Assalamualaikum w.b.t.h..
Selamat petang kawan2..
Sedar x sedar, dah 6 semester Ayu ada kt bumi ilmu UPSI ini..macam2 perkara dan aktiviti Ayu dah join, macam2 dugaan dan ujian dah Ayu tempuhi..sekarang, nak praktikum sudah..semoga berjaya semua!
Jadi, dikesempatan ini..Ayu nak ucap terima kasih yang tak terhingga untuk :
1. rakan - rakan Catalyst (ISMP Bimbingan & Kaunseling batch 2009 / 2010)
2. Semua pensyarah yang tak jemu mendidik anak bangsa (moga 1 hari nanti Ayu akan ikut jejak langkah kalian)
3. Semua team KASIH dan ahli Persatuan B&K, UPSI
4. Semua rakan - rakan yang berbeza kos, (batch 2009 / 2010) , walaupun tak sentiasa berjumpa, tapi kalian ttp dalam ingatan =)
5. Semua yg pernah tolong Ayu (even jz buat Ayu tersenyum) student UPSI memang baguih belaka =p
Terima kasih sangat2 di atas segala kerjasama, pertolongan, apa2 jua lah yang pernah kalian berikan kepada Ayu..hanya Allah dapat membalas segala kebaikan.. =)
Maaf juga diucapkan kepada kalian (terutama yang sentiasa lihat Ayu ; rakan Catalyst especially)..
Maaf sebab selalu buat nakal, kadang2 susahkan kawan2..maaf sangat kalau ada kata2 yg membuatkan kawan2 terusik ati a.k.a tersinggung.. maaf atas segala kekhilafan =)
p/s : Kepada rakan2 yg baik dengan Ayu..
mungkin ada kalanya Ayu bersikap endah tak endah, buat tak tahu dekat kalian, kadang2 kalian rasa Ayu macam tak bercakap, tak bertegur sapa, nampak Ayu macam tak selesa, or mungkin kalian nampak macam Ayu tak suka kalian... tapi sebenarnya ketahuilah bahawasanya sesungguhnya Ayu tak berniat pun begitu.. KEMUNGKINAN ada perkara yang kalian lakukan TAPI Ayu tak selesa dengannya, sebab tu jadi begitu.. untuk menegur agak sukar utk Ayu lakukan, mungkin itu reaksi di atas perlakuan itu... Maaf ya sahabat.. bukan Ayu tidak menyukai kalian, tapi Ayu tidak menyukai sesetengah perkara yang kalian lakukan.. Maaf sekali lagi.
Pesan Ayu untuk semua yg berpraktikum..
Jaga diri, jaga Hati... Ada 4 kategori manusia di dunia ini..
1) Berjaya di dunia, gagal di akhirat
2) Gagal di duni,. berjaya di akhirat
3) Gagal di dunia dan akhirat
4) Berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi ayuh sama2 kita pilih yang no.4
Akhir kata : saya sayang kawan2 saya =)
No comments:
Post a Comment