Assalammualaikum w.b.t.h!
Hai semua, sihat ke..?
Haa.. baca title post Ayu ni.. Alhamdulillah..sedar tak sedar dah EMPAT tahun Ayu belajar : degree : dan Alhamdulillah dah habis sudah belajar. Dan Ayu dah pun konvo pada tarikh 12/09/2013 yang lepas. Baruuuu je lagi.
Hehe : nak tunjuk beg tu sebenarnya : Istiadat Konvokesyen ke-15.. Ayu la tuuuu huhu
Bila sembang dengan mak cik-pak cik dekat Jengka ni a.k.a kawan-II mak abah,
Bila mereka tanya : "belajar lagi ke?"
Dan bila Ayu jawab : "habis dah belajar (sambil senyum wt muka comel haha)"
Mak cik-pak cik tu akan cakap camni : "Eh yeke? cepatnya habis ya. Dah 4 tahun dah..tak sedar pun yaaa..
Mak cik-pak cik ni.. bukannya mak cik pak cik mak abah Ayu..bukannya hari-II tengok Ayu, tu yang tak sedar dah 4 tahun dah! Kalau lalu sebelah pun mereka kadang-II tak perasan Ayu..mana lah nak sedar memang 4 tahun dah Ayu belajar hohoho..
Tapi betul la.. 4 tahun dah pun.. EMPAT tahun, EMPAT tahun (tiru iklan tv yang budak kecik tu hihihi!~)
Jadi..di kesempatan ini..
Ya Allah..hambaMu ni bersyukur sangat sebab memberikan rahmat yang tak terhingga kat Ayu walaupun yelah.. Ayu manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Yang kadangkala bila senang lupa kat Pencipta namun DIA tak pernah lupa dekat Ayu. Ya Allah..ampunkan dosaku!
Terima kasih dekat mak+ abah dan keluarga. Terima kasih sangat sebab mak+abah penyumbang terbesar dalam kejayaaan Ayu. Kejayaan la sangat..haha tapi yela..kira berjaya la ni. Bukan senang nak dapat 1st class kan? =)
Ayu suka sangat gambar ni sebabnya bukan senang bagi sesetengah parents buat macma ni kat anak mereka kan? Dan Ayu kira bertuah laaa. Dan bertuahnya Ayu menyebabkan kakak Ayu a.k.a Kak May jeles. Dia nak wat gak masa konvo dia nanti. Ayu akan pastikan dia tak sempat buat camni huahuahua (maaf! saya memang nakal =p)
Haa terima kasih juga dekat Nazeef! Eh bukan, dekat mama n babah Nazeef ( Kak May + Abg Shakir) sebab sentiasa suport Ayu huhuhu. Terima kasih juga kat semua akak, abg n anak sedara yang mewarnakan kehidupan Ayu.. Escpecially Wawa + Minin + Haziq la.. Oh rindu kalian!~
Betul : my family my love buat masa ni. Walaupun kak long+abg long+haziq je yang ada..rasa syukur sangat sebab atleast ada gak yang hadir!
Haa lupa plak :
Ayu dapat 1 je bunga dari family, tak macam orang lain. Tapi Ayu tahu.. bunga ni bukan kak long je yang bagi,..semua abang+kakak Ayu ada share dalam ni.. Ini yang Ayu sayangggggg mereka sangat nih! Kak long kata nak beli yang ada bear.. TAPI dia tahu, mak tidak akan bagi... Nanti mak bebel, habis Ayu sekali kena hahaha..
Kawan-II : Bagi Ayu, kawan memainkan peranan yang penting gak. Tak kira la kawan masa Ayu kecik ke besar ke.. tapi :
Terima kasih anda!~
Siapa anda? Anda lah.. kawan Ayu : kawan yang ada susah senang. Kawan yang sentiasa ada! Terima kasih yoooooooo =p.
