Tuesday 29 April 2014

LOvE is CIntA III

Here & Now.

"Kau okey? tanya Hawa

"Okey, okey aje". Dia tersenyum

Hawa tahu senyuman itu kosong, senyuman itu menyembunyikan 1001 cerita.

"Tipu! cuba cakap betul-betul, ang tak okey, kan? Giat Hawa lagi.

"Nak nangis boleh? Nak nangis je, tapi tak nak cerita apa-apa, boleh? Tanyanya sambil menahan sebak.

Hawa terdiam.

"Napa ya..? Napa selalu begini? Napa selalu jadi camni?" setitik air mata jatuh jua.

Hawa yang memandang kelu tidak tahu berkata apa. "Sabarlah". Itu je yang mampu dia jawab.

"Napa ya selalu camni?" dia ulang lagi soalan itu.

"Dia kata apa?" Hawa tanya lagi.

"Ati aku ati manusia kot, ati yang ada perasaan, bukan hati lembu yang boleh dilapah-lapah" Katanya sambil menangis.

"Selagi ko tak dapat lalui ujian ni dengan baik, selagi itu masalah yang sama akan datang. Macam exam gak, selagi tak lulus subjek, selagi tu kena repeat". Hawa menjawab.

"Aku tak kuat kot, aku letih. Bermain tarik tali menggunakan hati, bukan menggunakan tangan dan kaki. Penatnya mengganggu mimpi".Dia membalas.

"Dah la, malas nak fikir". Dia menjawab sambil mengesat air mata.

"Ayat ceq tadi puitis kan? Boleh jadi sasterawan tak? Dia gelak sendiri. Cuba untuk melawak.

Hawa bercekak pinggang. " Jangan lari dari masalah, hadapi !". kata Hawa.

"Berkata-kata itu mudah, semudah ABC Hawa".

"Tau tak pa, lagi mudah dari ko yang cuba lari dari realiti!" Tekan Hawa.

"Aku tak lari tapi.."

"Tapi apa?" soal Hawa

"Dia yang lari dari aku. Aku macam rasa semalam dia ajak aku jalan seiringan, tapi hari ni aku rasa dia lari..lari jauh." Dia menjawab sambil bergenang air mata.

"Kalau camtu kejar la" balas Hawa.

"Aku tak rasa aku mampu kejar dia, nak berjalan seiringan pun tidak mampu. Untuk berdiri di belakang dia pun aku rasa tak layak".

"Kenapa?" tanya Hawa dengan muka pelik.

"Sebab dia sendiri tak pasti, perlu ke aku di sisi".
Dia bingkas bangun.

"Aku nak tengok cerita Frozen ni, nak join?" soalnya sambil cuba tersenyum.

"Best ke cerita tu? Soal Hawa kembali.

"Best, dia ada magic! dia boleh buat semua benda Frozen". jawabnya.
"Aku pun nak jadi gitu, nak Frozen kan dia, supaya tak mampu buat pape kat ati ni".Kata hatinya yang tak terluah.

"Takpe la, tak nak la tengok, nak buat kerja." kata Hawa.

"Okey" dan serentak itu dia menyanyi "Let it go, let it go".
"No, let him go, no let me go. Its mean..let my heart go. N u? keep my hurt and go away !" sambungnya dalam hati.

Serentak itu juga telefonnya berbunyi.

"Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi,
berat rasanya ku dapatkan semua,
dari situ ku sedari,
mungkinkah saat nanti,
cinta kita berdua,
bisa ku miliki"

Dan dia..hanya membiarkannya berlagu.


Monday 7 April 2014

Love iS Cinta II

UPSI.

Dia duduk di situ lagi. Masih merenung Banjaran Titiwangsa. Sesekali dia menoleh ke kanan.
"Ah..jauhnya Genting Highlands itu. Jauuh..jauh..jauhhhhhhh". Dia berkata dalam hati.

"Memang tak ada kerja lain ya?" tanya Hawa.
Dia hanya menggeleng.

"Apa la yang ada dengan Banjaran itu hah?
Dia hanya tersenyum.

"Orang tanya tak jawab.. ada gak yang nak kena sekeh ni.." tambah Hawa lagi.
Dia gelak lantas membuka mulut.
" Okey..okey, aku jawab soalan hang satu persatu okey?" Dia gelak lagi..
"1. Ada je kerja lain, tapi ala bukan selalu macam ni. Kedua.. ada pokok la, takkan ada kolam renang pula". Lantas dia gelak apabila melihat Hawa membulatkan mata.

"Lawak sangat, sangat sangat lawak macam nak gelak guling-guling" kata Hawa.
Dan dia masih gelak dengan lawak tak berapa cerdik Hawa itu.

"Orang balik dari rumah happy. Yang hang termenung kenapa? Jumpa dia?"
Dia memandang Hawa dengan pandangan sukar ditafsir.
"Erm tak nak jawab boleh?" Dia tanya kembali
"Jawab je la". Asak Hawa.

