Disini, ruang ini.
"Haa..balik pun! Ingat tak nak balik dah". Kata Hawa.
Dia yang memandang hanya tersenyum.
"Kau okey?" tanya Hawa.
"Okey je". Dia menjawab tenang.
"Seriuslah, kau okey tak ni?" gesa Hawa lagi
"Aku okey la, okey je". Dia menjawab malas.
"Kau macam mana dengan dia?"
Dia yang mendengar lantas memandang Hawa.
"Takda soalan lain ke?" tanya dia kembali.
Hawa tersenyum lantas berkata "Tak ada! Itu aje yang aku nak tahu".
Dia melepaskan keluhan.
"Herm.."
"Herm apa?" tanya Hawa.
"Kami kawan je, kan dah kata dari dulu lagi, kawan sa ha ja" terangnya lambat-lambat.
"Yeke kawan sahaja? Bukan lebih dari seorang kawan?" soal Hawa sambil menekankan perkataan sahaja itu.
Soalan Hawa itu membuatkan matanya berair.
"Kau okey?" Hawa bertanya dengan nada risau.
"Aku okey je". Dia menjawab.
"Kalau kau nak cerita, aku dengar. Tapi kalau kau tak nak takpe, aku faham". Hawa menambah.
"Dia kata..dia dah ada orang lain" Dia menjawab tenang.
"Hah?! Serius?" Hawa bertanya separuh menjerit. Mungkin terkejut.
"Aah". Dia mengangguk lemah.
"Serius dia ada orang lain?" Hawa tanya kembali.
"Iya, serius. Dia kata dia ada orang lain". Jawab dia. Bahasa apa yang perlu digunakan lagi supaya Hawa faham, soal hatinya.
"Hari tu, dia kata dia single?"
"Itu hari tu, hari tu tak sama dengan hari ni ke semalam ke esok ke, tak sama". Dia menjawab.
"Kot2 dia bergurau tak?" Hawa meneka.
"Itu tak pasti, tapi yang pasti, itu yang dia kata" balasnya.
"Aku tanya dia dipunyai oleh mak, ayah dan famili sebenarnya, kan? Dia kata dia dipunyai oleh seseorang, mak ayah dan keluarga". Dia menambah lagi.
"Sabar ya, aku mintak maaf tanya soalan ini dekat kau". Hawa jadi serba salah.
"Tak apa, aku okey je." Lantas dia tersenyum. Senyum yang dirasakan rebeh sebelah mulutnya.
"Erm..dia ada kata apa lagi?" tanya Hawa.
"Dia kata, doakan dia dan pasangannya bahgia"
"What??!" Biar betul? Eeee..sakit pula hati kita mendengarnya" kata Hawa dengan muka yang merah.
"Bila dia nak langsungnya?"
"Dia kata tahun depan, in sha Allah". Dia menjawab perlahan.
"Dia sihat ke tak, hah?" tanya Hawa dengan nada marah.
"Kenapa?" dia memandang Hawa pelik.
"Yelah, kau tak cakap dengan dia ke yang sedangkan esok pun tak pasti dia hidup atau mati, ini kan pula tahun depan".
"Itu perancangannya sahaja kata dia". Dia membela.
"Masalahnya..eee tak pahamlah aku dengan dia tu". Hawa membebel.
"Dia kata apa lagi?" tanya Hawa.
"Dia kata dia doakan aku bahagia dengan bakal suami aku". Dia menjawab dengan mata yang bergenangan air mata.
"Kau balas apa?" aju Hawa.
"Aku tanya dia, nak ubat tak? Dia kata dia nak ubat nyamuk sekilo. Aku kata kesian dekat dia, ujian Allah itu memang berbeza untuk hamba-hambaNya". Dia menjawab.
"Napa kau tanya gitu? Hawa pula yang membuat muka pelik.
"Sebab aku pun fikir macam apa yang kau fikir, kita tak pasti hari esok kita hidup atau mati, jadi mengapa berangan-angan terlalu tinggi?". Lagipun dia sendiri yang pernah kata dulu, orang berkahwin pun boleh cerai, ni kan pula yang takda ikatan,kan?" Dia menjawab dengan nada rendah.
"Dia ada kata apa-apa lagi tak? Hawa menyoal.
"Tak, aku kata aku harap dia bukan jodoh aku dan dia kata In Sha Allah." jawabnya slumber.
"Hah, apa? Tanya Hawa tidak percaya. "Napa kau kata macam itu?"
"Entah, saja cakap macam tu, suka-suka". Dia membalas.
"Habis itu kau okey tak ni? Serius kau okey?" Hawa bertanya risau.
"Aku okey, s.e.r.i.u.s". Dia menjawab.
