahu sebabnya. Dan yang pasti sebab itu pasti yang baik-baik saja.
*fikir-II.. ada hikmahNya =)


Kedudukan 'sabar' dan 'redha' bukan di mulut, tetapi di hati. Yang menguatkan 'kesabaran' dan 'keredhaan' itu pula ialah kewarasan akal dan kewujudan iman dalam jiwa. 

* Tengah fahamkan..
 *Oh Iman..

Biarkan air mata mengalir, pipi kita basah, jiwa kita hampa dan hati kita merintih rindu. Kita cuma manusia biasa.
* Ya biarkan..biarkan. Biarkan Ayu biarkan..

Perasaan kita lemah dan kekuatan kita memerlukan cinta. Tapi jangan sekali-kali kita lupa, semua itu berlaku dengan izin ALLAH. ALLAH tahu penderitaan jiwa kita, dan hanya DIA saja yang mampu merawatnya.
* Terdetik : "dulu hati saya sakit"

 DIA tidak akan menjadikan atau mengizinkan sesuatu tanpa makna.
*Setuju

Dan sebagai orang yang teraniaya (kerana dikecewakan), ambil peluang itu untuk memohon sebanyak-banyak permohonan daripada ALLAH. InsyaAllah... pasti ada yang akan dimakbulkan ALLAH. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat sana.
* Mohon ? Ayu mohon banyak sangat.. dan Alhamdulillah, banyak juga yang Ayu dapat. Terima kasih Allah.

Ternyata ujian ALLAH itu bukan semata-mata ketika berpisah. 

*Okey..
> Skroll lagi.

Sebaliknya, ujian itu bermula sejak kali pertama kita mengenali si 'dia'. 
* Setuju. 
*Teringat... maksiat?
 Astagfirullahalazim.. =(

Dan hikmah ujian itu pula hanya akan benar-benar terlihat dan terasa, apabila kita menerimanya dengan akal waras, iman yang satu, mata terbuka dan hati yang benar-benar redha...
* Ayu nampak sedikit demi sedikit hikmahNya. Alhamdulillah.
 
Jangan bimbang, jika akhirnya akan bersatu, pasti tetap akan bersatu, walau terpisah bertahun lama... 
In Sha Allah...

Jadi :


Ingat itu!

Ingat ini juga :


 
Dan :



ALLAH knows BETTER.

*Trust HIM
*Connect with HIM often.
*And u'll find your Adam / Hawa.

In Sha Allah.

(^_^)

Monday 6 January 2014

Mungkin Kamu?!?

Assalamualaikum.

Apa khabar blogwalking guys semua, ecece *macam ada jek yang blogwalking ke blog Ayu ni * haishh.. ~.~ haha.

Tapi, ada Ayu kesah? kikiki.

Semalam usha-II En.Youtube, & Ayu jumpa satu lagu yang agak menarik la.

Menarik sebab muziknya. Apa orang kata : catchy? : rancak la kiranya :
Lirik dia plak macam skali dengan : kelakar la pulak : hohoho
Sekali dengar, eh cam ada kaitan je sikit-II. erkk? *dalam angan-II kot * haha

Ok, meh Ayu share link nya :

Mungkin Kamoooo

Ok, tu linknya :

Nanti dengar ek.

Eh terlupa plak, tajuknya Mungkin Kamu by Sissi Iman. Sekali dengar macam Indon, sekali dengar macam Melayu.. no komen. sebab Ayu tak stalk habis lagi *wat muka tak bersalah*

Okey, lets begin merepek :

Intro lagu tu camni :

Parappara rappapara rappa para rara
Parappara rappapara rappa para rara

  * Awal-II lagi Ayu dah pk cmni : "sound sOmething interesting"
> Ecece, cam la Ayu ni pakar sangat bab muzik nih hah-ha


Kau melihatku dari jauh
Mungkin anganku atau fantasiku


* Eh macam pernah je terjadi?
> Sebab suka perasan sendiri. haha


Ku terdiam dan terkaku malu
Menunggu masanya kau menegurku

* Pernah tak ek?
> macam pernah sebab kadang-II orang cam pandang Ayu weird jek Ayu rasa.
> N apa Ayu fikir? "mesti depa pk budak mix blood mana sesat kat sini nih?"
> mix blood tu means mamak la, tak nampak hidung Ayu sikit punya mancung, sikit lagi macam Karena Kapoor dah! *perasan* *gelak guling-II *

Tapi sebenarnya
Mungkin pernah bersua kita
Aa.. aa.. papa

* Haa ni betul,
> Ayu bila orang pandang je ni, Ayu mula pk ktna pernah jumpa ya? huhu

Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

* Mimpi indah? em maaf, saya tidur baca doa, jadi tidur nyenyak!~ kekeke


Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkinkah dirimu?
Mungkin kamu

* Yeah, mungkin kamooo?

