Wednesday, 11 January 2012

Pengetahuan + kehidupan sekarang = masa depan?

Assalamualaikum..

Ambil kesempatan dalam kesibukan study hehe..

Dua hari yang lepas, semasa Ayu sedang membuat air..tiba seorang housemate Ayu menepuk belakang Ayu.. terjadilah perbualan sedikit di sini :
Ayu kata : "tak baik tepuk belakang."
Dia tanya : "yeke"?. 
Ayu jawab : "aah.."
Dia tanya : "kenapa?"
Ayu kata : "ntahla..tak pasti, tp yang pasti..Nabi pun tak bagi pukul anak dekat badan, Nabi kata rotan dekat tapak kaki,..tu pun sebab solat. & pernah satu ketika, Nabi hanya memulas telinga erm cucu ke siapa ya bdk kcik tu.. x pasti pula.. Sebab apa tarik telinga? sebab nak tunjukkan sedikit kesakitan dan memberi pengajaran."

Kemudian housemate Ayu tanya lagi..
Dia tanya : "macam mana kalau anak kita degil..?
Ayu jawab : "sorang kawan Ayu pernah cerita..dia kata seorang sahabat pernah bertanya kepada Imam..em Imam Ahmad kot.. macam mana dia didik anak perempuan dia supaya jadi baik, solehah, menjaga aurat dan baik sangatlah kiranya..? Lantas Imam tu menjawab...:aku menjaga diri aku 20 tahun lebih awal".



Ayu terangkan balik dekat housemate Ayu : "kiranya kalau kita nak anak kita baik, solehah, tak nakal..dari sekarang kita kena jaga diri kita, jaga hati kita.... kalau kita sekarang teruk, anak kita nanti lagi teruk.. Kita nak ke macam tu.? =)



Dia tanya lagi : macam mana kalau kita dah jaga diri kita, tapi tetap Allah nak uji kita dengna anak kita yang tak dengar kata?
Ayu jawab : InsyaAllah..ada caranya..
                   Kalau tak jumpa caranya..jumpa Ayu nanti..masa tu Ayu dah jadi kaunselor..mungkin blh tlg     
                   (sambil tersenyum dan gelak, dia pula hanya tersenyum)

Apa yang Ayu cuba nak sampaikan ialah... kita perlu sentiasa mendalami ilmu - ilmu Allah.. apabila kita banyak belajar tentang ilmu - ilmu Allah ini..secara tidak langsung, kita akan tahu tentang sesuatu maklumat.. contoh macam kenapa tak boleh tepuk belakang.. (Ayu tak terang detail sebab kurang ingat..sorry =/ )
Ayu juga nak bagitahu..macam apa yang Ayu sampaikan di atas.. generasi akan datang bergantung kepada kita sekarang... baik kita, baiklah generasi kita nanti.. InsyaAllah..so, ayuh..jadi generasi yang menjadikan Al-Quran panduan hidup =)






Sunday, 1 January 2012

Azam bAru : nAk jAdi Lebih bAik! ... tApi mAcAm mAnA..?

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 dah kita.. so, dikesempatan ini nak ucap selamat tahun baru k..?

Erm hari ini..Ayu nak share apa yang ada dekat fikiran Ayu sekarang.. macam mana nak jadi lebih baik ya..?
Macam mana fikiran ini datang..? sebenarnya dah kerap bermain difikiranku..Tapi tadi dapat mesej kt fb yang dihantar oleh seorang sahabat Ayu (thanks awak ;p) :  kenapa seorang perempuan itu perlu tutup aurat, atau sebenarnya wajib tutup aurat.. bila baca itu rasa macam herm banyak betul dosa Ayu ni.. =(

Ayu selalu bincang perkara ni dengan cik cahaya tau..kawan yang slalu dengar Ayu membebel huhu.. (semoga persahabatan ni macam pict kat bawah ni..amin)


Pernah satu ketika kami sembang tentang ni dan berkata : kenapa kawan kita tu...even basic dia bukan dari budak sekolah agama, tapi bila jalan, keluar pegi beli makanan pun pakai sarung kaki..kenapa kita tak erk..?
Macam mana nak jadi baik..?

