Thursday 26 December 2013

"Cikgu : Saya Lulus dalam PMR"

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.h

Okey, sebenarnya nak update dah lama dah tentang ini, TAPI macam kurang idea untuk menulis.



 Namun begitu, arini Ayu tak mahu bertangguh dan mengalah, jadi Ayu tulis juga apa yang berada di fikiran Ayu. *eh tetiba skema jek rasa* hahaha

Baru ni keputusan PMR keluar kan? Ayu tak excited sangat sebab takda anak saudara yang ambik PMR tahun ni. Jadi wat cool sudah hohoho..

Tapi sehari selepas result keluar, Ada student Ayu.. bekas student sebenarnya chat kat fb n terus kata :
"Cikgu, saya lulus dalam PMR"

Apa reaksi Ayu mula-II?

Ayu fikir macam ni : "Lulus je?"

Lepas itu Ayu tanya dia :
"dapat berapa?"

Dia bagitau la result dia.

Pastu Ayu pun selepas berfikir apa nak jawab, last-II cakap "Alhamdulillah".

Bila dia chat Ayu n bagitau macam tu, Ayu terus rasa selama ni Ayu teruk sangat. Judge orang berdasarkan keputusan dia. =(

Okey, selama ini fikir,
"orang yang pandai, yang dapat result gempak tu akan berjaya."
Jadi, Ayu risau macam mana dengan orang yang kurang berpendidikan?.
Itu yang Ayu fikir.
Tentang anak-II saudara Ayu, tentang pelajar-II Ayu masa internship dulu. Tentang macam mana Ayu nak tolong mereka. *sebab Ayu kan kaunselor*

Sedangkan Ayu lupa, ada TIGA hal yang kita TIDAK pernah TAHU :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

Ayu nak cakap yang pertama : rezeki.



Rezeki itu datang dari Allah, kan? Dan rezeki itu sangat luas. Bukan dari segi kewangan je, sedangkan kita dapat menghirup udara sekarang ini pun dikira nikmat, rezeki..kan?

Ayu lupa yang rezeki itu Allah yang tentukan, bukannya dari sijil itu, kan? =(

Dan macam itu gak lah Ayu cakap dekat student Ayu itu :
Ayu cakap :
"Alhamdulillah, nanti SPM buat lagi baik okey?
result pmr pnting.. tp result spm lgggg penting
sbb msa dpn kita perlukan sijil wlupun result x bpe ok
n x semestinya kputusn gempak tu org yg bjaya dlm hidup tau.
pggn agama tu pnting..
in sha Allah agama ada, dunia akhirat slmt"

Bila Ayu fikir-II balik, n apa yang Ayu nak sampaikan dekat sini sebenarnya tentang PEMIKIRAN



Pemikiran masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu ni yang selalu fikir :
"semakin tinggi sijil, semakin banyak rezeki" dan fikir "orang yang tak pandai adalah orang yang tak berjaya dalam hidup"
 Betul tak Ayu cakap?

Sebab kita sentiasa dikelilingi orang yang berfikiran begitu, dan kita terikut berfikiran begitu. Sampai kita terlupa 1 perkara :

ada seorang hamba Allah mengatakan,
"siapa yang belajar ilmu agama seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah tiba-II dipelajarinya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat".

Tanya balik diri kita, kenapa kita belajar?



Adakah kita belajar kerana Allah atau kita nak belajar pastu dapat kerja bagus dan hidup senang? Haaaa *ayu pun tengah cek hati AYu ni*

Sebab risau niat bukan kerana LillahiTaala.

Lepas ini, janganlah pandang rendah dekat orang yang tak dapat keputusan yang baik, tak sambung belajar. *cakap dekat diri sendiri juga*.

Sebab mungkin dia hanya ada SPM, tapi dengan Spm itu dia kerja, kerja dan terus kerja, sehinggakan apabila kawannya yang tamat belajar Ijazah itu habis belajar dan sedang mencari pekerjaan, dia sudah pun memandu kereta sendiri dan sedang merancang untuk membeli rumah?atau berkahwin? Tak mustahil bukan? =)

Okey mungkin betul dengan sijil yang lebih tinggi, kita akan hidup lebih senang. Dan mungkin juga betul, tiada kelulusan, susah untuk mencapai impian sekarang.

Tapi dalam masa yang sama sebenarnya kita lupa yang walau siapa pun kita.. Alhamdulillah la kita masih lagi cukup makan, cukup pakaian, cukup keperluan asas untuk hidup, bukan begitu? *Rata-II orang kat Malayisa ni la..*



*kalau setuju dengan Ayu, jom kita cek berapa kali kita cakap ALhamdulillah untuk rezeki kita dapat arini?
*Kenapa Ayu rasa macam sikittttt sangat je berbanding rezeki yang Ayu dapat hari ini? =( *Astagfirullah.

Fikirkan juga andai kata kita dapat kerja yang kita selesa, yang membuatkan kita senang, tenang... Tapi sejauh mana kesenangan itu mendekatkan diri kita dengan Allah? membantu kita dalam kehidupan dunia dan akhirat? haaa jom cek iman kita!~

Ayu blurr sebenarnya nak huraikan apa yang ada di fikiran.
Ambil yang baik, jadikan ikhtibar, dan lakukan kerana Allah.
Dan yang tak baik tinggalkan dalam blog ni, okey?

