Friday, 23 December 2011

iLmu Allah itu Luas kan..?

Assalamualaikum kawan - kawan...

Hari ini Ayu nak cerita tentang satu peristiwa yang Ayu alami baru - baru ini..mengenai buku yang bermanfaat, berilmu..



Erm..ada satu hari itu, Ayu terdengar seseorang berkata kepada rakannya.. " ko ingat ko baiklah baca buku ini..?".. Kawannya hanya diam sahaja..

Ayu menjadi pelik..kenapa nak cakap macam itu..? waktu itu rakannya membaca buku yang Islamic sedikit. Bagi Ayu tak salah pun baca buku itu, bukan ke ilmu Allah itu sekiranya ditulis dengan 7 lautan dakwat pun tidak akan habis..? Jadi, mengapa berkata begitu? Tidak salah pun untuk kita menambah pengetahuan mengenai ilmu agama.. Bukankah itu menjadi fardu Kifayah kepada kita untuk mendalami ilmu - ilmu Allah, dan sekiranya tiada yang ingin mempelajarinya..ia menjadi fardu Ain, menjadi wajib bagi kita untuk belajar?

Buku yang dibaca itu boleh dikatakan agak mahal harganya. Ayu pernah ditegur oleh seorang rakan yang mengatakan bahawa buku atau sebenarnya majalah itu mahal harganya. Tapi dia menambah.. "tapi majalah ini baguslah".. Lantas, dia meminjamnya dari Ayu..agak gembira apabila Ayu dapat berkongsi ilmu dengan rakan Ayu =). Kiranya..hatinya celik untuk mendapat hidayah Allah, kan? =)



Bukan ini yang sebenarnya Ayu ingin sampaikan..cuma kadang - kadang Ayu pelik, kenapa sebahagian daripada kita kadangkala sukar untuk membeli buku atau majalah yang Islamic, yang penuh dengan pengetahuan mengenai Pencipta kita, agama kita, buku yang memberi panduan hidup seorang Muslim? Ada sebahagian mengatakan bahawa mahal, tidak cukup duit untuk membelinya walaupun berminat.. TAPI kenapa dalam masa yang sama mampu untuk membeli pakaian yang mahal harganya tapi pakaian itu tidak mampu menutup sepenuhnya aurat sebagai seorang muslimah..? 

Atau kadang - kadang mereka mampu membeli majalah hiburan tetapi tidak mampu membeli majalah yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah..sedangkan harganya sama sahaja? Betul, tak dinafikan kadang - kadang kita perlu sedikit hiburan, tapi berpadalah..seimbangkan duniawai dengan akhirat..betul tak?...

Ayu mengaku, Ayu bukan seorang yang baik..tapi perasaaan kecewa itu timbul apabila mendengar ada yang berkata begitu kepada rakannya.. Lantas, Ayu mengambil peluang ini untuk berbicara sedikit.

Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan diri Ayu sendiri..insyaAllah Ayu akan perbaiki.

Apa - apa pun, keputusan ditangan anda..anda yang menentukannya..
Renung - renungkan dan selamat beramal..

"Mencintai syurga tidak bermakna meminggirkan dunia" =)


Tuesday, 6 December 2011

Fakta tentang Al-Quran

1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.


2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.
 
 
 
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?

Dimana 32 + 13 = 45

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini adalah terbukti.
 
Renung - renungnkan dan Jom baca Al-Quran!~ =) 
 


Sunday, 27 November 2011

Andai Bukit Itu Hancur

AllahuAkbar :

Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa:
"Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau."
Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku."
Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata:
"Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman." (Surah Al-Araf, 143) 

 

Ketika Allah baru sahaja menunjukkan cahayanya, hancur luluh bukit Tursina sehingga Nabi Musa pun pengsan..
Allahuakbar.
Bayangkan jika kita berada dalam keadaan Nabi Musa... masihkah kita ragu-ragu akan kekuasaan Allah sehingga kita sanggup melanggar perintah-Nya? Masihkah kita ragu-ragu tentang pertemuan kita dengan Tuhan di akhirat nanti?