Bila fikir - fikir lagi, aritu ada sembang dekat bilik member.. bagus dia sebab dekat tepi meja dia letak ayat, kata - kata semangat untuk diri dia supaya jadi more better..pernah juga seorang kawan (time makan masa tu) tanya cara dia pakai shawl..n dia jawab nak tutup aurat =) bagus tak..? Macam mana nak jadi baik...?



Tadi blogwalking kt 1 blog ni n entry dia kta "we shall live apy".. tgk dia apy je..even dia nampak uptodate, tapi still tutup aurat..bestnya.. n dia dapat tunang yang baik..sweet kan..? =). Macam mana nak jadi baik ya..?

Erm macam mana nak jadi baik ya..? Ayu sedang berfikir dan tertanya dekat diri Ayu.. Nak jadi baik bukan saja dari segi tutup aurat, tapi dalam semua hal.. Ayu nak tunjukkan even Ayu apy go lucky, easy going..tapi still tutup aurat, jaga pergaulan dengan lelaki.. tapi macam mana ya..? Dosa dah banyak..sian kat mak abah.. tanggung dosa Ayu..herm...lagi kesian dekat diri sewndiri..sebab tak baik =(

Lepas tu terfikir juga apa yang dah Ayu lalui..tengah lalui dan akan lalui.. Ayu terfikir, kan masa lahir dulu umpama kain putih...tapi kenapa Ayu tak teruskan jadi warna putih dan berwarna warni, tapi bukan warna gelap.. macam hitam, kelabu..? Dulu mungkin remaja, terikut - ikut dengan orang lain..tapi sekarang dah besar, kenapa even terfikir tapi tak berubah gak ya..? gelap ke hati Ayu ni..? Kalau gelap, macam mana dengna masa depan Ayu nanti..? macam mana nak jadi baik ya..? =(




Apa patut Ayu buat sekarang..? macam mana nak jadi lebih baik untuk tahun baru ni dan tahun - tahun mendatang..?

                                                             Bismillahirrahmanirrahim....

                      

                                                                   Ya Allah...



                                                                   Pintaku Ya Allah......
        
                                                                 
                                                                Supaya daku senantiasa    

                                                

Friday, 23 December 2011

iLmu Allah itu Luas kan..?

Assalamualaikum kawan - kawan...

Hari ini Ayu nak cerita tentang satu peristiwa yang Ayu alami baru - baru ini..mengenai buku yang bermanfaat, berilmu..



Erm..ada satu hari itu, Ayu terdengar seseorang berkata kepada rakannya.. " ko ingat ko baiklah baca buku ini..?".. Kawannya hanya diam sahaja..

Ayu menjadi pelik..kenapa nak cakap macam itu..? waktu itu rakannya membaca buku yang Islamic sedikit. Bagi Ayu tak salah pun baca buku itu, bukan ke ilmu Allah itu sekiranya ditulis dengan 7 lautan dakwat pun tidak akan habis..? Jadi, mengapa berkata begitu? Tidak salah pun untuk kita menambah pengetahuan mengenai ilmu agama.. Bukankah itu menjadi fardu Kifayah kepada kita untuk mendalami ilmu - ilmu Allah, dan sekiranya tiada yang ingin mempelajarinya..ia menjadi fardu Ain, menjadi wajib bagi kita untuk belajar?

Buku yang dibaca itu boleh dikatakan agak mahal harganya. Ayu pernah ditegur oleh seorang rakan yang mengatakan bahawa buku atau sebenarnya majalah itu mahal harganya. Tapi dia menambah.. "tapi majalah ini baguslah".. Lantas, dia meminjamnya dari Ayu..agak gembira apabila Ayu dapat berkongsi ilmu dengan rakan Ayu =). Kiranya..hatinya celik untuk mendapat hidayah Allah, kan? =)



Bukan ini yang sebenarnya Ayu ingin sampaikan..cuma kadang - kadang Ayu pelik, kenapa sebahagian daripada kita kadangkala sukar untuk membeli buku atau majalah yang Islamic, yang penuh dengan pengetahuan mengenai Pencipta kita, agama kita, buku yang memberi panduan hidup seorang Muslim? Ada sebahagian mengatakan bahawa mahal, tidak cukup duit untuk membelinya walaupun berminat.. TAPI kenapa dalam masa yang sama mampu untuk membeli pakaian yang mahal harganya tapi pakaian itu tidak mampu menutup sepenuhnya aurat sebagai seorang muslimah..? 