See! Ayu merepek.. haha memang rasa cam entahapaapaje Ayu tulis ni,

Sebenarnya, lagu ni ada la relate gak : cam pernah hapens gak la.

Sebab dolu-II punya cerita, *dulu la sangatttt*

Pernah la feel camni,

Rasa cam orang pandang, tapi tak sure, bila tengok dekat :
"Eh dia??"
Pastu pandang lagi sekali, yeke dia?

Pastu tunggu dia tegur tapi tak tegur
N pk : "salah orang kot?

Pastu sibuk pk, rasa cam pernah jumpa?
"hah pernah, empat tahun lepas, empat tahun maa.. hea..

Ok, dats all. Tak nak cakap lebih.
Benda merepek ni, orang memang suka kan? Nanti macam-II perspektif plak.
Letih Ayu nak jawab. hahaha

Enjoy da song, okey?
Erk..
Eh jangan dengar selalu!
Dengar lagu yang mendamaikan lagi okey.

* Hari Ayu colur-II, tu jadi gini.


(^_^)

Wednesday 1 January 2014

Its just begin!~





Haa..kita kena mulakan sesuatu tu dengan Bismillah kan? Jadi, sebab itu ada macam kat atas ini.. hehe
P/s : jawab salam tau~ =p

Alhamdulillah : 2013 end, 2014 come.

*tengah buat muka berfikir nak tulis apa*

Erm okey, tadi Ayu sempat baca balik entry Ayu tentang wishlist 2013 n entry half of 2013, dan Alhamdulillah la, Ayu dah capai hampir keseluruhannya, oh yeahh~ hahaha *wt muka excited*.

Sekarang, Ayu nak continue la apa yang Ayu dah capai n dalam masa sama nak kejar impian Ayu. Nak tau apa? Meh Ayu story :

1. Bangun pagi tadi terus terdetik macam ni : start hari ni nak bangun pagi cakap :



Alhamdulillah sebab diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi Allah ni, bersyukur atas segala nikmat-Nya.

2. Hidup di muka bumi ini tujuan utama kita adalah kerana Allah kan? Jadi Ayu harap n Ayu nak sangat lepas ini, kalau Ayu buat apa-II itu, :


kerana Allah. Sebab Ayu learn something la : bila kita buat sesuatu kerana Allah,
walaupun apa yang kita dapat tak seperti yang kita harapkan : at the end : we will learn about : 

Btw : terima kasih dekat Cheq Zakiatul sebab ajak pergi dengar ceramah Sheikh Abdul Qader dulu tu. Ustaz itu cakap tentang istikharah : n Ayu belajar dari doa istikharah itu la untuk redha ini. =). Alhamdulillah.

3. Bila semua perkara kerana Allah, hati akan jadi lebih tenang kan? Jadi, Ayu harap Ayu akan :



 ya : berfikir dengan lebih positif,
      : buat sesuatu dengan lebih positif
      : menjadi orang yang lebih positif.

Sebab Ayu sedar, kadang-II buat sesuatu tu nak tak nak je, jadi kena change attitude itu kan? Macam mana nak change nya? Change MINDSET kita. Bila kita sentiasa merasionalkan pemikiran dan berfikiran positif, kita akan bertindak dengan lebih tenang dan positif juga. 
*wah..ayat kaunselor sangat, hah-ha =p *

Jadi Nurul Hidayu : jangan nak mengada terlalu peningkan kepala dengan perkara remeh yang pada akhirnya penyelesaiannya sangat mudah. Kita je fikir bagai nak rak, padahal tarapapa pun.. Pernah tak terjadi kat kawan-II? hehehe..

4. Target Ayu, penghujung Februari nanti, Ayu nak senyum untuk DUA perkara :

i. Sebab Ayu dapat pekerjaan yang dapat membantu Ayu dunia akhirat.


* Dah Ayu belajar Bimbingan & Kaunseling, mestilah nak bidang ini kan? hee

ii. Sebab Ayu dapat further study.



