Friday 16 September 2011

wAjaH rAhsIa hAti!~

Mesti semua orang tertanya - tanya kenapa pilih title " wajah rahsia hati" kan..?
Ayu dapat idea ini pun secara tak sengaja, teringat lagu Fauziah Ahmad Daud dengan Urban Method tu hehe..lagu yang menceritakan tentang dua hati, yang menceritakan suka duka zaman remaja, salah satu lagu yang best gak, enjoy n yang dalam masa sama lagu itu menyelitkan unsur nasihat. Macam itulah yang Ayu nak dekat blog Ayu ini sebenarnya, santai + best tetapi dalam masa yang sama ada sedikit info yang boleh diambil.  
Then, bagi Ayu wajah or muka itu menggambarkan rahsia hati kita sebenarnya.. Bila kita tengah bahagia, hati kita tenang, riang.. muka kita pun akan nampak berseri - seri..
Kalau hati kita tengah sedih, mesti muka kita pun akan nampak mcm "mendung" even kita try sembunyikan..kan3? =p
Dalam konsep as a counselor to be pula, Ayu rasa wajah itu adalah salah satu aspek penting yang kaunselor perlu alert bila pandang klien mereka, sebab wajah itu menceritakan pelbagai perkara.. setuju x..?
Dengan riak wajah klien sahaja, seseorang kaunselor itu boleh mendalami masalah yang dialami klien, dan membawa klien mencari penyelsaian kepada masalahnya itu, ini bagi pendapat Ayu la.. =)
Ini yang Ayu fikirkan semasa mendapat title blog ini. Sebelum Ayu stop tulis, ayu nak pesan..ingat ya kawan - kawan.. kadang2 riak muka kita, contohnya masam ; memberi impak kepada orang disekeliling kita tau, mereka pun boleh jadi xda mood kalau lihat kawan mereka mOody.. So, ekspresikan wajah anda yang manis itu dengan sebaiknya, untuk kebaikan anda dan semua orang!~ =)


~ Ini lagu yang memberi ilham kepada Ayu...dengar + enjoy it!~

No comments:

Post a Comment