"Herm..erm tak jumpa pun la dia, ingat dekat? Aku rasa macam aku kat Benua Asia, dia dekat Benua Antartika. Nak pergi dekat dia, mahunya aku kandas di lautan beku, dia nak pergi kat aku? Dia awal-awal dah jadi air batu.. hahahaha" jawab dia sambil gelak dengan analoginya sendiri.

Hawa lantas bangun akibat kegeraman.
Tak lama kemudian Hawa menoleh dan menambah :
"Kalau kau hampir beku, dia jadi air batu, elok lah tu. Esok lusa jangan mengeluh merindu.
So..sebelum jadi camtu, baik korang fikir camna nak cairkan lautan beku dengan air batu tu."

Dia diam dan buat muka sukar menghadam kata-kata Hawa.

"Macam mana nak cairkan ya? Cik matahari mahukah membantu?" Dia bertanya sendiri sambil mencari cahaya.

Erk.. Astagfirullah. Dai tersedar. Merepek apakah dia? Tapi...Merepekkah? Tanya hati dia lagi.

Bunyi mesej masuk mengganggu pemikirannya.
"Dah sampai? diam je? ;-) "

Oh hati..dia yang macam air batu atau aku yang tidak mahu redah lautan beku?

*Kalau cinta itu rahsia, biar terus kekal hanya antara kita*




Thursday 3 April 2014

Love iS Cinta~

Assalamualaikum.

Hai Kawan-II.

Erm hari itu Ayu ada la berangan nak jadi penulis sikit, dan ini semua sebab baca cerita-II my favorite novelist la : kak lynn Dayana, maka nya terhasil lah ini :

Enjoy it!~


UPSI.

Dia duduk di situ. Bersendiri. Memerhatikan banjaran titiwangsa.

"Subhanallah. Cantiknya" hati kecilnya berkata-II.

Dia masih lagi di situ. Memerhatikan lagi keadaan di sekitar.

"Ramainya di kedai makan, mungkin mereka lapar setelah penat belajar". Lantas dia tersenyum.

Merenung kembali banjaran titiwangsa.

Pabila mendengar gelak tawa manusia, dia memandang ke bawah.
"Bahagianya kehidupan bergelar pelajar".

Dia memandang kembali banjaran yang menghembuskan angin dingin itu. Mungkin termenung. Ya dia termenung.

Dan gangguan bunyi bas itu membuatnya menoleh.

Dan dia menoleh lagi ke kanan.

"Jauhnya Genting Highlands itu.. sejauh hati kita"

"Astagfirullah." Lantas dia beristigfar.

"bukankah semuanya milik Allah, termasuk hati?"
"bukankah semua yang berlaku ada hikmah?"
"bukankah dia berjanji untuk terima segalanya dengan redha?"
"bukankah dia berjanji untuk abaikan sesuatu yang tidak pasti?"

Dia tersedar.

"Ada amanat yang perlu digalas di sini, dan perlu merealisasikannya,
Cukup! berhenti bermimpi" nekad hati kecil.

Ada mata berkaca, dan dia bingkas bangun.



Haha..ini bukan cerita Ayu, ini hanya rekaan je.
Dan the best part is Kak Lynn pun kOmen ohoiiii~

Nanti bila Ayu free : Ayu nak sambung lagi yehaa

Daa

(^_^)

Wednesday 2 April 2014

Ayu .. April dah datang!~

Assalamualaikum w.b.t.h.

Hai ! , Selamat petang kawan-II.. ecece..

Wahhh dah lama sangat rasanya tak update blog, bukan apa.. update blog ini pun memerlukan mOOd tau.. sebab itu baru update walaupun niat itu sentiasa ada. *maafkan beta, cheq bLog *angkat tangan mintak ampun* ngeee

Sekarang dah masuk bulan 4. Ya Allah cepatnya masa berlalu. *bulatkan mata

Dalam 4 bulan ini, apa yang pasti life is up and dOwn, kadang-II Ayu rasa oooookey sangat, kadang-II rasa takkkk ok sangat. Tapi bila fikir-II balik, Ayu redah je susah senang.. sO, dOnt think tooo cOmpLicated actually. =)

Life 4 bulan ni : Alhamdulillah.. banyak perkara Ayu dah gapai dan sedang berusaha untuk menggapainya.. lalalala~

Antaranya :

1. Ayu dah bergelar pelajar kembali :


Alhamdulillah, bulan Februari aritu daftar : Mak Abah, I LOve BOTH of you soooo much la. Sebab tanpa sokongan, bantuan dari ibu bapa terchenta ini, Ayu tak kan ada dekat mana Ayu ada sekarang ini. *tepuk tangan terharu* hehe
Dekat kakanda-II dan anak-II sedara terchenta juga : terima kasih semua *tunduk hormat* haha

~Happy sebab ini salah satu cita-II Ayu kan. Nak belajar sebab tambah ilmu & in sha Allah gunakannya pada anak bangsa =)

2. Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada la nak sambung belajar ini :



 Pergi Yayasan Pahang untuk ambil : *tamtamtamtaraaa (muzik iringan sangat haha)



Alhamdulillah la dapat ini, dan duitnya Ayu beli sesuatu yang takda dalam wishlist pun :

Ini dia :


 Hehe.. motorsikal.

