Assalammualaikum w.b.t.h
Ya Allah ampunkan dosa-II ku ya Allah!
Sedihnya rasa hati ini hari ini.
Ya Allah : it's hurt!
Sedihnya, sedih sampai Ayu menangis, menangis kerana marah. Marah yang amat-II sangat.
Ini bukan Ayu, dan ini bukan apa yang Ayu nak!
Ini tentang kerja :
Ayu fikir, bila kerja ini, kira okey la.. Gilak x okey, gaji masyuk kot : RM 1000.00, office hour ; 9 a.m - 5 p.m je. Kerja pun apply sales asisstant je, so macam okey la kan. Jual rumah je punn.. *ni fikir mula-II*
Lagipun duduk dengan mak abah, lunch mesti balik makan, rumah ke Bandar pun tak jauh. Dengn gaji itu n segala-IInya sebenarnya boleh hidup la, tak payah fikir pape dah. Nak gaji degree memang tak kan dapatla. So Ayu bersyukur lah dapat kerja ni.
Mula-II okey je, TAPI lama-kelamaan Ayu rasa macam berat je hati nak pergi kerja, tapi Ayu buat ignore je. Pastu ada beberapa hal yang datang, Ayu diam je. Sampai la Jumaat tiga minggu lepas. Ayu dah tak tahan sangat n tinggikan suara. Sebab benda kecil je, kenapa perlu bising-II kat Ayu n kenapa perlu dibesar-besarkan?
Kemudian cakap dengan abah camni :
"nak resign la, boleh tak?".
Abah kata :
"resign je la, dah bertekak itu, tak best dah."
Pastu cakap lagi kat abah :
"nanti kalau resign, buat masa ni takda apa dah yang nak beli, TAPI tak boleh hulur kat abah mak la kalau tak kerja"
Abah kata :
"tak kisah punn"
Dan Ayu tau abah really means it!
Lama gak nak buat keputusan ni. Yela, takut nyesal kalau salah buat keputusan. Tanya kawan-II, mintak pendapat ramai orang. Buat solat, mintak petunjuk. Tanya pendapat orang yang lebih berpengalaman..
*kredit kat Kimah, Hazimah, Ana, Ina, K. May, K.na, Suraya, Sue, As, Jannah, Thanks kawan-II jadi pendengar yang baik. Big credit kat mak abah yang support je anak dia sorang ni *lap mata*
Lastly, hantar resign letters. Lega sangat.
Jadi dalam hati fikir :
" 2 minggu je Ayu, sabar ya S.A.B.A.R!"
Jadi, orang cakap apa-II Ayu diam je. Buat pekak, buat tak paham, buat bodoh, buat muka tak bersalah, buat blur.. Semua Ayu buat!~
Tapi hari ini Ayu rasa Ayu gagal sangat. Gagal jadi orang yang lebih baik dari 2 minggu lepas. Ayu rasa sangat sedih dan :
Menangis.
Ya! menangis. Perkara yang Ayu tak nak buat.
1st nangis sebab rasa geram, marah sangat. Tu sampai nangis.
2nd nangis sebab rasa bodohnya tak sabar! Mesti syaitan bersorok kemenangan. Bodohnya Ayu.
3rd nangis sebab baca Al-Quran tadi. Ada kalimah Allah n Ayu rasa sedih sangat.
Ya Allah, rasa teruk sebab tak bersabar, ikut perasaan marah =(
Sedih kot..
Dan Ayu tertanya :
Selama tiga bulan ni, apa yang Ayu tak buat?
Selama tiga bulan ni, apa yang Ayu buat salah sangat?
Teruk sangat ke Ayu bila ulang kesilapan yang sama?
Teruk sangat ke Ayu bila kadang-II terlepas pandang sesuatu perkara?
Teruk sangat ke Ayu bila ada perkara yang Ayu lambat faham?
Teruk sangat ke Ayu?
Teruk sangat ke Ayu sampai semua benda yang Ayu buat nak pertikaikan? Semua kesilapan Ayu yang kecil jadi sangat besar? Teruk sangat ke Ayu ni??!
Ayu tak minta pun nak jadi cuai, nak terlepas pandang sesuatu perkara, Ayu tak mintak pun! =(
Kenapa buat macam salah Ayu tu seolah-olah syarikat kerugian jutaan ringgit?
Ayu jadi tak sabar sebab Ayu cuba terangkan duduk perkara tapi orang tak nak dengar!
Semalam, kelmarin, 3 hari lepas Ayu boleh sabar lagi bila Ayu dengar yang banyak benda tak puas hati dengan Ayu, buat spekulasi bukan-II yang Ayu sendiri tak terfikir, Ayu boleh sabar dan gelak lagi.
Tapi hari ni memang Ayu tak sabar!
Semua manusia tak sempurna, tak pernah terlepas dari buat salah. Tapi napa apa yang Ayu buat macam dia tak puas hati je?
Ayu bukan camni, Ayu seorang yang banyak cakap, boleh sembang. Tapi bila ada perkara yang Ayu rasa tak okey, Ayu start diam. Bila diam pun orang persoal. Ayu pn jadi tak paham.
Itu salah, ini tak kena. sangat tak seronok.
Ayu memang tak sempurna. Dan semua orang pun sama.
Bukan Ayu je yang buat salah berulang kali, ramai lagi. Dan semua orang pun pernah buat gak!
Jadi, tolonglah faham. Diam Ayu untuk elakkan sesuatu yang tak elok terjadi. Namun diam tu ada tahapnya. Sabar itu ada hadnya. Dan bila sabar itu sudah sampai tahap yang atas, tak mustahil Ayu akan buat perkara yang diluar jangkaan. Dan memang dah buat pun.. hee
Orang boleh burukkan Ayu, dan Ayu diam. Tapi diam ubi berisi okey.
Ada hari, Ayu balas.
Bukan Ayu nak balas sangat pun. Ayu tak nak cari musuh even seorang pun. Separuh orang pun Ayu tak nak.
Sedangkan Nabi ampunkan umat, siapa lah Ayu ni kan?
Maaf? Ya kemaafan adalah dendam yang terindah. Mungkin itu akan buat orang lagi sakit hati dan jiwanya? Bila melihat kita tersenyum?
Ya Ayu..senyum, sabar. Allah kan ada!
(^_^)
La Tahzan..
ReplyDeletex phm pn hu3
ReplyDeleteSabar.
ReplyDeleteSetiap yg berlaku pasti ada hikmah yg kita x ketahui...