> Pekerjaan? Ya, siapa yang tak nak kerja tetap, kan? Ayu doa sangat supaya ada ruang untuk Ayu bekerja, jadi pendidik untuk anak bangsa. Tolong mereka untuk menegakkan lagi agama Islam di muka bumi ni..ecece..
* Besar tak impian Ayu? Tapi itulah yang Ayu harapkan.. 
Sebab nak tengok negara kita pada masa akan datang, tengok generasi sekarang, betul tak?
Jadi ini membuatkan Ayu risau.
Sebab itu Ayu nak sambung study. 
Sebab Ayu nak mendalami lagi bidang Bimbingan dan Kaunseling ini. Sebab Ayu kurang yakin dengan kemampuan Ayu sekarang =(
Puncanya : Itulah, masa belajar degree dulu belajar main-II, itu yang sekarang nak sambung untuk belajar balik dan lebih mendalam.
*salah siapa? sendiri juga. Ayu, Ayu *cakap kat diri sendiri* hahaha

 5. I have a big dream2 H.

i. Home sweet home

ii. Honda Hybrid


Its not a big dream Ayu think. Its a giant dream, rite?. hahaha
Tapi, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan?

Usaha Ayu usaha!~ Doa kat Allah minta dipermudahkan urusan =)

Erm maybe 3 H? A husband? haha.. in dream Ayu. stop daydreaming uh-hu.

6. Ayu nak bahagiakan lagi keluarga Ayu especially Abah+Mak. Erm talking about them, I have the best picture ever in 2013 : Ini dia :



 Sebab Ayu je yang ada picture camni, adik beradik lain takda.. *ohoiii bahgianya* lalalala!~ =p


7. Haa ini yang tergendala tahun 2013 :


 Ya Allah, semoga impian untuk melihat keseluruhan Malaysia ini tercapai. Aminnnn~ *tolong doakan juga ya*

Apa lagi ya..?

8. Bila cakap tentang trAvel ni, Ayu harap juga dapat mengerjakan umrah dengan abah mak =)


Yang tersiratnya, bila kita nak mengerjakan umrah, mesti kita banyak belajar ilmu agama lagi, kan? Ilmu Ayu sikit sangat. Sekarang ini, nak mendalami bukan je ilmu dunia, tapi akhirat juga. 



9. Jodoh? *cam pelik je bunyi?


Ayu google-II n jumpa image ni. Haha kelakar la plak rasanya?

Jodoh? ada beberapa perkara tentang ini yang bermain di fikiran Ayu.
i. Ayu nak kejar cita-II Ayu, sebab itu tak sampai lagi. The right time n the Mr.Right tak sampai lagi. So, cool Ayu cOOL hihi *coOL la sangat*


ii. Ayu nak further study, time degree ni pun takda calon, nanti master macam mana plak? Kalau boleh nak la cari sorang kan? Huhu. Tapi sebenarnya tak kisah pun apa certificate dia, yang penting dia seimbangkan life dia :



Rasanya kalau ada phD sekali pun, tapi IF dia kejar dunia je, tak guna gak kan? =)

iii. Ayu letak last sekali tentang ini sebab biar Ayu capai yang 8 atas ini dulu lah, baru fikir tentang ni, ok kot?? hubungan dengan Allah pun kadang-II Ayu tak jaga, macam mana? hermm *Astagfirullah.

 * Mungkin kata-II dalam pict ni dah desribe tentang ni kot? *think*

> Ini wishlist yang Ayu fikir buat masa sekarang la. here & now hehe. Ayu pasti ada lagi, TAPI ..
Lets just follow the flow, okey?

2014 just begin.

2013 just left.

N everybody has a past, maybe its hurt, maybe its happy.
-Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Orang kata,



sekali melangkah jangan toleh ke belakang.
-Tapi cr. Ayu nak kata *cr sgt* toleh la, kalau takda kenangan-II itu (bitter&sweet) , kita tak kan jadi siapa kita hari ini, kan? =). Tambahan lagi, kita kena ingat ini :



> Everybody lives present.
- Berpijak di bumi nyata.



 Jangan biarkan nafsu menguasai diri. Biar Iman yang menjadi raja diri *cakap kat diri sendiri juga.

>Everybody deserves future.
- Yeay, semua orang berhak untuk masa depan yang lebih baik =)



Jadi, yakin dengan Allah =)


 


Ingat ini juga :





Banyakkan mengingati Allah, bukankah dengan mengingati Allah hati lebih tenang?

Ahlan wasahlan 2014 : Semoga hari yang sedang dan bakal ditempuhi ini akan menjadikan Ayu insan yang lebih dekat dengan Allah. Doa untuk anda juga.

Let's step forward~

(^_^)