Friday, 23 December 2011

iLmu Allah itu Luas kan..?

Assalamualaikum kawan - kawan...

Hari ini Ayu nak cerita tentang satu peristiwa yang Ayu alami baru - baru ini..mengenai buku yang bermanfaat, berilmu..



Erm..ada satu hari itu, Ayu terdengar seseorang berkata kepada rakannya.. " ko ingat ko baiklah baca buku ini..?".. Kawannya hanya diam sahaja..

Ayu menjadi pelik..kenapa nak cakap macam itu..? waktu itu rakannya membaca buku yang Islamic sedikit. Bagi Ayu tak salah pun baca buku itu, bukan ke ilmu Allah itu sekiranya ditulis dengan 7 lautan dakwat pun tidak akan habis..? Jadi, mengapa berkata begitu? Tidak salah pun untuk kita menambah pengetahuan mengenai ilmu agama.. Bukankah itu menjadi fardu Kifayah kepada kita untuk mendalami ilmu - ilmu Allah, dan sekiranya tiada yang ingin mempelajarinya..ia menjadi fardu Ain, menjadi wajib bagi kita untuk belajar?

Buku yang dibaca itu boleh dikatakan agak mahal harganya. Ayu pernah ditegur oleh seorang rakan yang mengatakan bahawa buku atau sebenarnya majalah itu mahal harganya. Tapi dia menambah.. "tapi majalah ini baguslah".. Lantas, dia meminjamnya dari Ayu..agak gembira apabila Ayu dapat berkongsi ilmu dengan rakan Ayu =). Kiranya..hatinya celik untuk mendapat hidayah Allah, kan? =)



Bukan ini yang sebenarnya Ayu ingin sampaikan..cuma kadang - kadang Ayu pelik, kenapa sebahagian daripada kita kadangkala sukar untuk membeli buku atau majalah yang Islamic, yang penuh dengan pengetahuan mengenai Pencipta kita, agama kita, buku yang memberi panduan hidup seorang Muslim? Ada sebahagian mengatakan bahawa mahal, tidak cukup duit untuk membelinya walaupun berminat.. TAPI kenapa dalam masa yang sama mampu untuk membeli pakaian yang mahal harganya tapi pakaian itu tidak mampu menutup sepenuhnya aurat sebagai seorang muslimah..? 

Atau kadang - kadang mereka mampu membeli majalah hiburan tetapi tidak mampu membeli majalah yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah..sedangkan harganya sama sahaja? Betul, tak dinafikan kadang - kadang kita perlu sedikit hiburan, tapi berpadalah..seimbangkan duniawai dengan akhirat..betul tak?...

Ayu mengaku, Ayu bukan seorang yang baik..tapi perasaaan kecewa itu timbul apabila mendengar ada yang berkata begitu kepada rakannya.. Lantas, Ayu mengambil peluang ini untuk berbicara sedikit.

Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan diri Ayu sendiri..insyaAllah Ayu akan perbaiki.

Apa - apa pun, keputusan ditangan anda..anda yang menentukannya..
Renung - renungkan dan selamat beramal..

"Mencintai syurga tidak bermakna meminggirkan dunia" =)


No comments:

Post a Comment