Haa ni salah 1 kawan-II a.k.a sahabat! Ayu sayang mereka kot. Sayang Lillahitaala. Sebab bila Ayu susah ke senang kat Upsi tu, paling tak..mesti ada sorang yang akan ada kat Ayu... =)
Kawan-II waktu sekolah rendah : cHeq Jannah, E-1, Wan, Lily, Mizah,Sue, Amir.. ramai lagi laaa. Sayang tak dpt shoot dgn mereka.. Tapi Ayu fhm mrka bz =)
Kawan-II Ma'ahad juga..hohoho.. terima kasih tauuuuuuuuuuu!
Terima kasih U.P.S.I sebab terima Ayu.
Ok..let's Ayu upload sedikit picture start dari pre-convo shooting hingga lah hari bersejarah itu hehe :
p/s : buat nakal, ambik bunga mak yang kak long gubah! hahaha
p/s : anak FELDA..tu yang asyik tangkap gambar kat pokok kelapa sawit tu hahaha!~ =p
patut pict atas ni untuk pict cm kawin kan..? tapi ada Ayu kesah? =p
Tengok bunga tu : cantik, kan? elok je posisinya hehe =)
Ini Ayu punya photograper la ni suruh baling-II bunga..lalala!~
Ini gambar candid ngeh3
Ini nampak sangat editnya kan? hahaha tapi okey pe : smart tak posisi n topi Ayu? hohoho
bunga ku terbang indah lalalala!~
Cik mizah yang comel! (mizah : x boleh besarkan, nampak muka x cute) hahaha
Ayu sangat suka pict dengan Cik Mizah yang ni =p
Haa : inilah photograper Ayu a.k.a kawan Mizah : Tapi sekarang kira kawan Ayu gak la. Thanks tau kamuuuuuuu!
p/s : sweet tak pict ni? tengok org yg ambiknya la =p hahahaha
Ayu ikut muka abah lebih huhu
k.May setuju bila Ayu kata dah sama besar dengan kak long. Padahal baju ni haaa yang besar =p
Ana : kawan baik a.k.a kawan gosip! haha
Kiri kanan Ayu kawan baik dari sem 1. Cik Yaya comel housie yang sporting masa last sem. Cik Ina : even awak takda dalam pict : awak ada je dalam hati, jangan risau k baby? =)
Ecah kata camni bila tengok pict ni : "cantik!. mak su nampak kurus!~ lalalalala =p
Btw : Ayu dapat bunga! Bunga dari orang jengka gak..ngeh3
Thanks Fitri. sapa Fitri? Haa ni diaaaa :
B4 balik dia kata doakan dia dpt masuk U.. (budak kecik sorang ni lepasan STPM..)
N bila pergi cari dia kat Book Station kat Jengka ni, kawan sekerja dia kta dia dah berhenti sebab masuk UPM. Tahniah kamu! Mungkin berkat pakai jubah konvo akak a.k.a Cikgu Ayu tak? Haha perasan Ayu ni =p
Bila Asma kata : kadang-II pelik camna Ayu boleh jadi kaunselor..
N Ayu pun nak cakap gak : Aah Asma, aku pun pelik wehhhhhhh.
Tapi satu perkara yang Ayu tahu ; Allah pilih Ayu untuk galas tanggungjawab ni.. in sha Allah Ayu akan cuba sedaya upaya untuk bantu pelajar!~
Haaa cakap pasal Asma :
Thanks lalink-II ku sebab bagi adiah bagai ni. Thanks Soya, Asma, Ekin, Zati, Janaah : Terharu kot utk kek tu.
Kalau kawan-II nak tahu.. Ayu teka je hadiahnya Doraemon..skali betul.
Dari dulu Ayu dapat doraemon hailaaa
Bukan Ayu tak matang, kawan-II Ayu pun menyokong kegemaran Ayu ni..nak wat camna, kan?
p/s : Korang : Doraemon ni debab! gerammmmmmmmmmmm hahahahaha
Ini sedikit sebanyak tentang Hari Jubah Ayu
Alhamdulillah diberi keizinan utk menulis. Bukan untuk riak bagai, utk share sahaja.
Ayu kan Ayu.. tetap Ayu dulu,kini dan selamanya
(^_^)