Atau kadang - kadang mereka mampu membeli majalah hiburan tetapi tidak mampu membeli majalah yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah..sedangkan harganya sama sahaja? Betul, tak dinafikan kadang - kadang kita perlu sedikit hiburan, tapi berpadalah..seimbangkan duniawai dengan akhirat..betul tak?...

Ayu mengaku, Ayu bukan seorang yang baik..tapi perasaaan kecewa itu timbul apabila mendengar ada yang berkata begitu kepada rakannya.. Lantas, Ayu mengambil peluang ini untuk berbicara sedikit.

Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan diri Ayu sendiri..insyaAllah Ayu akan perbaiki.

Apa - apa pun, keputusan ditangan anda..anda yang menentukannya..
Renung - renungkan dan selamat beramal..

"Mencintai syurga tidak bermakna meminggirkan dunia" =)


Tuesday, 6 December 2011

Fakta tentang Al-Quran

1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.


2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.
 
 
 
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?

Dimana 32 + 13 = 45

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini adalah terbukti.
 
Renung - renungnkan dan Jom baca Al-Quran!~ =) 
 


Sunday, 27 November 2011

Andai Bukit Itu Hancur

AllahuAkbar :

Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa:
"Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau."
Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku."
Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata:
"Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman." (Surah Al-Araf, 143) 

 

Ketika Allah baru sahaja menunjukkan cahayanya, hancur luluh bukit Tursina sehingga Nabi Musa pun pengsan..
Allahuakbar.
Bayangkan jika kita berada dalam keadaan Nabi Musa... masihkah kita ragu-ragu akan kekuasaan Allah sehingga kita sanggup melanggar perintah-Nya? Masihkah kita ragu-ragu tentang pertemuan kita dengan Tuhan di akhirat nanti?


 

Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang masih ragu-ragu.
"Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keragu-raguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Meliputi Segala Sesuatu." (Surah Fussilat, 54)

*cerita ini Ayu kongsi dari I Luv Islam.com =)

Friday, 18 November 2011

Percaya Padaku!~

Ilham ini datang dari seorang rakan Ayu..~ Angah~ 
Jadi, Ayu akan cuba olah sebaik mungkin untuk membuatnya jadi yang terbaik.. =)

Tahu tak apa yang mak/abah or ibu/ayah or mama/papa or mummy/daddy kamu semua rasa bila pertama kali lihat kamu lahir ke dunia ini..? mereka terpaku tau..tersenyum..tak tahu nak gambarkan perasaan bersyukur + gembiranya hati mereka bila kamu lahir.. & selepas itu diazankan / iqamah di telinga kamu..


Selepas itu apa yang mereka buat..? mereka berjanji akan menjaga kamu sepenuh hati mereka.. curahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada kamu..hingga akhir hayat mereka.
Buktinya? buktinya mereka berusaha memberi didikan

+ penuhi segala kemahuan kamu + bagi kasih, sayang & cinta kepada kamu..dan dalam masa sama mendidik kamu menjadi insan yang terbaik.. =)


Bila kamu dah jadi insan yang baik...dah berjaya, tibalah masa untuk kamu sambung belajar, berjauhan dengan keluarga..


cuba teka apa yang mak abah kamu buat bila kamu jauh..?
Sebenarnya..mereka tunggu kamu..tunggu kamu telefon, tunggu kamu balik..rindu untuk menatap wajah kamu..TAPI jarang mak abah kamu cakap, betul tak? biasa la tu..kadang - kadang, kita pun jarang cakap rindu mereka..

Ada anak yang bertuah sebab mak ayah sentiasa cakap sayang mereka..tetapi ada juga anak yang mak ayahnya jarang cakap. Bukan apa..kadang2 mak ayah kita segan untuk cakap tau..





Tapi..jangan jadikan itu punca kamu rasa tak disayangi.. mak ayah ini banyak cara mereka luahkan kasih sayang mereka..tak semestinya percakapan je..mungkin juga tingkah laku.. =)

Haaaa..camna Ayu tahu? macam mana Ayu dapat idea tulis ini? dapat daripada lagu Percaya padaku oleh Ungu.. kisah ayah & emak yang ingin sampaikan apa yang bermain difikirannya kepada anak mereka =). Jadi, terhasillah lagu itu.. Ini pendapat Ayu je.. haa..meh tengok liriknya kalau tak percaya..


