Langkahku bermula : mengejar erti tanggungjawab seorang pelajar + sebahagian keluarga + individu muslim =)
Assalamualaikum..
Bulan Oktober adalah bulan yang Ayu sangat - sangat tunggu.. kenapa? nanti Ayu cerita..
Banyak yang berlaku dalam bulan Oktober ini..salah satunya asgment..banyak betul kena buat.. tapi tu kan dah tnggungjawab sebagai seorang pelajar..nak tak nak, perlulah dilakukan sebaik - baiknya =)
antara buku rujukan Ayu
Walaupun sibuk menyiapkan tugasan, tetapi skali sekala kena rehatkan minda juga kan..? so, Ayu dan rakan2 sempat melakukan sedikit aktiviti =)
bersama bestfrenz Ayu ke pekan Tanjong Malim
Ayu sempatlah pergi ke Pasar Malam dekat Tanjong Malim itu naik basikal..siap kena kejar anjing lagi..nasib baik selamat haha..
Keesokan harinya Ayu & rakan plan cycling + makan cendOL..tapi banyak masalah yang berlaku..so, kami pun makan dekat area kolej je..tapi still cycling untuk ke tempat itu la.. =) Even plan x berjaya..but we still enjoy =p
bersama rakan sekelas yang sekepala =p
Lepas itu, disebabkan plan nak makan cendol tak berjaya, minggu berikutnya.. Ayu just pergi bertiga je, sebab takut tak berjaya lagi dan menghampakan lagi mereka. Tapi, Alhamdulillah..rezeki kami ada.. happy rasanya =).. p/s : kawan lain jangan jeles ya!~ hee
berbasikal ke kedai cendOL
nyum..nyum
ermm..nampak sedap kan..? =)
Bila jalan - jalan ini, dah riadah sikit.. even asigment banyak pun..lepas itu mesti rasa ok..bila dah ok, baru lah sambung kerja balik.. kawan - kawan pun boleh cuba tau! InsyaAllah berhasil..
Dalam sibuk2 buat asigmen, Ayu dan rakan2 perlu juga membuat program..semua yang baca post Ayu yang lepas mesti tahu.. Program "Saya Mahu Jadi Sangat Hebat"
Banner yang sempat kami buat =)
Walaupun terdapat sedikit masalah, namun program ini berjaya dilaksanakan..Alhamdulillah..
Bermulanya program ini (21 hb) Ayu merasakan sangat sibuk.. habis saja program ini, hati meronta - ronta mahu balik ke Jengka, namun terdapat sedikit kekangan. Tapi tak mengapa, redha saja =). Pasti ada hikmah disebalik semuanya kan..? Haa..memang betul..ada hikmahnya! Ayu bersama 5 orang rakan sempat pergi ke Nilai 3, atas sedikit urusan. Pertama kali pergi..waa sangat excited!~ =p
cantik tak..?
Pulang saja dari Nilai, ingat mahu berehat.. tetapi ada tanggungjawab lain pula yang menanti.. Ayu dah berjanji nak bawa anak -anak saudara Ayu berjalan..walaupun tak dapat jumpa abah mak, dapat jumpa mereka & buat mereka tersenyum pun jadilah kan..? Jalankan sedikit tanggungjawab untuk family =). Jadi, Ayu pun bawa mereka jalan2 ke Times Square..sempat juga tengok wayang hehe
dengan angah
dengan Aisyah
Haa..bagus tak Ayu..? sempat luangkan masa walaupun sibuk ( cewah..perasan betul huhu)
Dan lepas itu.. Ayu join kem yang dinamakan Kem Kaunselor Pelatih UPSI (PERKAP). Besssst juga program ini.. mengeratkan hubungan antara pelajar senior dan junior pelajar Kaunseling UPSI. Walaupun sem Ayu tak ramai, hanya 6 orang.. (5 perempuan 1 lelaki) namun Alhamdulillah, kami berjaya menyesuaikan diri. =).
Tapi sedikit sedih sebab kem ni dijalankan masa birthday Ayu.. sOb3.. tapi takpe la..sabo jela.. hee (haa ini lah hari yang Ayu tunggu - my birthday hihi)
Balik dari kem itu.. Ayu dapat banyak birthday wish..sedikit terubat la walaupun x dapat celebrate dekat rumah & bertambah terubat sbb dapat special hadiah dari ma bezfren.. tQ ya!~ =p
Keychain!~
birthday cake =0
Even tak balik rumah celebrate dengan abah mak, tapi still ok sebab minggu berikutnya Ayu dah balik rumah dah.. nak sambut raya haji.. hehe
Pulang saja ke rumah.. Ayu terus ditunjuk hadiah, birthday present from mak abah..try teka pe..?
birthday present from mOm & dAd =)
Happy sangat2..walaupun dapat lewat, tapi tetap happy sebab dapat hadiah yang boleh dimanfaatkan.. Abah kata hadiah untuk bakal kaunselor =) hehe. Terima kasih abah, emak..
Kesimpulannya nak bagitau..walaupun sibuk macam mana pun kita, kita mesti pandai bahagikan masa... Life is tO enjOy kan..? Tapi enjoy yang berpatutan la.. Jangan selalu stress... macam situasi Ayu sekarang, even ada tanggungjawab sebagai seornag pelajar pun.. tapi Ayu tetap ada tanggungjawab sebagai sebahagian keluarga, betul tak..? Jadi Ayu kena bijak gunakan ruang dan peluang, masa yang ada supaya Ayu tak ketepikan tanggungjawab yang sudah tergalas di bahu Ayu. Tanggungjawab individu muslim plak.. ini lebih kepada diri sendiri.. memanfaatkan masa dengan sebaiknya adalah salah satu tanggungjawab individu muslim kan..? Banyak lagi tanggungjawab kita.. selagi kita bergelar khalifah di muka bumi Allah ini =).
Kawan - kawan semua pun... pastikan anda semua ada masa untuk ketiga -tiga tanggungjawab ini tau!~