Tuesday, 26 November 2013

Take nOte!~

Assalamualaikum w.b.t.h

Ayu ada soalan nak tanya :
Orang pertama yang mencipta telefon siapa?
Alexander Graham Bell. Haa pandai.

Kalau tanya :
Orang pertama yang tulis Bismillah?
Haa mesti ramai tak tahu jawab, betul tak?! Hehe

Hari ini nak share tentang fakta tentang Islam.
Jadi, mari kita mengenal : Orang Pertama Dalam Islam :

1. Orang pertama yang menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang pertama yang minum air zam-II : Nabi Ismail AS

3. Orang pertama yang berkhatan : Nabi Ibrahim  AS

4. Orang pertama yang diberikan pakaian pada hari Qiamat :  Nabi Ibrahim AS

5. Orang pertama yang dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam AS

6.  Orang pertama yang mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang pertama dalam Islam yang dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad S.A.W

8. Orang pertama yang menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9.  Orang pertama yang menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang pertama yang meletakkan jawatan khalifah Islam : Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang pertama yang menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA

12. Orang pertama yang syahid dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang pertama yang syahid dari kalangan perempuan : Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang pertama yang menulis Hadith di dalam kitab/lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang pertama yang memanah dalam perjuangan fisabilillah :Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang pertama yang menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah RA

17. Orang pertama yang bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang pertama yang membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA

19. Orang pertama yang menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang pertama yang menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang pertama yang beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwalid RA

22. Orang pertama yang mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang pertama yang membina penjara : Ali bin Abi Tholib

24. Orang pertama yang menjadi raja : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang pertama yang membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid Rh.

26. Orang pertama yang mengadakan baitul mal : Umar Al-Khatab RA.

27. Orang pertama yang menghafaz Al-Quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

28. Orang pertama d yang membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'afar Al-Mansur RH.

29. Orang pertama yang digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang pertama yang masuk syurga : Nabi Muhammad SAW

Seorang rakan kongsi dekat Ayu n sekarang : Ayu share pula dengan semua.

Penting ini sebenarnya, jadi mari sama-II mengambil berat!~

Love ALLAH!~

(^_~)

No comments:

Post a Comment