Lirik Lagu Ungu Percaya Padaku Lyrics

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Haa.. sama tak apa yang Ayu cerita dengan lirik lagu ini? hehe.
Kepada semua anak2 pula... bila mak ayah kita dah besarkan kita, berikan didikan..segalanya cukup..jangan lupa janji pula dengan mereka..bahawa kamu akan menjaga mereka hingga akhir hayat.
Kata dekat mak ayah : Percaya padaku!~ =)
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga..




Saturday, 12 November 2011

Life is toooo shOrt to..? * cOunt On cAtaLyst*

Selamat malam semua...

Bila Ayu buat post sebelum ini..tiba terfikir tentang satu soalan yang Ayu pernah tanya dekat rakan - rakan sekelas Ayu..

                                                                              kawan - kawan kelasku!~


Nak tahu apa soalannya..? Jom baca :

Ayu pernah tanya yang ayatnya lebih kurang begini :

" One fine day..you will be a great cOunseLor (insyaallah)..n one day, a student cOme to you and ask you one question : -
" Sir / teacher... In your opinion.. live is tooooooo short to..?" n "why" answer like that?

Ayu hantar soalan ini dekat semua rakan kelas Ayu, dan sebahagiannya balas, mereka balas dengan pelbagai jawapan, jOm cek ; 

*. Cindy said : Life is too short to regret for what we did~ Because.. regret can't help anything, just we can
    learnt a lesson & then do better.
*. Suhada said : Life is too short to waste! "demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian"
*. Nazifah said : Life is too short to enjoy, so appreciate every moment. Enjoy banyak makna : kalau tafsir
    negatif, negatiflah jadinya. If positif, positif la. Dalam beribadah pun kena enjoy =)
*. Qudry said : Life is too short bcoz there are a long life after death.. so get yourself prepared my dear
    student to face your life after your death.
*. Aisyah said : Life is too short to live. Kehidupan adalah singkat untuk hidup. Kehidupan besar maknanya,
   beribadat, berkeluarga, belajar. Hidup pula kita masih bernyawa. Orang selalu kata antara yang masih hidup
   or mati. Orang tak kata antara kehidupan or mati. So, yang masih hidup ini terus cari keberkatan & bawa
   ke akhirat.
*. Mastura said : Life is too short to make lots of mistakes. So, do kind especially to our parents =)
*. Lela said : Life is too short to do bad things.. kalau asyik buat jahat, bila nak jadi baik? =p
*. Joe said : Life is too short to experience everything in this world, so enjoy each in every second of ur life
*. Rosli said : Life is too short to freedom. Sebab tanpa peraturan yang ada di dunia & akhirat, manusia 
    mudah melakukan apa sahaja yang menyebabkan hidupnya pendek.
*. Aini said : Life is too short to explain, sebab 20 tahun hidup, tapi kalau nak explain life itu apa..tak kan
    explain panjang macam 20 tahun kan..?
*. Norihan said : Life is too short for us to fine an self actualization (kesempurnaan kendiri). sebab : semua
    manusia tak sempurna kecuali Nabi S.A..W  tapi kita boleh berusaha ke arah itu.
*. Hazwani said : Life is too short to be with all da person i Love <3
*. Helmi said : Life is too short to everything.. =)

Ini yang kawan - kawan sekelas Ayu (counselor to be) respon.. =)

Pada Ayu plak.. Life is too short to count how many time we have. Because when Allah said today we die.. we can't say "stop", i'm not ready"!. So try our best to do everything that will make us satisfied and may Allah bless us. =)

Haa..ini komen yang ayu terima bila tanya tentang "Life is too short to?" Tapi ini komen kawan sekelas Ayu..lain orang, lain jawapan dan pandangannya..kan?
Tapi yang pasti hidup ini memang sangat pendek..jadi, kita perlu memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada.


Selamat maju jaya!~ (^-^)

p/s : kepada yang ada pandangan sendiri bolehla leave ur komen here =)