Haa..mesti terbelit lidah baca tajuk ni kan? Saja..nak bagi
lembut lidah kawan-II..ehehehe
Ok, ini sebenarnya base on Catatan Mat luthfi, so Ayu tukar
la jadi Catitan Nurul Hidayu. (boleh gitu?) hahaha.
Alhamdulillah, telah selamat pergi dan telah selamat kembali
ke bumi Tanjong Malim setelah seharian di Key El. Hoh-ho. (macam lama la sangat
tak pergi hehe).
Tadi pergi PWTC, okey seronok, okey penat kot. Penat sangat.
Sampai terpaksa la batalkan niat nak pergi tengok pokok giant kat Times Square.
Sob.sob.sob. Tapi takpe, walaupun tak dapat pergi TS, I got something and it’s just
a moment to remember today. *macam tajuk Korean drama sangat* hoho
It’s about meet one of my favourite Vlogger la.
And it’s Mat Luthfi.
Actually, we are planning to go together-gether; I means..
Ayu. Jannah. As
But, Jannah can’t go. Sooooo so so so Jannah:
“This is to make you jealous. Lalalala~ “ (mesti berangin je
budak sorang tu baca, hah-ha).
Kisahnya bermula begini:
Mulanya, disebabkan orang terlalu ramai, kami tunggu dekat
luar je,fikirnya ya ibu-ibu, bapak-bapak: kami mahu snap gambaq aja and pulang
kok. Tapi entah ngapain tiba-tiba terus masuk dalam hall juga. Bingung sekali
bila dipikirin semula. Hahahaha *senget Nurul Hidayu ni*
Ok..kesimpulannya, mulanya, bila orang dah ramai sangat tu,
memang tunggu kat luar je mula-mula, pastu tetiba ada budak beratur sampai luar
and kami ikut la beratur sekali. Rupa-rupanya untuk beli buku. Ceh!
And orang
depan kata yang dah ada buku masuk je terus. Itu yang masuk tu. Masuk dalam tu
pula, tiba abang mic tu kata penuhkan bahagian tepi, so kitorang pun ikut je la
arahan.
And dah duduk tu tiba dia kata, ok nanti sign+bergambar start dari
sebelah sini ya”. Dia cakap depan kami kot…and bila dia suruh ke depan lagi, As
mula-mula gerak. Ayu mula tak nak la depan sangat, tapi follow je la. Hoh-ho
Tak lama lepas tu penulis-penulis tu masuk : Amran Azlan,
Ameen Misran and of course Mat Luthfi.
Lama tak lama la gak, sebab masa diorang tayang video
(sementara tunggu Mat datang) terdetik gak la..rugi tak solat dulu. Yela, kita
tak tahu pukul berapa habis kan? Nanti solat lambat, jodoh lambat.. haaa sapa
nak bertanggungjawab? Ayu jugak… Haruuuu.. Eh..okey balik topik asal.
Krek.krek.krek hahaha senget.
Bila Mat masuk, bila tengok dia live tu terdetik satu
perkara:
“okey sama je macam kat Youtube”
Dan bila dia bercakap tu, okey memang sama pun.
And terhibur jugak lah dengan puisi by Ameen Misran tu.
Tetiba terasa “eh ideology dia boleh masuk dengan Ayu la!, Saya suka, saya suka
(versi Mei-Mei) hahaha.
Best puisi dia. And I think semua orang suka dengan three of
them especially la Mat kan..
N bila tetiba ada staff Puteh Press tanya ada soalan tak,
Ayu pun angkat tangan.
Satu je soalan Ayu, tapi ambik masa 3 minit gak la nak
tulis. Sebab tak tahu ayat nak karang haha
Soalan senang je actually :
“What you will be in 10 years later?”
Tapi mula-mula tulis macam ni :
“Apa/bagaimana anda lihat diri anda….” Pastu As kata salah
la.
Ok potong la and tulis “siapa anda lihat diri anda..? pastu
Ayu kata..nak buat ayat camni la..
“dalam tempoh 10 tahun lagi dia nak jadi apa?”
And As kata.. “tulis je la dalam b.i dah susah sangat b.m
nya”
So, tulis je la “who u’ll be in 10 years?
Dah bagi tiba terfikir “what ke who?”
Pastu mintak abang tu betulkan.
*dear As: lepas ni mari belajar English Year3* hahahahaharuuuu.
N tanya dia: “dia baca kan? Bukan saya yang tanya kan?"
Sebab
malu kot nak bangun bila da ramai orang. Oh no….
n dia kata “aah, dia yang
baca”.
Tapi.tapi.tapi..
After pemenang bertuah lima orang yang
cipta slogan kat fb tu dapat pergi depan, sign and bergambar.. pastu akak
moderator panggil siapa yang first bagi soalan. And abang yang mintak tulis
soalan tadi kata “kejap lagi naik pentas he”
Berdebar kot. Siapa tak ketaq bercakap depan ramai orang.
Dah la tak dikenali. Tapi..naik jugaklah. Ayu buat muka Ayu seayu Ayu yang boleh la.. *gelak guling-guling sebab ayat senget*
Before naik tu..sempat lagi suruh budak depan ambik kan
video Ayu. Yela, peluang seumur hidup sekali kannnn. Terima kasih awak.