 

Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang masih ragu-ragu.
"Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keragu-raguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Meliputi Segala Sesuatu." (Surah Fussilat, 54)

*cerita ini Ayu kongsi dari I Luv Islam.com =)

Friday, 18 November 2011

Percaya Padaku!~

Ilham ini datang dari seorang rakan Ayu..~ Angah~ 
Jadi, Ayu akan cuba olah sebaik mungkin untuk membuatnya jadi yang terbaik.. =)

Tahu tak apa yang mak/abah or ibu/ayah or mama/papa or mummy/daddy kamu semua rasa bila pertama kali lihat kamu lahir ke dunia ini..? mereka terpaku tau..tersenyum..tak tahu nak gambarkan perasaan bersyukur + gembiranya hati mereka bila kamu lahir.. & selepas itu diazankan / iqamah di telinga kamu..


Selepas itu apa yang mereka buat..? mereka berjanji akan menjaga kamu sepenuh hati mereka.. curahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada kamu..hingga akhir hayat mereka.
Buktinya? buktinya mereka berusaha memberi didikan

+ penuhi segala kemahuan kamu + bagi kasih, sayang & cinta kepada kamu..dan dalam masa sama mendidik kamu menjadi insan yang terbaik.. =)


Bila kamu dah jadi insan yang baik...dah berjaya, tibalah masa untuk kamu sambung belajar, berjauhan dengan keluarga..


cuba teka apa yang mak abah kamu buat bila kamu jauh..?
Sebenarnya..mereka tunggu kamu..tunggu kamu telefon, tunggu kamu balik..rindu untuk menatap wajah kamu..TAPI jarang mak abah kamu cakap, betul tak? biasa la tu..kadang - kadang, kita pun jarang cakap rindu mereka..

Ada anak yang bertuah sebab mak ayah sentiasa cakap sayang mereka..tetapi ada juga anak yang mak ayahnya jarang cakap. Bukan apa..kadang2 mak ayah kita segan untuk cakap tau..





Tapi..jangan jadikan itu punca kamu rasa tak disayangi.. mak ayah ini banyak cara mereka luahkan kasih sayang mereka..tak semestinya percakapan je..mungkin juga tingkah laku.. =)

Haaaa..camna Ayu tahu? macam mana Ayu dapat idea tulis ini? dapat daripada lagu Percaya padaku oleh Ungu.. kisah ayah & emak yang ingin sampaikan apa yang bermain difikirannya kepada anak mereka =). Jadi, terhasillah lagu itu.. Ini pendapat Ayu je.. haa..meh tengok liriknya kalau tak percaya..


Lirik Lagu Ungu Percaya Padaku Lyrics

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Haa.. sama tak apa yang Ayu cerita dengan lirik lagu ini? hehe.
Kepada semua anak2 pula... bila mak ayah kita dah besarkan kita, berikan didikan..segalanya cukup..jangan lupa janji pula dengan mereka..bahawa kamu akan menjaga mereka hingga akhir hayat.
Kata dekat mak ayah : Percaya padaku!~ =)
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga..




Saturday, 12 November 2011

Life is toooo shOrt to..? * cOunt On cAtaLyst*

Selamat malam semua...

Bila Ayu buat post sebelum ini..tiba terfikir tentang satu soalan yang Ayu pernah tanya dekat rakan - rakan sekelas Ayu..

                                                                              kawan - kawan kelasku!~


Nak tahu apa soalannya..? Jom baca :

Ayu pernah tanya yang ayatnya lebih kurang begini :

" One fine day..you will be a great cOunseLor (insyaallah)..n one day, a student cOme to you and ask you one question : -
" Sir / teacher... In your opinion.. live is tooooooo short to..?" n "why" answer like that?

Ayu hantar soalan ini dekat semua rakan kelas Ayu, dan sebahagiannya balas, mereka balas dengan pelbagai jawapan, jOm cek ; 