Ayu manusia biasa, ada salah silap : maaf andai ada yang salah.

Renungkan!~

(^_^)





Sunday 22 December 2013

Jodoh Pasti Bertemu

Assalamualaikum w.b.t.h

Selamat malam rakan-II semua..
*ceh gaya ramai jek yg baca blog ni.. hehe
TAPI... ada Ayu kesah? hiiii

Okey.. tadi otw balik dari Kuala Lipis, tiba dengar lagu Afgan : Jodoh Pasti Bertemu :

Dan Ayu baru je usha lirik lagu ni.
Eh cam ada kaitan la..

Before explain lebih mendalam..nak cerita ni.. sekarang ni berada dalam mood dua alam la rasa.
Hah! dua alam???
Hee .. tak tahu la simpulan bhsa mana Ayu ambik ni..
Yang pasti yela dua alam :
Gembira & sedih.

Alkisahnya semalam pergi wedding Wani : 1 of my bestie la : masa kat wedding tu, semua yg datang semua dah berpunya..huhu.. Happy la untuk mereka, tapi sedih utk diri sendiri sebab lain dari yang lain...ngee
Lepas itu bertambah sedih bila fikir Jannah pun dah kahwin, ramai la yang dah berpunya.
Bila Ana post pasal kena kawin awal sebelum g.s.t tu..huuu lagi haru.. memang tak la kan!~

Sedih TAPI gembira untuk kawan-II Ayu =).

Ok, bila fikir tentang itu, : eh lagu Afgan ni sedap gak la, cam da kaitan jek!~ *buat muka tak bersalah* :

So, jom kita details kannya lagi..ngeh3..

Ni link lagu nya :

http://www.youtube.com/watch?v=MV_euZ_lKH8

Andai engkau tahu betapa ku mencinta : ok cut :
   # macam takda je rasa CINTA kat org yg bukan muhrim.
   # 'engkau' tu pun takda gak sekarang ni.. huaaaa hahaha.

Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
   # Eh cam pernah buat la dolu-II. keh3.. *dolu-II punya cerita*

Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta

 # Betul itu : bukan mudah utk jadi macam org fikir. sebab kita adalah kita : Ayu adalah Ayu :  *senyum sambil wt muka cute+peace *

Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya.
  # Ye : Allah Maha Mengetahui. reda dengan apa yg telah terjadi * tetiba sedih ingat masa lalu *   
   *Astagfirullah.. *

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu.
# Hazimah : camna ni..? Ko je tau apa yg daku fikirkan. Tolong jawab boley?? ngeee
*courtesy of lirik-lagu-dunia.blogspot.com
Dan lepas itu Afgan ulang je lagu ni berkali-II, jadi macam tak nak ulas sebab macam ada sentimental value plak, macam ada deep meaning je rasanya. *ecece.. macam ya-II ja. Haha *gelak guling-II =p *

Lepas dengar lagu ni : n bila ulas ini, Ayu teringat dekat ayat ni :

* Ada 3 perkara yang tak pernah kembali :
 1. Waktu
 2. Kata-kata.
 3. Kesempatan.

Dulu selalu fikir, andai boleh putar waktu, mesti lagi okey dari ni. Ayu nak kata yang okey je.. N ambik kesempatan untuk jadi lebih baik.

TAPI : Life is toooooo short. Never regret. Dah lepas dah pun. Buat apa nak fikir sangat? *cakap kat diri sendiri* hehe

Lagipun kan Hlovate dah kata :

"Everybody has a Past, Everybody lives a Present, & Everybody deserves a Future"

* Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu.*

So, keep moving Nurul Hidayu, life like wheels, right?

P/s : Nak mengharap ke nak berhenti mengharap? =/

Jodoh pasti bertemu, awak. Tunggu Ayu, okey?
*ececece =p

(^_^)



Friday 20 December 2013

0 0 0oooo

Assalammualaikum..

Lamanya tak update blog..

Bz + malas + ada je alasan..sbb itulah blog ni bersarang. Ampun blog.. sayang awak sgt!~ hehe

Semalam, hari ni terfikir.. em ni bca tweet sorang budak ni. Dia kata :
"jgn luahkan mslh kt kaum berbeza, nnti klu jatuh hati, bhya."

Pastu terfikir : tapi kalau kawan je ok kan? tak boleh ke kita rapat sebagai kawan je? lagipun kita kan ramai kawan? hermm musykil-II..

Yela, kadang-II Ayu bukan betul pun, Ayu mesej je sapa yang Ayu rasa rapat untuk luahkan masalah. N bg Ayu, ok je, tak nampak ada masalah pun?
Mungkin Ayu pk lbh kot nih!~ hailaaaaa

Tapi..ada tapi lagi. Ok, gantikan tapi dengan dan. hehe Gestalt sgt!~

Ok dan bila Ayu mesej je kawan-II, entah mengapa Ayu rasa ada yang fikir Ayu suka dia. Nak kata Ayu over sangat, cam tak je? cam bukan Ayu je? Lagipun, eh takda hati la wat masa sekarang ni nak fikir loving2 bagai ni. Serius takda hati. Eh yeke Ayu.. ntahla.. cam buntu jek?

Ya Allah.. help me!~