Thursday, 14 November 2013

Jangan pertikaikan sesuatu keputusan!~

Assalammualaikum w.b.t.h

Hari ini Ayu tak kerja, m.c sangat. *senyum sambil mata ke atas*. Dah tak sihat, nak buat macam mana,kan? hehe

Tapi Alhamdulillah sebab dah lebih sihat. =)

Hari ini juga Ayu buat keputusan untuk resign dari kerja Ayu sekarang. Sebenarnya dah dari minggu lepas lagi nak resign, tapi malam semalam baru buat surat dan hari ini hantar. Kena buat notis 2 minggu..haruuuu~

Kenapa berhenti?

Sebab sedih dengan diri sendiri, mungkin?
Dulu fikir dapat kerja office hour, gaji standard SPM sekarang dah okey sebab duduk dengan mak abah. Yela, tak kan nak demand gaji degree plak kan? Lagi susah nak dapat. Dan, Alhamdulillah dapat.

TETAPI.. semakin lama, semakin Ayu mendalami kerja ini, serius tak kena dengan jiwa. Ayu rasa benda semua simple je, tapi ada perkara yang Ayu tak dapat buat dengan baik. Ayu try gak usaha dan bila Ayu push diri Ayu untuk bekerja dengan lebih kuat, tetap gak Ayu sendiri rasakan prestasi kerja Ayu tetap level sama.

YA, betul orang kata minat boleh pupuk. Tapi selama tiga bulan Ayu kerja ni, makin Ayu rasa sales&marketing; bidang pengkeranian ni bukan bidang Ayu la. Tambah-II Ayu kerja dekat syarikat perumahan. Lagi la tanggungjawab besar. Dan Ayu macam tak menyumbang apa-II pun untuk syarikat, so Ayu fikir ini bukan bidang Ayu..baik Ayu undur diri n bagi peluang itu dekat orang yang selayaknya.

Mula-II takut, risau nak berhenti. Sebab fikir macam ni :
"kalau berhenti nanti, kalau tak dapat kerja yang lebih baik dari ni, gaji macam ni, masa bekerja macam ni macam mana?"

Lepas itu, teringat abang ice-blended Mosha sebelah ni ada cerita.
Kawan dia kerja kapal. 2 minggu kerja dan 2 minggu cuti. Kawan dia luahkan la, memang la 2 minggu kerja, pastu boleh tengok anak selama 2 minggu, tapi yela..macam tak best. N dia suarakan nak berhenti.. Kawan-II yang lain semua kata rugi kalau dia berhenti, gaji ok, cuti pun ok.

Lepas tu dia tanya pendapat abang Mosha ni n abg tu tanya, "seronok tak kerja?".
 Dia kata "tak."
 Abg Mosha tu kta "kalau tak seronok, hati tak tenang, berkat rezeki tu kurang lah."
Dan akhirnya kawan dia berhenti.
Sekali pandang : rugi wooo. Tapi dia je tau apa yang dia buat, kan?

Bila tanya kat abah soalan yang difikiran, abah jawab simple je :
" Tak percaya dengan Allah ke?"

Sentap gak la!
"Aah..kenapa nak pertikaikan apa yang dah kita buat? Setiap perkara ada je jawapannya."

Bila ingat balik, dulu kerja gak cam Tutti Frutti.. lepas tu rasa menyesal berhenti. Tapi fikir-II balik, ala lepas itu dapat gak kerja lain, kan? Napa nak risau sangat?

Mungkin apa yang Ayu dapat akan lebih kurang dari sekarang, tapi mana tahu Ayu lagi tenang dan bahagia?
Mungkin juga Ayu dapat lebih kurang, dan semakin tak okey dari ini, tapi Allah kan uji hambaNya dengan kemampuan hambaNya?" Jadi, mengapa risau? =)
Mungkin juga ada sesuatu yang lebih baik dari ini?

Segalanya mungkin, kan?

Jadi, yakin je dengan apa yang dah buat.
Tak mustahil Ayu akan menyesal dengan tindakan Ayu :
TAPI Ayu tahu yang setiap hari ada je peluang n ruang Allah bagi untuk hamba-II Nya berusaha, beribadat ; menjadi khalifah yang lebih baik, kan?

Lepas itu, Ayu pun terfikir " napa nak fikir sangat pasal resign ni? Bukannya ini je ada kerja kat Jengka ni n bukannya nak kerja ni selamanya, kan?"