*. Cindy said : Life is too short to regret for what we did~ Because.. regret can't help anything, just we can
    learnt a lesson & then do better.
*. Suhada said : Life is too short to waste! "demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian"
*. Nazifah said : Life is too short to enjoy, so appreciate every moment. Enjoy banyak makna : kalau tafsir
    negatif, negatiflah jadinya. If positif, positif la. Dalam beribadah pun kena enjoy =)
*. Qudry said : Life is too short bcoz there are a long life after death.. so get yourself prepared my dear
    student to face your life after your death.
*. Aisyah said : Life is too short to live. Kehidupan adalah singkat untuk hidup. Kehidupan besar maknanya,
   beribadat, berkeluarga, belajar. Hidup pula kita masih bernyawa. Orang selalu kata antara yang masih hidup
   or mati. Orang tak kata antara kehidupan or mati. So, yang masih hidup ini terus cari keberkatan & bawa
   ke akhirat.
*. Mastura said : Life is too short to make lots of mistakes. So, do kind especially to our parents =)
*. Lela said : Life is too short to do bad things.. kalau asyik buat jahat, bila nak jadi baik? =p
*. Joe said : Life is too short to experience everything in this world, so enjoy each in every second of ur life
*. Rosli said : Life is too short to freedom. Sebab tanpa peraturan yang ada di dunia & akhirat, manusia 
    mudah melakukan apa sahaja yang menyebabkan hidupnya pendek.
*. Aini said : Life is too short to explain, sebab 20 tahun hidup, tapi kalau nak explain life itu apa..tak kan
    explain panjang macam 20 tahun kan..?
*. Norihan said : Life is too short for us to fine an self actualization (kesempurnaan kendiri). sebab : semua
    manusia tak sempurna kecuali Nabi S.A..W  tapi kita boleh berusaha ke arah itu.
*. Hazwani said : Life is too short to be with all da person i Love <3
*. Helmi said : Life is too short to everything.. =)

Ini yang kawan - kawan sekelas Ayu (counselor to be) respon.. =)

Pada Ayu plak.. Life is too short to count how many time we have. Because when Allah said today we die.. we can't say "stop", i'm not ready"!. So try our best to do everything that will make us satisfied and may Allah bless us. =)

Haa..ini komen yang ayu terima bila tanya tentang "Life is too short to?" Tapi ini komen kawan sekelas Ayu..lain orang, lain jawapan dan pandangannya..kan?
Tapi yang pasti hidup ini memang sangat pendek..jadi, kita perlu memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada.


Selamat maju jaya!~ (^-^)

p/s : kepada yang ada pandangan sendiri bolehla leave ur komen here =)

hAyUnAn LangKahKu sEpAnJang OktOber!~

Langkahku bermula : mengejar erti tanggungjawab seorang pelajar + sebahagian keluarga + individu muslim =)

Assalamualaikum..

Bulan Oktober adalah bulan yang Ayu sangat - sangat tunggu.. kenapa? nanti Ayu cerita..

Banyak yang berlaku dalam bulan Oktober ini..salah satunya asgment..banyak betul kena buat.. tapi tu kan dah tnggungjawab sebagai seorang pelajar..nak tak nak, perlulah dilakukan sebaik - baiknya =)

                                                                                      antara buku rujukan Ayu

Walaupun sibuk menyiapkan tugasan, tetapi skali sekala kena rehatkan minda juga kan..? so, Ayu dan rakan2 sempat melakukan sedikit aktiviti =)

                                                              bersama bestfrenz Ayu ke pekan Tanjong Malim

Ayu sempatlah pergi ke Pasar Malam dekat Tanjong Malim itu naik basikal..siap kena kejar anjing lagi..nasib baik selamat haha..

Keesokan harinya Ayu & rakan plan cycling +  makan cendOL..tapi banyak masalah yang berlaku..so, kami pun makan dekat area kolej je..tapi still cycling untuk ke tempat itu la.. =) Even plan x berjaya..but we still enjoy =p

                                                                 bersama rakan sekelas yang sekepala =p

Lepas itu, disebabkan plan nak makan cendol tak berjaya, minggu berikutnya.. Ayu just pergi bertiga je, sebab takut tak berjaya lagi dan menghampakan lagi mereka. Tapi, Alhamdulillah..rezeki kami ada.. happy rasanya =).. p/s : kawan lain jangan jeles ya!~ hee

                                                                                   berbasikal ke kedai cendOL

                                                                                         nyum..nyum


                                                                          ermm..nampak sedap kan..? =)

Bila jalan - jalan ini, dah riadah sikit.. even asigment banyak pun..lepas itu mesti rasa ok..bila dah ok, baru lah sambung kerja balik.. kawan - kawan pun boleh cuba tau! InsyaAllah berhasil..

