Monday, 3 June 2013

sedih.

Assalammualaikum..

Herm saat ini Ayu rasa sangat sedih. Ya, sedih yang amat sangat!

Seriusly Ayu tak suka dengan apa yang Ayu rasa sekarang.

Ayu benci la berada dalam keadaan sekarang. Hati Ayu s.a.k.i.t! sakit yang amat sangat.

Kenapa Ayu selalu diuji dengan perkara camni?

Hermmm..

Ok let me tell u something about Nurul Hidayu binti Mohammad :

Ayu adalah seorang yang jenis suka berfikir EVEN benda tu remeh temeh, benda tu ntahpapantah! Dan paling Ayu suka pk adalah apa tindakan seseorang, pandangan seseorang terhadap Ayu.

Ok. Kalau mak kesayangan Ayu itu lain cerita. Ayu memang okey je kalau dia membebel dari pagi sampai petang, pastu sambung esoknya pun. Ayu tak kisah. N apa yang Ayu buat adalah diam je. Sebab mak adalah orang yang Ayu kenal sejak buka mata kali pertama lagi. Dah faham dah mak macam mana.

Tapi bila melibatkan kawan, orang lain... Ayu memang tak boleh la.. hailaaaa!~

Ayu memang tak suka la IF ada orang yang terasa ke marah ke sedih ke terkilan ke diam tak nak cakap dengan Ayu ini. Eh serius tak boleh. Benda tu walaupun orang sekeliling tengok Ayu ok : tapi serius Ayu tak ok. Macam sekarang.

Dah memang jenis Ayu bila orang terasa, Ayu akan mintak maaf : buat dia ok semula. Even sebenarnya dia pun ada buat Ayu terasa. TAPI ati ni tak tenang la bila orang tak tegur, orang touching bagai dengan Ayu.. Memang mengganggu kefungsian hidup Ayu. Stress kot.

Stres. Tertekan. Ya! benda inilah yang Ayu rasa sekarang. Dahla stress nak exam.. stress pk benda ni. Bagi sesetengah orang : ignore je orang camni : dia buat bodoh je, kita pun boleh gak. Ya! sesetengah orang boleh. TAPI orang itu bukan Ayu! Ayu memang tak kan duduk diam dan akan berusaha untuk bagi dia okey, bereaksi semula dengan Ayu.

Sebab Ayu adalah orang yang pentingkan persahabatan / hubungan. N satu lagi kelemahan Ayu bila orang diam camni : Ayu akan berterusan fikir, fikir dan fikir mengapakah, apakah punca dia bertindak begitu? Dan ini mendorong Ayu merasa sedih, pelbagai emosi.

Bila emosi pelbagai : n Ayu tak mampu kawalnya pada ketika itu.. memang bahaya! Sebab tak boleh jangka apa tindakan Ayu. Dan itu mungkin menyebabkan keadaan yang bagi Ayu keruh, semakin keruh. Haaa sedih sangat.

Ayu benci la camni. Ayu je fikir orang lebih. Orang tak pun.
Kadang-II Ayu fikir : IF dia kata okey, takda pape, habis tu apsal "lain" dengan Ayu.
Kadang-II tu pernah la.. (berdasarkan pengalaman) : Ayu cakap sikit je, pastu dia emo lebih. Pastu dia balas balik tu lagi la kalau ikutkan menyakitkan ati...tapi Ayu rilek je. Tapi pastu Ayu mesej gak mintak maaf. N bila jumpa : mula-II dia cam tak ok, tapi bila Ayu wt bodoh, lama-II ok. Tu pun sebelum tu pandang cam tak puas ati gak la..
 Haa tengok, even Ayu terasa, Ayu stil mintak maaf k.

Tak boleh la orang diam, touching ni. Diam tu napa sebenarnya anda hoiiiii?

No comments:

Post a Comment