Sebab risau tak tahu posting bila? Ada je kawan-II yang tak kerja n rileks je.

Hari tu ada sembang dgn sorang member, dia kta dia dapat rm200 je elaun sebulan. Dia kata kalau kita fikir cukup, cukup je. Tapi kalau gaji banyak mana pun, kalau kita rasa tak cukup, memang tak cukup.
Setuju! betul tu.

Jadi, bersederhana Nurul Hidayu.

Kena doa banyak-II untuk dapat job yang Ayu, Ina n Ana apply sebab itu membantu dekatkan diri dengan Allah, in sha Allah. Walaupun hanya 2 minggu, tapi mungkin itu lebih baik untuk permulaan tahun baru ni, kan? =)
Asyik sibuk kejar dunia je, apa kata sekali sekali cari rezeki yang dekatkan kita dengan Allah n akhirat pula, kan?
Mana tahu boleh berubah jadi lebih baik?
Kalau bukan dari pakaian, mungkin tutur kata, atau mungkin hati dan pemikiran?

Allah know BETTER!~



Jangan pertikaikan lagi keputusan ini, Nurul Hidayu binti Mohammad.
Ada je ruang, peluang untuk lebih berjaya & bahgia dunia akhirat, in sha Allah

(^_^)


Saturday, 9 November 2013

Part Time Job Available?

Assalammualaikum w.b.t.h..

Hari ni rasa penatnyaa..bkn hari ni la, minggu ni rasa penat sangatttttttttttttt. Sabar je la..huaaaa. *Eh tak baik merungut.. Astagfirullah..

Lepas itu, terfikir sesuatu :

Ok, makluman kepada semua pemilik kedai-II / premis / hotel / pasaraya dan sewaktu dengannya yang berada di kawasan sekitar Bandar Jengka, seandainya pihak encik / cik / tuan / puan memerlukan seorang pekerja Part Time : saya ADA!~

Yela..dekat Bandar Jengka ini banyak je iklan jawatan kosong; kerja kedai kasut, kerja kedai melibatkan customer services, kedai buku, kedai jual pakaian, TAPI macam tak ada orang yang nak apply je.
Jadi, Ayu Come up with ONE GOOD solution : satu penyelesaian yang agak baik, dan berkonsepkan "win-II situation" ; menang-menang situasi.

 Haa..sebagai tambahan, Kadang-II peniaga ini ada pekerja, tapi tak cukup.. susahlah mereka nak cuti ke kalau ada hal kecemasan atau sakit demam, jadi itu lah sebabnya Ayu meng'offer diri Ayu untuk membantu pemilik-II kedai ini.. hehe.

Dalam erti kata lain, saya tolong awak; awak tolong saya. Saya tolong awak jaga kedai, uruskan bisness ke dan sewaktu yang sewajarnya yang kedua-dua pihak setuju, dan sebagai balasan, awak bagi upah.

Haa ok tak idea Ayu ini. Memang nampak susah, sebab yela part-time je kan, takut nak ajar Ayu itu ini, takut tak boleh buat, takut tak boleh percaya,kan?  Ala tapi Ayu kan pembantu untuk memudahkan urusan pada hari kejadian? Jadi, apa yang perlu Ayu buat, Ayu buat. Yang rasa boleh hold dan tunggu pekerja tetap buat, tak mengapa la..

Ok tak ye apa yang Ayu nak buat ni? Macam merepek je kan? Tapi berdasarkan pemerhatian Ayu, baiklah encik / cik / tuan / puan ambil saya bekerja kalau urgent atau memang memerlukan.. dari dilanda lagi bermacam masalah ke?

Mesti ada yang kata merepek, tapi tak cuba tak tahu, kan?

ALLAH kan ada.. In sha Allah, Allah bantu hamba-hambaNya. Tambahan ini dikira satu usaha juga kan? =)

Sunday, 22 September 2013

Hari Jubah Ayu!~

Bismillahirahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.h!

Hai semua, sihat ke..?

Haa.. baca title post Ayu ni.. Alhamdulillah..sedar tak sedar dah EMPAT tahun Ayu belajar : degree : dan Alhamdulillah dah habis sudah belajar. Dan Ayu dah pun konvo pada tarikh 12/09/2013 yang lepas. Baruuuu je lagi.