Dalam sibuk2 buat asigmen, Ayu dan rakan2 perlu juga membuat program..semua yang baca post Ayu yang lepas mesti tahu.. Program "Saya Mahu Jadi Sangat Hebat"

                                                                      Banner yang sempat kami buat =)


Walaupun terdapat sedikit masalah, namun program ini berjaya dilaksanakan..Alhamdulillah..
Bermulanya program ini (21 hb) Ayu merasakan sangat sibuk.. habis saja program ini, hati meronta - ronta mahu balik ke Jengka, namun terdapat sedikit kekangan. Tapi tak mengapa, redha saja =). Pasti ada hikmah disebalik semuanya kan..? Haa..memang betul..ada hikmahnya! Ayu bersama 5 orang rakan sempat pergi ke Nilai 3, atas sedikit urusan. Pertama kali pergi..waa sangat excited!~ =p



                                                                                     cantik tak..?
Pulang saja dari Nilai, ingat mahu berehat.. tetapi ada tanggungjawab lain pula yang menanti.. Ayu dah berjanji nak bawa anak -anak saudara Ayu berjalan..walaupun tak dapat jumpa abah mak, dapat jumpa mereka & buat mereka tersenyum pun jadilah kan..? Jalankan sedikit tanggungjawab untuk family =). Jadi, Ayu pun bawa mereka jalan2 ke Times Square..sempat juga tengok wayang hehe


                                                                                         dengan angah


                                                                                         dengan Aisyah

Haa..bagus tak Ayu..? sempat luangkan masa walaupun sibuk ( cewah..perasan betul huhu)

Dan lepas itu.. Ayu join kem yang dinamakan Kem Kaunselor Pelatih UPSI (PERKAP). Besssst juga program ini.. mengeratkan hubungan antara pelajar senior dan junior pelajar Kaunseling UPSI. Walaupun sem Ayu tak ramai, hanya 6 orang.. (5 perempuan 1 lelaki) namun Alhamdulillah, kami berjaya menyesuaikan diri. =).


               
Tapi sedikit sedih sebab kem ni dijalankan masa birthday Ayu.. sOb3.. tapi takpe la..sabo jela.. hee (haa ini lah hari yang Ayu tunggu - my birthday hihi)

Balik dari kem itu.. Ayu dapat banyak birthday wish..sedikit terubat la walaupun x dapat celebrate dekat rumah & bertambah terubat sbb dapat special hadiah dari ma bezfren.. tQ ya!~ =p



                                                                                            Keychain!~

                                                                                      birthday cake =0

Even tak balik rumah celebrate dengan abah mak, tapi still ok sebab minggu berikutnya Ayu dah balik rumah dah.. nak sambut raya haji.. hehe
Pulang saja ke rumah.. Ayu terus ditunjuk hadiah, birthday present from mak abah..try teka pe..?

                                                                         birthday present from mOm & dAd =)

Happy sangat2..walaupun dapat lewat, tapi tetap happy sebab dapat hadiah yang boleh dimanfaatkan.. Abah kata hadiah untuk bakal kaunselor =) hehe. Terima kasih abah, emak..

Kesimpulannya nak bagitau..walaupun sibuk macam mana pun kita, kita mesti pandai bahagikan masa... Life is tO enjOy kan..? Tapi enjoy yang berpatutan la.. Jangan selalu stress... macam situasi Ayu sekarang, even ada tanggungjawab sebagai seornag pelajar pun.. tapi Ayu tetap ada tanggungjawab sebagai sebahagian keluarga, betul tak..? Jadi Ayu kena bijak gunakan ruang dan peluang, masa yang ada supaya Ayu tak ketepikan tanggungjawab yang sudah tergalas di bahu Ayu. Tanggungjawab individu muslim plak.. ini lebih kepada diri sendiri.. memanfaatkan masa dengan sebaiknya adalah salah satu tanggungjawab individu muslim kan..? Banyak lagi tanggungjawab kita.. selagi kita bergelar khalifah di muka bumi Allah ini =).

Kawan - kawan semua pun... pastikan anda semua ada masa untuk ketiga -tiga tanggungjawab ini tau!~ 

Wednesday, 9 November 2011

sAya + diA + ( kAmi + mErEka) = SANGAT HEBAT!~


Assalamualaikummmm..