"Aku kenal kau, selalu kau tak macam ni, kau okey tak ni? Hawa mengajukan soalan itu lagi.
"Aku okey je, biasa-biasa sahaja".
"Kenapa boleh tenang sangat ini?" Hawa bertanya.
"Sebab, aku dah cari dia dalam hati aku, dia tak ada pun" dia terdiam sejenak. "Mungkin aku selesa dengan dia, selesa macam makan cheese cake yang sejuk tu, nyaman je" hehe. Gelaknya bersahaja. "Selesa seketika, tapi bila bawa keluar dari kedai, dah tak rasa apa-apa." Mungkin bila aku sedar yang aku tiada dalam hati dia, aku pun terus halang apa yang aku rasa, jadi okey la kan". Aku ikut nasihat doktor tau, baik tak aku? Tanya dia dengan sengihan yang dibuat-buat.
"Nasihat doktor apa pulak nya?" tanya Hawa dengan dahi berkerut.
"Kan doktor kata mencegah lebih baik dari mengubati, bukan begitu? Jadi aku amalkan apa yang dokotor kata, so..tengok..aku okey je kan? Dia menjawab sambil gelak. Gelak yang dirasa sumbang bunyinya.
"Kau ni, aku tengah serius dia main-main pula" Hawa berkata dengan nada geram.
"Betullah apa yang aku kata ini. Aku selesa dengan dia, selesa yang mungkin dia pun rasa perkara yang sama. Mungkin salah aku juga, sebab jujur bagitahu yang dia tak ada dekat hati aku. Tapi, siapa suruh dia main tarik tali kan? Dah tau hati aku lembut, mudah terluka, nak main gak tarik tali. Sakit tau" bebelnya panjang. Kemudian dia gelak.
"Kau ini kejap sedih kejap tak, aish risau aku" Kata Hawa.
"Tak mengapa la Hawa, aku bersyukur kot, sebab Allah sentiasa ada dengan aku. Mungkin selama ini aku terlalu kejar nikmat dunia yang tak seberapa, yang sebenarnya ditengah-tengah nikmat itu ada dosa. Jadi DIA tarik itu, DIA bagi aku sedar yang apa-apa pun, DIA ada. Ya, Allah sentiasa ada. Bila aku fikir macam ni, aku okey, rasa lega sangat. Allah sayang aku". Katanya dalam nada sebak. "Aku je yang abaikan tanggunjawab sebagai hamba". Dia berkata sambil mengalir air mata.
Hawa terdiam. Namun tidak lama dia menyambung. "Kalau itu yang kau rasa, baguslah".
"Ini yang aku rasa, aku redha dengan takdirNya". Dia menjawab tenang sambil engelap air mata.
"Kau nak tahu sesuatu tak?" tanya dia setelah diam seketika.
"Apa?" soal Hawa.
"Ada beza tau antara sayang dengan cinta." Dia tersenyum sendiri.
"Maksud kau?" tanya Hawa lagi.
"Kasih sayang itu kita boleh bagi dekat semua, yang ada dalam diri kita ini pun sebenarnya banyak perasaan sayang, bukan cinta. Sayang yang dengan mudahnya dituturkan dengan perkataan "cinta". Ah manusia hari ini sungguh pandai bermain kata-kata." Dia menjawab dengan nada ala-ala pujangga. Yang lantas membuat dia ketawa dengan kata-katanya itu.
"Habis cinta itu macam mana? Hawa menyoal.
"Cinta itu hanya pada Pencipta kita, pada ALLAH."
"Jangan kata kita cinta seseorang, sebab sebenarnya cinta itu milik Allah yang Maha Esa utamanya, bukan senang-senang nak bagi pada insan biasa." Dia menjawab.
Hawa terdiam dan mengangguk tanda setuju.
"Nak tahu lagi tak?" tanya dia.
Hawa hanya mengangguk tanda mahu.
"Buat masa ini, rasa sedih, macam terluka gak, tapi sikit je..sikit sangat-sangat". Katanya sambil merapatkan ibu jari dengan jari telunjuk.
Hawa memandang seperti tak percaya.
"Betul tak tipu! Katanya sungguh-sungguh. Sebab kan Allah ada. Aku tengah usaha untuk kejar cinta Allah, baru fikir kasih sayang manusia." Jawabnya sambil tersenyum.
"Sebab cinta itu cinta, itulah sebabnya Love is not kasih sayang, Love Is Cinta"
Dia tersenyum.
Ya, Love Is Cinta, Cinta pada yang Maha Esa sahaja.
Yang berlalu, biarkan berlalu, yang akan datang kita masih tak tahu, jadi, hadapi detik sekarang dengan hala tuju yang gitu.
ALLAH knows BETTER!~
(^_^)