Hehe : nak tunjuk beg tu sebenarnya : Istiadat Konvokesyen ke-15.. Ayu la tuuuu huhu

Bila sembang dengan mak cik-pak cik dekat Jengka ni a.k.a kawan-II mak abah,
Bila mereka tanya  : "belajar lagi ke?"
Dan bila Ayu jawab : "habis dah belajar (sambil senyum wt muka comel haha)"
Mak cik-pak cik tu akan cakap camni : "Eh yeke? cepatnya habis ya. Dah 4 tahun dah..tak sedar pun yaaa..

Mak cik-pak cik ni.. bukannya mak cik pak cik mak abah Ayu..bukannya hari-II tengok Ayu, tu yang tak sedar dah 4 tahun dah! Kalau lalu sebelah pun mereka kadang-II tak perasan Ayu..mana lah nak sedar memang 4 tahun dah Ayu belajar hohoho..

Tapi betul la.. 4 tahun dah pun.. EMPAT tahun, EMPAT tahun (tiru iklan tv yang budak kecik tu hihihi!~)

Jadi..di kesempatan ini..

Ya Allah..hambaMu ni bersyukur sangat sebab memberikan rahmat yang tak terhingga kat Ayu walaupun yelah.. Ayu manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Yang kadangkala bila senang lupa kat Pencipta namun DIA tak pernah lupa dekat Ayu. Ya Allah..ampunkan dosaku!



Terima kasih dekat mak+ abah dan keluarga. Terima kasih sangat sebab mak+abah penyumbang terbesar dalam kejayaaan Ayu. Kejayaan la sangat..haha tapi yela..kira berjaya la ni. Bukan senang nak dapat 1st class kan? =)



 Ayu suka sangat gambar ni sebabnya  bukan senang bagi sesetengah parents buat macma ni kat anak mereka kan? Dan Ayu kira bertuah laaa. Dan bertuahnya Ayu menyebabkan kakak Ayu a.k.a Kak May jeles. Dia nak wat gak masa konvo dia nanti. Ayu akan pastikan dia tak sempat buat camni huahuahua (maaf! saya memang nakal =p)

Haa terima kasih juga dekat Nazeef! Eh bukan, dekat mama n babah Nazeef ( Kak May + Abg Shakir) sebab sentiasa suport Ayu huhuhu. Terima kasih juga kat semua akak, abg n anak sedara yang mewarnakan kehidupan Ayu.. Escpecially Wawa + Minin + Haziq la.. Oh rindu kalian!~

 Betul : my family my love buat masa ni. Walaupun kak long+abg long+haziq je yang ada..rasa syukur sangat sebab atleast ada gak yang hadir!

Haa lupa plak :


Ayu dapat 1 je bunga dari family, tak macam orang lain. Tapi Ayu tahu.. bunga ni bukan kak long je yang bagi,..semua abang+kakak Ayu ada share dalam ni.. Ini yang Ayu sayangggggg mereka sangat nih! Kak long kata nak beli yang ada bear.. TAPI dia tahu, mak tidak akan bagi... Nanti mak bebel, habis Ayu sekali kena hahaha..

Kawan-II : Bagi Ayu, kawan memainkan peranan yang penting gak. Tak kira la kawan masa Ayu kecik ke besar ke.. tapi :
                                  Terima kasih anda!~

Siapa anda? Anda lah.. kawan Ayu : kawan yang ada susah senang. Kawan yang sentiasa ada! Terima kasih yoooooooo =p.


 Haa ni salah 1 kawan-II a.k.a sahabat! Ayu sayang mereka kot. Sayang Lillahitaala. Sebab bila Ayu susah ke senang kat Upsi tu, paling tak..mesti ada sorang yang akan ada kat Ayu... =)

Kawan-II waktu sekolah rendah : cHeq Jannah, E-1, Wan, Lily, Mizah,Sue, Amir.. ramai lagi laaa. Sayang tak dpt shoot dgn mereka.. Tapi Ayu fhm mrka bz =)
Kawan-II Ma'ahad juga..hohoho.. terima kasih tauuuuuuuuuuu!

Terima kasih U.P.S.I sebab terima Ayu.