Ayu & 5 orang rakan perlu jalankan satu program bersama pelajar sekolah menengah.. Program ini dinamakan "SAYA MAHU JADI SANGAT HEBAT!" yaaaaaaa..kami memang hebat tau



                                                                   team susah senang bersama =)

Program ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam, kami lakukan di Kem Desa Selesa, Tanjung Malim..ala dekat je dengan UPSI. Program ini dijalankan bersama pelajar tingkatan 2,3 & 4 SMKTBR 1, Taman Bunga Raya, Rawang.



Sangat besttt dan Ayu rasa inilah program yang Ayu sangat enjoy..walaupun banyak halangan dan cabaran..dari segi pengurusan masa, kewangan, komitmen..namun kami berjaya atasinya.. Alhamdulillah..




                                                          bersama sebahagian peserta program


                                                                                  kumpulan Ayu

Satu yang Ayu belajar daripada peserta program ini... mula - mula Ayu fikir susah untuk jadi macam Rodgers..menerima tanpa syarat, dan mengatakan manusia semuanya baik.. TAPI  bila Ayu berada di sini, dan Ayu sendiri sedar bahawa ada di kalangan pelajar ini yang masa lampaunya mempunyai sejarah hitam... TAPI dengan kuasa ALLAH, Ayu mampu terima mereka apa adanya..menerima mereka tanpa memikirkan masa lepas mereka. Nampak macam remeh kan apa yang Ayu perkatakan..? TAPI..sesetengah orang tak mampu melakukannya..namun, ALHAMDULILLAH..Ayu berjaya dan Ayu sangat gembira bersama mereka!

Kesimpulannya : setiap orang umpama sehelai kertas putih yang sangat besar yang di dalamnya ada satu titik hitam yang sangat kecil.. 



Kertas putih itu umpama potensi yang ada dalam diri semua orang..dan titik hitam itu pula umpama kesilapan / kesalahan yang pernah dilakukan. Jadi, wajarkah kita menilai seseorang itu berdasarkan titik hitam itu..sedangkan potensi yang ada dalam dirinya masih banyak? =)
Pandang semua manusia positif  (^o^)





Wednesday, 2 November 2011

Nak Bina Mahligai Gading!

Haaa... mesti tertanya kenapa tajuk ayu kali ini mahligai gading..? kenapa tidak mahligai intan ke permata..? sebab biarlah jadi macam gading, boleh tahan lama + kuat + tidak mudah rosak. =)

                         
Ayu ada satu impian..impian ayu nak bina mahligai..sebab tu ayu kata mahligai gading. Mahligai yang ada segala - galanya, terutama sekali barakah, rahmat dari Allah. Ayu tak minta mahligai yang berjuta - juta harganya, cukuplah tempat perlindungan yang Ayu dan insan - insan yang Ayu sayang selesa berada di dalamnya, tempat yang apabila orang lain lihat..terus menggamit mereka untuk masuk ke dalamnya. Mahligai yang dilimpahi bukan sahaja cahaya lampu, tapi cahaya keimanan..amin... Mahligai yang semua insan di dalamnya bersatu padu, taat dan patuh kepada perintah Allah.. insan yang bekerja seolah - olah akan hidup 1000 tahun lagi, dan akan beribadat seolah - olah akan meninggal pada esok hari..doakan ayu dan insan-insan dalam mahligai gading ini berjaya! =)
Senang ke susah nak bina mahligai ini..? Ermm..mestilah susah, tapi itu kan lumrah kehidupan.. bila kita berusaha menggapai cita - cita kita dengan cara yang betul, insyaAllah kita akan berjaya!.  Tapi, bila dah berjaya, jangan lupa toleh ke belakang..untuk mengimbas kembali perit maung, susah payah kita untuk sampai ke tahap kita sekarang.!
Bila dah berjaya juga...jangan lupa yang kehidupan ini kan macam bola..
                 
