Haaa... mesti tertanya kenapa tajuk ayu kali ini mahligai gading..? kenapa tidak mahligai intan ke permata..? sebab biarlah jadi macam gading, boleh tahan lama + kuat + tidak mudah rosak. =)
Ayu ada satu impian..impian ayu nak bina mahligai..sebab tu ayu kata mahligai gading. Mahligai yang ada segala - galanya, terutama sekali barakah, rahmat dari Allah. Ayu tak minta mahligai yang berjuta - juta harganya, cukuplah tempat perlindungan yang Ayu dan insan - insan yang Ayu sayang selesa berada di dalamnya, tempat yang apabila orang lain lihat..terus menggamit mereka untuk masuk ke dalamnya. Mahligai yang dilimpahi bukan sahaja cahaya lampu, tapi cahaya keimanan..amin... Mahligai yang semua insan di dalamnya bersatu padu, taat dan patuh kepada perintah Allah.. insan yang bekerja seolah - olah akan hidup 1000 tahun lagi, dan akan beribadat seolah - olah akan meninggal pada esok hari..doakan ayu dan insan-insan dalam mahligai gading ini berjaya! =)
Senang ke susah nak bina mahligai ini..? Ermm..mestilah susah, tapi itu kan lumrah kehidupan.. bila kita berusaha menggapai cita - cita kita dengan cara yang betul, insyaAllah kita akan berjaya!. Tapi, bila dah berjaya, jangan lupa toleh ke belakang..untuk mengimbas kembali perit maung, susah payah kita untuk sampai ke tahap kita sekarang.!
Bila dah berjaya juga...jangan lupa yang kehidupan ini kan macam bola..
kadang - kadang kita di atas, kadang - kadang kita di bawah.. Jadi, bila kita berada di atas..siapkan lah diri kita untuk berada di bawah.. mungkin hari ini orang lain meminta pertolongan daripada kita, mana tahu satu hari nanti, kita pula meminta pertolongan daripada orang lain. Jadi..selagi boleh kita bantu orang lain..walau apa pertolongan pun, kita tolonglah..dan jangan meminta balasan daripadanya, mintalah daripada Allah, kerana DIA yang memiliki segalanya.

Bila kita jatuh, gagal atau berada di bawah..jangan cepat berputus asa, jangan selalu mengeluh..cakaplah Alhamdulillah..kerana itu tandanya Allah sayang kita.. Allah nak uji hambaNYA dan nak berikan sesuatu yang baik kepada hambaNYA yang sabar dan redha menerima ketentuanNYA =).
Kalau tak percaya..jom kita tengok analogi ini..
Satu pagi yang sangat terik..jadi kita plan untuk pergi pantai..melapangkan fikiran, mandi - manda.. kita pun buat semua persiapan.. packing pakaian, makanan jangan cakaplah...masak itu ini,sedap + enak + lazat2 belaka, semua dah siap la.. & lepas itu kita pun bergerak pergi ke pantai itu. Sampai di pantai, sedang kita berseronok, hari bertukar mendung, lalu hujan lebat. Jadi kita pun segera kemaskan semua makanan kita dan berteduh di tempat yang disediakan. Disebabkan hujan, kita jadi tak happy, makanan yang sedap itu pun kita tak mahu makan.. Selang beberapa lama..hujan pun berhenti..matahari muncul kembali dan kemudian, apa yang kita buat..? Rugilah kita kalau kita terus kemas barang dan pulang ke rumah kerana tiada mood untuk bergembira lagi. Ini kerana bukan kah selepas hujan, pelangi akan muncul..jadi mengapa kita tidak menikmati keindahan pelangi, suasana selepas hujan itu, bersantai dan menikmati makanan kita..? mesti lagi indahkan..?
Macam itu lah kehidupan sebenarnya..kalau kita menganggap setiap kesusahan, kegagalan itu terlalu teruk,
tiada yang baik..maka kita tidak akan dapat melihat perkara yang baik. Tetapi andai kita menyedari bahawa setiap kesusahan, kegagalan itu ada hikmahnya..sudah pasti kita mampu tersenyum.. =)

Selain itu, mahligai Ayu pun mesti ada ilmu..Ayu tak minta untuk penuh kerana Ayu takut kami tak mampu gunakannya dengan baik. Ilmu yang sedikit itu lebih baik daripada ilmu yang banyak tapi tak diamalkan, betul tak..? Jadi, Ayu nak..Ayu dan insan - insan dalam mahligai gading kami Ayu nanti sentiasa mengamalkan ilmu yang diketahui dan tak lokek untuk berkongsi dengan orang lain. Secara tak langsung..mesti dapat pahala apabila orang mrngamalkan ilmu yang kita ajar.. Secara tak langsung juga..makin berseri - serilah mahligai kami. nanti..wa bestnya!
Sekarang Ayu tengah berusaha untuk membina mahligai ini...semoga Ayu mencapai kejayaan ini..amin =)
No comments:
Post a Comment