Ok..let's Ayu upload sedikit picture start dari pre-convo shooting hingga lah hari bersejarah itu hehe :



p/s : buat nakal, ambik bunga mak yang kak long gubah! hahaha


p/s : anak FELDA..tu yang asyik tangkap gambar kat pokok kelapa sawit tu hahaha!~ =p


patut pict atas ni untuk pict cm kawin kan..? tapi ada Ayu kesah? =p


Tengok bunga tu : cantik, kan? elok je posisinya hehe =)

Ini Ayu punya photograper la ni suruh baling-II bunga..lalala!~ 


Ini gambar candid ngeh3



Ini nampak sangat editnya kan? hahaha tapi okey pe : smart tak posisi n topi Ayu? hohoho




bunga ku terbang indah lalalala!~


Cik mizah yang comel! (mizah : x boleh besarkan, nampak muka x cute) hahaha


Ayu sangat suka pict dengan Cik Mizah yang ni =p 



Haa : inilah photograper Ayu a.k.a kawan Mizah : Tapi sekarang kira kawan Ayu gak la. Thanks tau kamuuuuuuu!
p/s : sweet tak pict ni? tengok org yg ambiknya la =p hahahaha


   Erm.. Sue+ As : maaf! Mereka yang nak shooting sangat, Ayu yang dapat ngeh3.. =p



Ayu ikut muka abah lebih huhu


k.May setuju bila Ayu kata dah sama besar dengan kak long. Padahal baju ni haaa yang besar =p

 Ana : kawan baik a.k.a kawan gosip! haha


Kiri kanan Ayu kawan baik dari sem 1. Cik Yaya comel housie yang sporting masa last sem. Cik Ina : even awak takda dalam pict : awak ada je dalam hati, jangan risau k baby? =)




 Ecah kata camni bila tengok pict ni : "cantik!. mak su nampak kurus!~ lalalalala =p
 Btw : Ayu dapat bunga! Bunga dari orang jengka gak..ngeh3

Thanks Fitri. sapa Fitri? Haa ni diaaaa :



B4 balik dia kata doakan dia dpt masuk U.. (budak kecik sorang ni lepasan STPM..)

N bila pergi cari dia kat Book Station kat Jengka ni, kawan sekerja dia kta dia dah berhenti sebab masuk UPM. Tahniah kamu! Mungkin berkat pakai jubah konvo akak a.k.a Cikgu Ayu tak? Haha perasan Ayu ni =p

Bila Asma kata : kadang-II pelik camna Ayu boleh jadi kaunselor..

N Ayu pun nak cakap gak : Aah Asma, aku pun pelik wehhhhhhh.
Tapi satu perkara yang Ayu tahu ; Allah pilih Ayu untuk galas tanggungjawab ni.. in sha Allah Ayu akan cuba sedaya upaya untuk bantu pelajar!~

Haaa cakap pasal Asma :


Thanks lalink-II ku sebab bagi adiah bagai ni. Thanks Soya, Asma, Ekin, Zati, Janaah : Terharu kot utk kek tu.
Kalau kawan-II nak tahu.. Ayu teka je hadiahnya Doraemon..skali betul.
Dari dulu Ayu dapat doraemon hailaaa
Bukan Ayu tak matang, kawan-II Ayu pun menyokong kegemaran Ayu ni..nak wat camna, kan?
p/s : Korang : Doraemon ni debab! gerammmmmmmmmmmm hahahahaha

Ini sedikit sebanyak tentang Hari Jubah Ayu

Alhamdulillah diberi keizinan utk menulis. Bukan untuk riak bagai, utk share sahaja.

Ayu kan Ayu.. tetap Ayu dulu,kini dan selamanya

(^_^)

Monday, 12 August 2013

Sakit Menghilangkan Sakit!~

Bismilahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum w.b.t.h

Hai semua.. ceh macam ramai je yang baca ni..

Nak tahu sOmething tak..?

Ermm..bulan ramadan aritu Ayu ada dOa something n rasanya dOa tu Allah dah jawab malam tadi.

Malam tadi Ayu dapat jawapan doa tu  n serentak itu.. Ayu pun dapat sakit gak.

Sakit fizikal dah memang sakit, kan? Pastu ditambah plak dengan sakit dihati..