kadang - kadang kita di atas, kadang - kadang kita di bawah.. Jadi, bila kita berada di atas..siapkan lah diri kita untuk berada di bawah.. mungkin hari ini orang lain meminta pertolongan daripada kita, mana tahu satu hari nanti, kita pula meminta pertolongan daripada orang lain. Jadi..selagi boleh kita bantu orang lain..walau apa pertolongan pun, kita tolonglah..dan jangan meminta balasan daripadanya, mintalah daripada Allah, kerana DIA yang memiliki segalanya.
Bila kita jatuh, gagal atau berada di bawah..jangan cepat berputus asa, jangan selalu mengeluh..cakaplah Alhamdulillah..kerana itu tandanya Allah sayang kita.. Allah nak uji hambaNYA dan nak berikan sesuatu yang baik kepada hambaNYA yang sabar dan redha menerima ketentuanNYA =).
Kalau tak percaya..jom kita tengok analogi ini..
Satu pagi yang sangat terik..jadi kita plan untuk pergi pantai..melapangkan fikiran, mandi - manda.. kita pun buat semua persiapan.. packing pakaian, makanan jangan cakaplah...masak itu ini,sedap + enak + lazat2 belaka, semua dah siap la.. & lepas itu kita pun bergerak pergi ke pantai itu. Sampai di pantai, sedang kita berseronok, hari bertukar mendung, lalu hujan lebat. Jadi kita pun segera kemaskan semua makanan kita dan berteduh di tempat yang disediakan. Disebabkan hujan, kita jadi tak happy, makanan yang sedap itu pun kita tak mahu makan.. Selang beberapa lama..hujan pun berhenti..matahari muncul kembali dan kemudian, apa yang kita buat..? Rugilah kita kalau kita terus kemas barang dan pulang ke rumah kerana tiada mood untuk bergembira lagi. Ini kerana bukan kah selepas hujan, pelangi akan muncul..jadi mengapa kita tidak menikmati keindahan pelangi, suasana selepas hujan itu, bersantai dan menikmati makanan kita..? mesti lagi indahkan..? 

Macam itu lah kehidupan sebenarnya..kalau kita menganggap setiap kesusahan, kegagalan itu terlalu teruk, 
tiada yang baik..maka kita tidak akan dapat melihat perkara yang baik. Tetapi andai kita menyedari bahawa setiap kesusahan, kegagalan itu ada hikmahnya..sudah pasti kita mampu tersenyum.. =)
                               
Selain itu, mahligai Ayu pun mesti ada ilmu..Ayu tak minta untuk penuh kerana Ayu takut kami tak mampu gunakannya dengan baik. Ilmu yang sedikit itu lebih baik daripada ilmu yang banyak tapi tak diamalkan, betul tak..? Jadi, Ayu nak..Ayu dan insan - insan dalam mahligai gading kami Ayu nanti sentiasa mengamalkan ilmu yang diketahui dan tak lokek untuk berkongsi dengan orang lain. Secara tak langsung..mesti dapat pahala apabila orang mrngamalkan ilmu yang kita ajar.. Secara tak langsung juga..makin berseri - serilah mahligai kami. nanti..wa bestnya!
       
Sekarang Ayu tengah berusaha untuk membina mahligai ini...semoga Ayu mencapai kejayaan ini..amin =) 


Sunday, 2 October 2011

jAngAn mEngELuh - ada rUang diSebaLik kEseMpiTan~

Assalamualaikum w.b.t.h..

Ermmm..agak sibuk sekarang ini, tapi terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan rakan sekalian.. jOm baca :



Cerita ini Ayu ambil dari sebuah novel dan Ayu olah sedikit ayatnya..


" Sesungguhnya kemenangan itu disertai kesabaran"!.

Kita tidak boleh mengeluh dengan ujian Allah kerana hal ini umpama kita tidak redha dengan kesusahan yang Allah beri. Jika kita mengaku beriman kepada Allah..mengaku mencintai Allah, mana buktinya.? Ibaratnya, jika tiba - tiba kamu ditampar oleh seseorang dalam keadaan yang gelap gelita.. ketika itu, kamu rasa sakit dan marah sekali, rasa mahu sahaja menampar kembali orang itu. Kemudian, apabila lampu dibuka, rupa - rupanya yang tampar itu adalah kekasih hati kita. Marah atau tidak? Tidak kan..?

Begitulah apabila kita tahu rupa-rupanya kekasih kita yang tampar, terus tidak jadi marah. Walaupun terasa sakitnya, kalau boleh ingin suruh dia tampar lagi sekali, kan?