Haa dia la yang tolong kita.. *salute*
Haa dia la yang tolong kita.. *salute*
Terima kasih enset As. Nyesal pula tak bawa kamera hijau ku. Kalau tak..dah tak payah susahkan orang.
*peringat utk diri sendiri: “lain kali jangan buat dah tau Ayu”. “ok baik” * monolog dalaman
sangat hahaha.
Bila naik tu. Sebab orang pertama and kedua dah tanya kat
Anuar and Ameen tu, so Ayu pun tanya je la kat Mat.. suka kot.. *lompat bulan*
hahahaha
p/s: macam m.c of the day tak Ayu? ececece..berangan
Soalan yang sama Ayu tanya :
“bagaimana anda lihat diri anda dalam tempoh 10 tahun akan
datang?”
Dan dia:
Haaa..susah soalan Ayu kan sampai reaksi dia gitu hahaha
And penulis and akak tu kata “soalan interview”
Memangla, Ayu budak Realistik, tanya future terus. And as a
counsellor, Ayu memang suka ask my client or student or sesiapa je la soalan tu.
Sebab, its will make he.she.them.me.us think for the future.
Ada plan and
achive the dream. *ayat kaunselor sangat kan?* hahah
(ingin dapatkan khidmat nasihat,bimbingan & kaunseling, do pm me. gituuu)
Bila dia jawab tu, dia siap kata “dengaq la (ceq ka aku
ntah) kata”
And Ayu sempat balas “dengar, tengah rakam video ni”'
And actually, tak rakam pun mulanya, salah tekan sebab
nervous hahahaha.
And orang kat belakang tu lagi best sebab kata macam ni
“buku tu letak je atas meja”
So Ayu pun letak je la atas meja.
Bila dia dah siap bagi jawapan, Ayu kata la nak sign.
Masa tu la ceq pergi dekat dengan dia. Okey dekat dengan dia
bukan pergi dekat terus dekat hati dia tauuuu hahahahaa
*kesengalankeamatankesangatan Ayu ni* hihi
Dia sempat la tanya “dari mana”
N Ayu cakap “UPSI”
N dia kata la “so cikgu la ni?”
Ayu just balas “In Sha Allah”
ayat dia:
"hidayu,jadi cikgu yang cool nah!"
-dia ingat cek ni berdarah reptilia apa nak cool ni. eh! opss salah ea?
Ok, baik, Ayu akan jadi cikgu yang cool and Ayu. Ayu seAyu Ayunya...gituuuu krek-II.
Bila nak tangkap gambar tu, memang panggil As naik atas la..
Tara..jangan jeles ea semua!
And bila turun tu terus balik..sebab yela, kesian kat orang
lain queue dah lama. And nak rushing pergi solat..mana tau esok lusa dapat pak
ustat. Kah kah kah. *nangis+pengsan).
At the end, Alhamdulillah la, happy.
At the end, Ayu learn la yang.. depa tu fames memang fames.
Tapi lain kali, solat dulu la. Solat tu yang penting. (ni cakap ikhlas dari ati
tau, bukan nak tunjuk poyo). Sebab, ini bahagian dia di dunia, and ini juga
bahagian kita, di setiap semua ni, ada tanggungjawab yang perlu digalas. So,
betul sedih sebab lebihkan dunia (air mata bergenang). So, Nurul Hidayu sayang,
jangan buat dah ok!
Untuk As: Thanks layankan je kawan yang comel sorang ni
haha. Hope lain kali kita pergi, kita dah grade dah..
Untuk Jannah: lain kali pergi sama ya yunk.
Untuk org dpn saya a.k.a: Hamizah : thanks sangat tolong
orang jauh ni.. Perak kan jauh.. (padahal sejam je) hehe.
Untuk Puteh Press : thanks for ur hospitality. Very good and
keep fighting. Eh lupa : can I give my manuscript to u? hee
Untuk Mat : ok, jom fight sape grade master ni dulu. Ceq ka
ang? Hoho. Selamat maju jaya dalam belajar, dalam membina kerjaya and paling penting dalam
membina six packs opsss hahaha (muka tak bersalah). Btw, ceq pun 90. And as u
know. Org lahir tahun 90 memang ohsem. Jadi mari bersama-sama kekalkan
ke 'ohsem'an itu. Gittuuu.
*p/s : kawan-II ceq kim salam and depa tanya: betul ka ang bukan admin amran tuh? and depa kata..ni Mat Luthfi okey. bukan sebarang orang. Mat Luthfi *sambil stress ur name. haha.
*maaf kawan-II kaunseling Catalyst saya memang senget ekeke. and kami tahu bukan ang, ya dak? *angkat sepanduk tulis "we all MatLuthfi" (gelak guling-guling) hahaha
maaf andai video tak berapa okey. *okey macam mana pun ceq tak tau nak explain hihi.
but eh okey la tu ada dari tak ada. sekian keh.keh.keh
sehingga berjumpa di lain coretan. daaaa
Salam (^_~)
No comments:
Post a Comment