Sakit kah hati ini? Entahlaa.. Ada la sakit sikit kot.. dalam 25%, 75% lagi more kepada rasa yang lega sangat. Even sedih, kecewa..TAPI lega lah..sekurang-II kurangnya kita tahu apa perlu kita buat.
Sakit tu macam analoginya :
Kita nak topup..tapi waktu tu dah malam.. kita memang nak sangat topup sebab kita nak guna sangat time tu. Apa kita rasa bila tak dapat? sedih kan? kecewa kan? pastu kita pun tido dalam keadaan sedih..n bila kita sedar esoknya.. sebenarnya kita tak perlu pun sedih..sebab ada benda yang kadang-II kita fikir kita sangat perlukan, tapi sebenarnya kita boleh je hold. Camtu la Ayu rasa...

Nangis? Entahla.. Alhamdulillah setakat ini tak nangis lagi la disebabkan perkara remeh-temeh..huhu.. So, kira okey la..ecece...

Sakit tu orang kata menghapuskan dosa-II kecil,kan? mungkin Ayu sakit malam semalam tu untuk menghapuskan apa yang AYu rasa dihati. Sebab tu Ayu sakit! Supaya hati ini bertambah okey.
Apa yang pasti..hilang je sakit tadi..hilang gak sakit kat hati..
Redha : itu penting kan.,.?
Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui!

So sekarang :
Wake up Nurul Hidayu..
Life must go on..!
Take a deep breath n move forward! =)

Semalam Ayu dapat kata-II ni :
"Jangan berharap lebih, semakin tinggi harapan, semakin sakit jatuhnya!
Emas TAK AKAN sama dengan loyang,
Sutera TAK AKAN sama dengan benang! "
cc : Di Bawah Lindungan Kaabah :

Alhamdulillah untuk rasa sakit ini!

p/s : Cik Cahaya, Haslina : once again : hurt.
     : Ekin : kena guna tips anda nih!

Speechless

(^_^)

Sunday, 11 August 2013

I'm ONLY 23!~

Bismillahirahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.h..

Hai semua : selamat hari raya Aidilfitri!

Alhamdulillah..1 lagi raya dilalui dengan pelbagai perasaan : happy + kalut + geram + blurrr.. semua ada.. hohohoho.

Kenapa rasa macam tu? haa ni salah satunya : meh Ayu nak cerita.

Perkara ini start sejak masuk sem8 lagi. Sejak jadi rumate Cik Dayah haha..
Sebab dia pernah kata : dah 23 tahun TAPI still single.. n benda tu HOT TOPIC gak la dulu..
Pastu..bila bz buat thesis, perkara tu lama kelamaan senyap je.. n sebagai bakal kaunselor.. perasaan itu dah neutral..macam okey je : nOthing.! ceh ayat..hah-ha.

Sehingggaaaaalah bulan puasa baru-II ini apabila start kerja dekat Pejabat Felda kat sini.
Yela, habis blajar, duduk rumah je.. mana la ada orang nak bising-II kan.. bila kerja.. haaa ramai plak yang "caring" kat Ayu kan..huhu. Tetiba terasa diriku begitu berharga *buat muka comel+senyum* hahahah.
Tu timbul semula isu ini. Dan bertambah timbul sejak raya ini laa hailaaaaaa!~

Pernah la 1day tu bos Ayu sembang dengan Ayu + sorang staf kalau tak silap.. pastu dia tanya : awak single lagi kan Ayu?"
Ayu ia kan je la n kata : "takda orang nak"
Pastu ada ke patut dia kata Ayu memilih.. sampai hati!sob3.. haha.
Pastu 2nd bos plak tanya nama penuh aritu.. ingat nak buat apa.. dah siap tanya nama penuh : sibukla la menanya status nya : dengan confident Ayu jawab : single! keh3..

Dan staf kat pejabat tu saja je buat orang geram kan.. mentang-II lah hampir semua dah kahwin,.. n semuanya lelaki plak tu.. saja je nak sakat Ayu.. stress kejap! huhu.

Nak dibuat cerita.. aritu ada berbuka puasa dengan staf..
Bila pandang anak staf tu..bos sibuk kata : "tu la, tak nak kawin...dah tengok je". dia cakap macam dia dah kahwin je..apa la bosssssss! haha
Pastu mereka sibuk gak la bertanya banyak kali n berkata benda yang buat hati ni geram.. n jawapan Ayu : baru 23 kot..tunggu la..kumpul harta dulu.
2nd bos Ayu kata : nak kumpul harta sampai bila? Lelaki takpe la kawin lambat..makin tinggi aset. Ceh! Ntahpape betul la. Bila ayat tu macam tak sedap je didengar di telinga ini..
Ayu pun dengan pantasnya berkata : tak kisah lah dengan sesiapa..asal tak menyakit hati!". pastu mula la touching..hailaaaaaaa bos! hahaha..
* At da end : mereka kata Ayu memilih.. memilihkah?

