Assalammualaikum w.b.t.h
Hari ini Ayu tak kerja, m.c sangat. *senyum sambil mata ke atas*. Dah tak sihat, nak buat macam mana,kan? hehe
Tapi Alhamdulillah sebab dah lebih sihat. =)
Hari ini juga Ayu buat keputusan untuk resign dari kerja Ayu sekarang. Sebenarnya dah dari minggu lepas lagi nak resign, tapi malam semalam baru buat surat dan hari ini hantar. Kena buat notis 2 minggu..haruuuu~
Kenapa berhenti?
Sebab sedih dengan diri sendiri, mungkin?
Dulu fikir dapat kerja office hour, gaji standard SPM sekarang dah okey sebab duduk dengan mak abah. Yela, tak kan nak demand gaji degree plak kan? Lagi susah nak dapat. Dan, Alhamdulillah dapat.
TETAPI.. semakin lama, semakin Ayu mendalami kerja ini, serius tak kena dengan jiwa. Ayu rasa benda semua simple je, tapi ada perkara yang Ayu tak dapat buat dengan baik. Ayu try gak usaha dan bila Ayu push diri Ayu untuk bekerja dengan lebih kuat, tetap gak Ayu sendiri rasakan prestasi kerja Ayu tetap level sama.
YA, betul orang kata minat boleh pupuk. Tapi selama tiga bulan Ayu kerja ni, makin Ayu rasa sales&marketing; bidang pengkeranian ni bukan bidang Ayu la. Tambah-II Ayu kerja dekat syarikat perumahan. Lagi la tanggungjawab besar. Dan Ayu macam tak menyumbang apa-II pun untuk syarikat, so Ayu fikir ini bukan bidang Ayu..baik Ayu undur diri n bagi peluang itu dekat orang yang selayaknya.
Mula-II takut, risau nak berhenti. Sebab fikir macam ni :
"kalau berhenti nanti, kalau tak dapat kerja yang lebih baik dari ni, gaji macam ni, masa bekerja macam ni macam mana?"
Lepas itu, teringat abang ice-blended Mosha sebelah ni ada cerita.
Kawan dia kerja kapal. 2 minggu kerja dan 2 minggu cuti. Kawan dia luahkan la, memang la 2 minggu kerja, pastu boleh tengok anak selama 2 minggu, tapi yela..macam tak best. N dia suarakan nak berhenti.. Kawan-II yang lain semua kata rugi kalau dia berhenti, gaji ok, cuti pun ok.
Lepas tu dia tanya pendapat abang Mosha ni n abg tu tanya, "seronok tak kerja?".
Dia kata "tak."
Abg Mosha tu kta "kalau tak seronok, hati tak tenang, berkat rezeki tu kurang lah."
Dan akhirnya kawan dia berhenti.
Sekali pandang : rugi wooo. Tapi dia je tau apa yang dia buat, kan?
Bila tanya kat abah soalan yang difikiran, abah jawab simple je :
" Tak percaya dengan Allah ke?"
Sentap gak la!
"Aah..kenapa nak pertikaikan apa yang dah kita buat? Setiap perkara ada je jawapannya."
Bila ingat balik, dulu kerja gak cam Tutti Frutti.. lepas tu rasa menyesal berhenti. Tapi fikir-II balik, ala lepas itu dapat gak kerja lain, kan? Napa nak risau sangat?
Mungkin apa yang Ayu dapat akan lebih kurang dari sekarang, tapi mana tahu Ayu lagi tenang dan bahagia?
Mungkin juga Ayu dapat lebih kurang, dan semakin tak okey dari ini, tapi Allah kan uji hambaNya dengan kemampuan hambaNya?" Jadi, mengapa risau? =)
Mungkin juga ada sesuatu yang lebih baik dari ini?
Segalanya mungkin, kan?
Jadi, yakin je dengan apa yang dah buat.
Tak mustahil Ayu akan menyesal dengan tindakan Ayu :
TAPI Ayu tahu yang setiap hari ada je peluang n ruang Allah bagi untuk hamba-II Nya berusaha, beribadat ; menjadi khalifah yang lebih baik, kan?
Lepas itu, Ayu pun terfikir " napa nak fikir sangat pasal resign ni? Bukannya ini je ada kerja kat Jengka ni n bukannya nak kerja ni selamanya, kan?"
Sebab risau tak tahu posting bila? Ada je kawan-II yang tak kerja n rileks je.
Hari tu ada sembang dgn sorang member, dia kta dia dapat rm200 je elaun sebulan. Dia kata kalau kita fikir cukup, cukup je. Tapi kalau gaji banyak mana pun, kalau kita rasa tak cukup, memang tak cukup.
Setuju! betul tu.
Jadi, bersederhana Nurul Hidayu.
Kena doa banyak-II untuk dapat job yang Ayu, Ina n Ana apply sebab itu membantu dekatkan diri dengan Allah, in sha Allah. Walaupun hanya 2 minggu, tapi mungkin itu lebih baik untuk permulaan tahun baru ni, kan? =)
Asyik sibuk kejar dunia je, apa kata sekali sekali cari rezeki yang dekatkan kita dengan Allah n akhirat pula, kan?
Mana tahu boleh berubah jadi lebih baik?
Kalau bukan dari pakaian, mungkin tutur kata, atau mungkin hati dan pemikiran?
Allah know BETTER!~
Jangan pertikaikan lagi keputusan ini, Nurul Hidayu binti Mohammad.
Ada je ruang, peluang untuk lebih berjaya & bahgia dunia akhirat, in sha Allah
(^_^)
No comments:
Post a Comment