100 kali fikir, kadang-II tak percaya pun Ayu dah ada 'harta' sendiri. So, Alhamdulillah.. terima kasih Allah.

Dan En.BMM ini dah siap pergi buang "kolestrol" lagi a.k.a tukaq minyak hitam (sebab asyik merempit saja : maaf abah mak hee), dan semalam sudah mandi buih.. yeeehaaa. Hari ini kami pergi kerja dengan bergayanya kekekeke

Oh hampir terlupa plak : BMM tu stand for : Berkat MakAbah Menyayangiku :
Sangat manissssssss kan? lalalala~

3. Ayu pun dah bekerja. Skim bekerja sambil belajar di Wellness Centre. Haa tak tahu kan apa itu Wellness? Meh Ayu tunjuk sikit :


Wellness Centre ini dekat fakulti Ayu gak, tempat student lepak la kiranya. Ada big ball tu untuk main-II (tapi ramai tak kreatif nak main sebenarnya hihi), ada mOvie, ada games mcm cOngkak, sahiba, ada kerusi untuk lepak-II je dannn yang paling best ada foot massafe & massage chair Ogawa (sambil nyanyi) hahaha. Best la, sebab kerja rileks aja, tapi kadang-II geram gak la dengan few student yang tak faham-II peraturan.. *tarik telinga baru tahu*.

Mula-II Ayu rasa dOwn gak la sebenarnya sebAb gaJi sikit kot, pastu k.Fiza cerita tentang dia. Dia kata dulu dia cam mengeluh gak la sebab gaji masa dia kerja sikit, TAPI pastu dia fikir : kan buat solat dhuha, patut rezeki tu banyak ke sikit ke patutnya bersyukur.

N Ayu pun cam sentap menusuk ke hati gak la sebab yela, betul apa yang k.Fiza cakap tu dan lepas itu rasa : ok Ayu patut redha, ada hikmah semua ni. Dan Alhamdulillah, walaupun ikutkan sikit, tapi tak pernah lah putus rezeki. Terima kasih, cintaku, Allah =).

*opss maaf, TER"selfie" pula haha.

Erm apa lagi nak cerita ya..? *perah otak berfikir*

Haa dah ingat :

4. Okey..dalam masa 4 bulan ini Alhamdulillah la dah pergi dua interview, satu interview untuk kaunselor PLKN.


Nampak macam wanita bekerjaya kan? hihi..

Satu lagi :


Interview untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah a.k.a guru Bimbingan dan Kaunseling.

Alhamdulillah la Interview Kaunselor PLKN itu berjaya : yeaaaa. Tapi erm tak pergi sebab susah nak berulang alik tiap minggu untuk master ni, jadi.. untuk itu responnya k.I.V.

Dan interview guru ni, Alhamdulillah okey sangat. Lega sangat bila dah lepas. Jadi, kawan-II, tolong doakan moga Ayu dan rakan-II lain pOsting dalam tempoh terdekat ni ya? Dan Ayu harap sangat dekat dengan rumah je. Senang jaga abah mak. =) Aminnnnn~~

5. Ramainya kawan tunang dan kahwin, takpa la..itu rezeki mereka. Tahniah semuaaaaaa!~ ohooi. Ayu in sha Allah akan sampai serunya ecece *think positif~

Erm macam Ayu kata mula-II tadi la, ada pasang surutnya, tapi Alhamdulillah la in sha Allah setiap hari itu lebih baik dari hari yang berlalu. Kadang-II rindu gak kat budakni sebab dulu slalu dengan depa kan :(.  Ana..haaa Ana tahniah sayang, in sha Allah nanti kamu kawin I pergi okey. Rindu kat dayah mOk hihi (p/s : jadi cikgu baik-II kat KOTA TINGGI tu tau, biar bikin AMAN sikit, jangan kecoh-II tau hahaha). kat Cyka (makan banyak-II weh kat kem PLKN tuh) n Inaaaa.. thanks ya ada susah senang even jauhhhhhh~

Alhamdulillah la still ada geng b&k such as Lela, Ecah, Aini n K.fiza a.k.a rumate yang sangatttt baik (puji lebih ni, blnja kFc tau) haha. Ada As juga.. sO okey la, tak la rasa lonely. Alhamdulillah.

Banyak yang berlaku, terima kasih kat awak ya (p/s : awak yang baca ni *bayang Miss J, Cik Hazimah kita huhu* sebab sentiasa ada.. Jasamu kan daku kenang (lap mata haha)

Sejujurnya, Ayu rindu la kenangan dulu. Sejujurnya, Ayu juga sedar yang tanpa anda, anda dan anda, tiada Ayu sekarang.

Terima Kasih jadi sebahagian hidup Ayu.

Tak mahu cakap banyak dah~ Nak fokus untuk setengah tahun ini plak, nak achive banyak perkara lagi. Doakan tauuuu~~

Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam

(^_^)