Pastu sebelum raya ni abah mak sibuk la kata anak-anak beraya kejap la, lama la,.. itu lah, ini lah.. n abah kata cari orang jauh : senang! Raya ni kalau balik sini, balik sini je. Takda pk nak balik sblh sana.. Dia pesan gitu sebab anak dia sorang ni je tak kawin lagi..n anak yang lain kawin dekat-II la gak kiranya..huhu.
Nak je cakap : "abah : orang Taiping okey tak..?" Waaaaaaaa bila dia kata okey kang..mana plak nak carinya..haruuuu nanti! hahahaah..
Bila cerita kat akak-II, mereka tak setuju sebab mereka kata dekat la senang, balik dua-II rumah.. huh macam-II..n Ayu? tak pikir punnnn..ececece

Pastu raya pertama baru ni jiran sebelah ini kata camni :
"Ayu, orang kata kalau masak masin, nak kahwin. Ni, buat air manis ni..kira sama gak la.."
Pastu Ayu kata mana ada.. Pastu mereka sibuk la kata orang yang buat air ni berdarah manis.. hailaaaa. tak lah jiranku oiii! hoho.

Masa raya kedua tu plak saja ngada pakai inai kat tapak tangan..yela..kat jari tak boleh pakai, kan? haram kan? Tak percaya tanya cik google huhu...
Pastu kawan abah datang. Cakaplah kat mak cik tu.. "bukan  tak nak salam, tangan ada inai."
Pak cik tu kata : "orang selalu pakai inai ni nak kawin je".
Abah kata : "Dia nak je kawin, orang tak nak kat dia"
Sampai ati abah kata camtu! hahaha

Pastu g raya pun sibuk gak lah dengar kawan tu nak kahwin, kawan ni nak tunang, kawan ni ada anak..hermmm... jeles gak! huhu..
Pastu sibuk la mereka tanya sebab kata update status itu ini, upload pict bagai..
Tak sangka plak update,upload ni boleh buat orang pk bukan-II ek! hahaha..
Bila jawab single : mereka pun kata saya memilih!

MEMILIH KAH?

Tak! Ayu takda la memilih sangat pun..tapi tipulah kalau takda ciri-II lelaki idaman. Ada gak la list nak camtu camni..berjela gak la list tu sebenarnya hahaaha.. Tak lah, gurau je.

Ntahlaa...bukan masa yang tepat kot.
Untuk pengetahuan semua :

Ayu sekarang tengah pk nak la ada harta sikit.. atleast ada kereta dulu, emas seurat dua dulu ecece.. adalah simpanan sikit..biarlah dah posting dulu ke.. Senang la sikit..
Herm ntahlaaaa.. Ayu tak memilih!
Eh tapi yeke? tadi terfikir gak : Mizah kata tadi suka lelaki yang bila kita duduk dalam kereta n bila dia nak kluar suruh kita kunci kereta sebab nampak caring.. Haa terfikir gak : oh nak cari laki yang bila naik kereta dengan dia rasa selamat je : sebab dia baca doa kuat.. 1 kereta boleh dgr..!~ haaa.. ada ke? haha.

Pastu ingat lagi bila makan masa kat U dulu.. budakni suka suruh habiskan, sebab orang last habiskan makanan kan dapat suami soleh..n Ayu selalu tambah "soleh+handsome"
Pastu diorang mesti kata : "tak habis-II"..
Handsome tu penting tau sebab Ayu biasa-II je.. atleast handsome+sweet dimata Ayu huhu..

Ntahlaaaa : Ayu baru 23 kot.. memang la ramai dah berpunya, dah ada anak bagai.. TAPI  bukan Ayu kot *tetiba rasa sedih* konon! huhu.
Bukan Ayu kot sebab banyak benda nak fikir.. kalau Ayu nak kahwin pun : mana calonnya. Haa tu 1 dah. takda orang nak..sob3.. takla..
Sebenarnya masa tak sesuai dan orangnya tak tepat. When I found someone right at the right time.. in sha Allah okey je...betul tak?