Begitulah ibaratnya cinta kita kepada Allah, jika kita benar kasihkan Dia, kenapa harus marah apabila Dia memberi ujian? Kenapa harus bersedih apabila Dia datangkan musibah yang membuatkan hati kita sakit? Bukankah kita perlu bersyukur? Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia beri kita ujian kerana Dia mahukita lebih dekat denganNya. Kerana lumrah manusia ini hanya mencari Allah apabila susah, tetapi apabila senang, terus lupakan Allah.

Moga dalam hati kita selalu ada perasaan sabar itu. Gunakanlah hati untuk berbicara dengan Allah. Berzikir dan ingatlah pada Dia selalu. Sepatah kita sebut perkataan "subhanallah", sebesar gunung Uhud ganjaran yang Allah beri. Itu belum lagi kalimah "laa ilaha illallah", kalimah itu andai ditimbang, ia lebih berat dari bumi dan segala isinya.






Peringatan ini lebih kepada diri Ayu sendiri..namun andai ianya juga mampu membuat rakan - rakan berfikir dan mengambil sedikit yang baik..Alhamdulillah!~ =)

Sunday, 18 September 2011

~a jOurnEy tO becOme a gOod cOunseLOr & a eXceLLent daUghTer!~

Cerita yg dipetik dari 1 website & amat menyentuh hati Ayu.. baca + hayati~
"Mana Mak?'

... Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
 
Kadang2 kita lupa tetang kehadiran ibu kita kan..? kadang2 dia tegur kita, tapi kita tak endahkannya, betul x..? tambah2 seseorang yang sedang meningkat  dewasa..macam Ayu..macam anda!~ 
Kadang2 kita tanamkan dalam diri kita, melangkah ke Universiti atau ke Sekolah Berasrama Penuh adalah untuk belajar, nak dapat kerja yang bagus, gaji yang mahal, untuk kehidupan yang selesa..tetapi berapa ramai yang tanamkan dalam diri dia..nk belajar untuk balas jasa ayah bonda..?
 
  jOm baca dOa ini :

Sekadar renungan, untuk dikOngsi bersama.

Friday, 16 September 2011

wAjaH rAhsIa hAti!~

Mesti semua orang tertanya - tanya kenapa pilih title " wajah rahsia hati" kan..?
Ayu dapat idea ini pun secara tak sengaja, teringat lagu Fauziah Ahmad Daud dengan Urban Method tu hehe..lagu yang menceritakan tentang dua hati, yang menceritakan suka duka zaman remaja, salah satu lagu yang best gak, enjoy n yang dalam masa sama lagu itu menyelitkan unsur nasihat. Macam itulah yang Ayu nak dekat blog Ayu ini sebenarnya, santai + best tetapi dalam masa yang sama ada sedikit info yang boleh diambil.  
Then, bagi Ayu wajah or muka itu menggambarkan rahsia hati kita sebenarnya.. Bila kita tengah bahagia, hati kita tenang, riang.. muka kita pun akan nampak berseri - seri..
Kalau hati kita tengah sedih, mesti muka kita pun akan nampak mcm "mendung" even kita try sembunyikan..kan3? =p
Dalam konsep as a counselor to be pula, Ayu rasa wajah itu adalah salah satu aspek penting yang kaunselor perlu alert bila pandang klien mereka, sebab wajah itu menceritakan pelbagai perkara.. setuju x..?
Dengan riak wajah klien sahaja, seseorang kaunselor itu boleh mendalami masalah yang dialami klien, dan membawa klien mencari penyelsaian kepada masalahnya itu, ini bagi pendapat Ayu la.. =)
Ini yang Ayu fikirkan semasa mendapat title blog ini. Sebelum Ayu stop tulis, ayu nak pesan..ingat ya kawan - kawan.. kadang2 riak muka kita, contohnya masam ; memberi impak kepada orang disekeliling kita tau, mereka pun boleh jadi xda mood kalau lihat kawan mereka mOody.. So, ekspresikan wajah anda yang manis itu dengan sebaiknya, untuk kebaikan anda dan semua orang!~ =)


~ Ini lagu yang memberi ilham kepada Ayu...dengar + enjoy it!~

Seuntai kata untuk dirasa...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca ini.
Terima kasih sebab sudi membaca blog daku!~
Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberi walaupun tidak banyak tetapi ada ilmu yang bermanfaat yang dapat dipraktiskan atau digunakan dalam kehidupan seharian, insyaAllah.