Lagipun..banyak benda la nak kena fikir.. kerja lagi, kereta lagi.. mungkin setengah orang tak fikir tapi Ayu pk..senang nanti nak g mana-II.. tak payah asyik nak harapkan orang je. huhu
Walaupun kadang-II bila malas nak drive, merempit tu datang..mula la pk : "untungnya kalau ada bf dekat, boleh sruh dia drive je" untunglaaaaaaa kalau ada. Tapi untung berkali ganda kalau takda kot! buat masa sekarang la hehe..

Pastu pk mak abah lagi.. biarlah AYu balas jasa abah mak dulu (full stop.titik)

Mana nak pk anak-II sedara lagi..tak kerja ni pun sibuk la msg, call mtk hadiah bsday la, hadiah exam la.. nnti dah kerja lagi tinggi demand budak-II ni *dah dapat bayangkan dah* haha..

Esok lusa kawan baik ramai nak kawin, tunang,.. Ayu je tak. Tapi nasib baik gak la ada Ekin, Asma n Soya..even Soya tak berapa betul haha.. Nasib baik status mrka sama je dgn Ayu haha. N cik cahaya pun begitu.. As, Mizah, Sue pun begitu.. so kira okey lagi la.. Kawan-II yang rapat pun status sama je..ada gak la teman nak meluah rasa..ececece kah3..

Buat masa ni.. tak nak fikir lagi.. tapi kalau dah jodoh, siapa Ayu nak menolak..kan? =)

Tapi bukan Ayu kot nak kahwin sekarang..nanti-II lah..

1 perkara Ayu belajar : kalau orang tanya status jawab camni : Saya Y.S.H!~
Ayu nak buat muka confident+senyum cakap : Young, Single n Happy!
Memanglah life kita ni bukan 24jam happy..tapi bersyukur dengan apa yang Ayu ada sekarang.
Alhamdulillah =). Kawan-II yang lain pun boleh nak tiru ayat tu huhu. Bila jawab gtu nantu, mesti orang dah tak sibuk nak tanya lagi sebab even single tapi apy lalalaal!~ =p

Akhir kata :
Kawan-II, sedara-mara, jiran tetangga. pak cik, mak cik, Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri,Haji, Hajah haha :
 Janganlah tanya dah.. sebab Ayu tak nak kahwin sekarang. calon pun takda. Tak tahu lah kalau esok lusa ada. TAPI saat ni, detik ni..tak payahlah nak tanya Ayu dah.. banyak lagi benda nak pk..

Tanyalah sebulan ke setahun lagi ke ye!~


Sampai masa ada lah : doakan yang terbaik untuk Ayu n untuk anda juga. Semoga jodoh membawa ke syurga =)




Thursday, 25 July 2013

Setengah tahun 2013

Assalammualaikum...

Alhamdulillah..

Akhirnya saya menaip juga..eh saya plak. Ayu. hehe.

Semalam ada la usha entry lama..dan rasa cam boleh tarik nafas lega la, sebab apa yang dihajati masa awal tahun ni..
Alhamdulillah sangat banyak yang di achive!~ =).

Haa ni link utk post tu :

http://seindahbiasadiriku.blogspot.com/2013_01_01_archive.html

Bila cakap nak jadi lebih positif : bersyukur sangat sebab semakin hari macam semakin bahgia even ada masalah yang mendatang, even stress macam mana pun.. rileksss je...ecece.. rileks sangat haha. Apa yang Ayu blajar la sepanjang 6-7bulan ini.. even kita rasa down sangat hari ini, kita mesti fikir yang hari ini lebih baik dari semalam.. sebab kalau kita fikir lebih buruk dari semalam.. teruk la kita.. Setiap yang berlaku kan ada hikmah!~ =)

Ehem : Ayu juga mengisytiharkan Ayu dah break dengan Mr.T Ayu!
Pelbagai rasa ada : sedih, gembira, lega... mana tak lega+ apy bila tak stress dah. Tapi sedih gak. Bila dah break dengan En.Thesis ni maknanya semester pun dah habis. Ayu bukan lagi final year kakak *copy nama Shu kat Twitter* tetiba sedih plak..rindu nak blajar!~hehehe..

Rasanya hampir semua wish Ayu tercapai laaa..
"Kejar cita-II sebelum cinta.. Haa ni je yang hanging lagi..
Nak sedap hati buatla ayat camni : orang sekarang pandang yang cantik je, Ayu kan biasa-II saja, sapa nak pandang? cehhhh!~
Sebenarnya sedar yang cita-II Ayu banyak lagi tak tercapai..so rilekssss dulu la.!~ =)

Lepas tu fikir-II balik Ayu kira beruntung la..
PTPTN lkhamdulillah tukar jadi biasiswa : In Sha Allah.. =)
Lepas tu tiap tahun dapat dermasiswa zakat Pahang.. banyak gak la sebab ada je benda yang Ayu beli..
First dermasiswa : kamera
Second : Handset
Third : Kereta..
* Kereta ini macam tak percaya huhu.. Alhamdulillah la..even bukan kereta baru, tapi atleast boleh cakap kat diri sendiri : hey...awak blajar n awak mampu beli sesuatu..so bersyukur! Tapi jangan riak =).
Fourth : haaa tak guna lagi..tapi ingat nak bawa kanak-II kesayangan Ayu tengok gajah laaa..
Nak pergi dengan bf takda plak huhu..

Yang paling Ayu sedar lah.. sedih macam mana pun.. ngadu kat Allah je. In Sha Allah ada jalannya.. Haa lagi satu..kena reda je.. macam baru ni redha je topup hilang RM!0.. tapi last-II jumpa balik. Mungkin Allah nak uji tahap kesabaran Ayu. =)

Tapi tipulah kalau sentiasa boleh bersabar. Tapi kalau kita selalu biasakan, In Sha Allah kita boleh didik diri kita jadi penyabar.

Thanks Ya Allah.. mendengar doa hambaMu ini : Alhamdulillah : =)

Jumpa lagi di entry akan datang

Wassalam..

(^_^)


Wednesday, 10 July 2013

Assalamualaikum CINTA!~

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.h.

Alhamdulillah... ramadan tiba lagi.





Haa..betul la kan ayat ni?

So..bulan ni jom berlumba-II tingkatkan amalan kebaikan.

Sebab itu entry dia begitu :

Assalammualaikum cinta. cinta means CINTA ALLAH!

Dan disebabkan itu.. teringat dekat novel "Contengan Jalanan". Thanks Hlovate. Ayu berjaya buat checklist sendiri.. Checklist??? :


Tadi pagi sempat la buat satu perkara.

 Nak tahu apa?

Ni dia :




Macam tak jelas sangat,kan? sebab print screen saja..hehe
p/s : klu nak..pm ayu k? =)

Em..tadi tunjuk kat abah draftnya... pastu abah tengok n kata abah kan dah buat qiam ni..korang yang tak nak join...

Pastu buat muka tak bersalah sengih..

Ok lepas ni In Sha Allah join, ok abah? hehe..

Tak pasti la boleh buat semua ni tak, TAPI setiap perkara itu perlukan usaha, kan? Jadi.. selagi boleh.. Ayu try..

Sebab terkesan juga dengan Ibnu Mas'ud kata :

        " Tiada yang aku kesalkan dalam sehari ketika terbenam matahari selain daripada umur aku menjadi
          pendek, sedangkan amalan aku tidak bertambah".

Risau gak..sebab baru ni jerebu. Dan bila jerebu, teringat apa Dayah kata : dunia akhir zaman ni. Haa.. even masa cakap dengan dia buat rileks cakap : ini kan tanda kiamat kecil, belum besar. Padahal dalam hati..padahal hari-II fikir.
Tul la, fikir je, tapi tak berubah.. herm..teruk kan? Astaghfirullahalazimmmmmm!

Tadi pergi bandar.. baru sehari puasa kot.. pasaraya tu dah pasang lagu raya, dah sibuk buat promote tentang Hari Raya. Kadang-II terfikir gak aap yang Hlovate tulis :

kat Malaysia ni..orang macam lebih-II sangat nak sambut Hari Raya, tapi amalan di bulan Ramadan kurang. Eh betul ke ek novel tu tulis camni? hehe..lebih kurang la..

Selagi boleh buat amalan puasa tu..buatlah. Raya tu..belakang cerita. Mungkin kita kena ubah pemikiran kita, kot? Tak ada baju raya pun stil boleh raya sebenarnya. =)

Tak nak cakap banyak-II sebab Ayu pun biasa-II saja, tak baik mana..tapi Ayu berusaha jadi lebih baik. sebab akhirat kan abadi..

Sokong Ayu n Ayu pun akan sokong anda.

So .. jom dating dengan Allah!~

Salam ramadan, saudara-II ku! =)